Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 14, 2013

Owh....masa kau jadi host...semua ok ya...bila negara lain jadi host...ko kata tak adil plak?









Oleh Aziman Rosdi

Kuala Lumpur: Malaysia tidak akan mengikut jejak langkah Filipina yang berhasrat memboikot temasya Sukan SEA yang dianjur Myanmar hujung tahun ini.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata, mereka tetap memberi sokongan kepada negara tuan rumah biarpun tidak puas hati dengan penyenaraian beberapa acara sukan bukan Olimpik seperti vovinam dan kempo.

“Kami masih sokong Myanmar kerana selaku tuan rumah, mereka berhak memilih sukan yang memberi sedikit kelebihan kepada mereka.

“Apa yang diputuskan dalam mesyuarat SGF (Persekutuan Sukan SEA) sebelum ini sudah dipersetujui semua pihak.

“Kenapa dalam mesyuarat sebelum ini Filipina tidak membuat bantahan? “Memang kita ada buat bantahan kerana tidak setuju dengan acara vovinam dan kempo tapi ini bukan salah Myanmar kerana yang melobi acara ini adalah Indonesia dan Vietnam.

“Kita tidak boleh boikot daripada menyertai Sukan SEA kerana ini tidak menggambarkan semangat kesukanan.

“Filipina ketika menjadi tuan rumah 2005 turut menyenaraikan acara yang mereka suka dan menjadi juara. “Thailand pula pada 2007 menganjurkan hingga 43 acara, bagi saya mereka ini semua tipu saja,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Kok Chi berkata demikian sebagai mengulas laporan media Filipina mengenai hasrat Suruhanjaya Sukan Filipina (PSC) baru-baru ini yang ingin memboikot Sukan Sea Myanmar sebagai usaha mendesak SGF supaya menilai semula polisi pemilihan acara sukan oleh negara tuan rumah temasya dwi tahunan itu.

Menurut Pengerusi PSC, Richie Garcia tindakan memboikot Myanmar mungkin satu tindakan terlalu serius dan mereka kini menimbangkan untuk hanya menghantar delegasi kecil 10 atau 50 atlet untuk bertanding dalam acara bertaraf Olimpik saja.

Daripada 33 acara yang bakal dipertandingkan di Naypyidaw, 12 daripada sukan itu bukan acara yang dipertandingkan di temasya Sukan Olimpik, namun Kok Chi tetap menegaskan temasya sukan terbesar di rantau Asia Tenggara itu masih relevan.

“Sukan SEA masih lagi penting bagi sukan seperti bola sepak, renang dan olahraga. Bagi bola sepak, selain Sukan SEA, Malaysia hanya menyertai Piala AFF dan pusingan kelayakan saja, mereka tidak mempunyai banyak kejohanan lain.”

No comments:

Post a Comment