Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 7, 2013

Selamatkan gigi anda...sebelum ia menghilangkan diri....mmg tak bagus air bikarbonat nih....


Minuman ringan bergas boleh hilangkan gigi


SYDNEY 6 Feb. - Usia yang muda bukan satu jaminan untuk berdepan risiko kehilangan semua gigi dalam tempoh yang singkat, lebih-lebih lagi bagi mereka yang ketagihan minuman ringan yang bergas.

Ini kerana minuman ringan bukan sahaja memberi implikasi buruk terhadap kesihatan seperti penyakit kencing manis, malah turut memberi kesan kepada gigi manusia.

Seorang remaja Australia berusia 25 tahun mengalami nasib malang tersebut apabila kehilangan semua giginya ekoran ketagihan minuman ringan dan terpaksa memakai set gigi palsu pada usia yang muda.

William Kennewell, bekerja sebagai petugas hotel di Adelaide, Australia, mengakui, dia meminum sekurang-kurangnya lapan liter minuman ringan setiap hari bersamaan dengan kira-kira 12 tin minuman ringan 335 milimeter.

Katanya, remaja normal biasanya mempunyai 23 batang gigi, tetapi dia hanya mempunyai 13 batang gigi sahaja dan kesemuanya terpaksa dicabut.

Jelasnya, dia telah diberi nasihat berulang kali oleh doktor gigi tentang tabiatnya mengambil minuman ringan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatannya.

"Disebabkan gigi saya mengalami kerosakan yang teruk, keadaan itu mengakibatkan saya mengalami keracunan darah dan membuatkan saya mudah jatuh sakit.

"Namun, kesihatan saya bertambah baik sejak memakai gigi palsu dan saya berharap orang ramai dapat mengurangkan pengambilan minuman ringan," katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130207/lu_08/Minuman-ringan-bergas-boleh-hilangkan-gigi#ixzz2KBYIy7Jk 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment