Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 5, 2013

Peringatan untuk wanita: Kalau berkasih....jangan berhabis wang, harta benda untuk kekasih...belum tauuu lagi yaaa....inilah pengajarannya...


Leftenan berjaya batal saman fitnah bekas kekasih



KUALA LUMPUR 4 Feb. - Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini berjaya membatalkan saman fitnah yang difailkan oleh bekas kekasihnya di Mahkamah Sesyen Sivil di sini.

Leftenan Efftizal Hazrie Roslan, 28, turut berjaya mengetepikan sebahagian besar tuntutan jurutera, Nur Shairah Ishak, 28, membabitkan perbelanjaan dikeluarkan wanita terbabit sepanjang percintaan mereka di antara 2005 dan 2010.

Bagaimanapun, peguam Fazlena Normawati Rahmat yang mewakili pegawai tentera itu menyatakan, Hakim Jumirah Marjuki memerintahkan anak guamnya membayar dolar Australia A$1,468 kepada wanita terbabit.

Wang tersebut yang bernilai RM4,741.64 ketika kejadian merupakan duit yang diberikan oleh plaintif, Nur Shairah kepada ibu bekas kekasihnya itu....

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130205/ma_02/Leftenan-berjaya-batal-saman-fitnah-bekas-kekasih#ixzz2JyyyMW6Y
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment