Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 26, 2018

Wednesday, November 11, 2015

Tuesday, February 24, 2015

Wednesday, February 18, 2015

Nobody is Perfect, Including YOU!!!








Bila tidak pandai menjaga hati.  Harapkan orang menjaga hati dia, tapi dia main sedap bedal kita. Kita pulak yang kena jaga emosi dia.  Kena ingat satu perkara kepada yang suka sangat emo2 ni ya...bila ko dah sakitkan hati orang, dah up status yang sentap, dah sindir2, pastu bila ko dah sejuk ko dah baik balik macam takder apa yang jadik, ko rasa orang yang ko sakitkan hati, sindir2 tu rasa dia macamana ek? sebab tu jangan jadik bodoh lah...berhentikanlah perangai budak2 tu, sebab dah beranak pinak dahpun..jadik dewasa sikit....apa2pun, sebelum balun orang, letak diri ko kat tempat orang yang ko nak cakap tu ok...

Monday, February 16, 2015




Assalamualaikum wbt,

Minggu lepas viral kisah atas tu....panas plak hati kita membacanya....sbb kita perempuan, sbb kita pun mengandung, beranak...3 orang anak kita...mmg kembang sana sani...kejap kurus, bila kurus seksi, tetiba ngandung lagi...kerja saper lagi kalau bukan kerja sang suami kan...kan...kan...

tapi suami akak ni taklah macam suami dalam citer kat atas tu...appreciate kat akak ni sbb ngandungkan anak dia...nanti tak ngandung kang, mandul pun kita gak yang kena kan? laki lum tentu mandul walaupun dia tak penah cek ngan doctor, hahahaha...

akak ni nak tau jugaklah, handsome sangat ke laki dalam citer viral ni? amboi mengutuk bini yang dinikahi bukan main lagi...masa kurus sayang, bini kembang sbb beranak kan anak hang, nk dibuang2 plak ya...ini namanya kawin kerana napsu..setan penuh sebadan....pastu tak tengok cermin...dia tu adakah macam Zul Ariffin? hahahahaha....

panggil sayang pun tak bole? eeeee tak tau nak panggil jantan ni apa...kalau dia tak bagi panggil sayang....panggil jer b*&i... abis citer...perangai pun lebih cam hampeh...

ok, luahan perasaan sbb kesiankan wife kat atas tu...


Friday, February 13, 2015

Negara Kehilangan Ulama' Tersohor dan Pengulas Sukan Terhebat abad ini

Assalamualaikum wbt.,

Semalam kita dikejutkan dengan 2 kehilangan besar kepada tanahair kita. 


DATUK HAJI HASBULLAH AWANG

Datuk Haji Hasbullah Awang telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.20 tengahari, 12 Februari 2015 bersamaan dengan hari Khamis, 22 Rabiulakhir 1436H di IJN.

Allahyarham adalah seorang yang amat dekat dan kita kenali, rasa janggal sekiranya mendengar orang lain yang memberikan ulasan bolasepak, takraw, badminton atau apa sahaja kerana suara emasnya dan cara beliau memberikan ulasan itu amat menghiburkan dan boleh membuatkan kita tersenyum tanpa sedar.  Apatah lagi ayat-ayat yang tidak terjangka oleh kita terkeluar sewaktu beliau mengulas.  Kepergiaannya adalah tidak dijangkakan kerana sakitnya di IJN selama seminggu tidak kita ketahui, sebab tu masa dapat berita kehilangannya, i was speechless. Antara hendak percaya atau tidak.  Tetapi kita kena redho', yang hidup pasti akan kembali kepada Sang Pencipta.  Semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, amin.  Buat keluarga semoga tabah dan redho'.

‘Dia kata dia OK’

Oleh Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : “Setahu saya Allahyarham memang ada penyakit dan sepanjang mengenalinya, dia akan makan ubat ketika terbabit mengulas program sukan secara langsung di kaca televisyen,” kata pengulas sukan Astro Arena, Hafizal Hamad mengenai pemergian pengulas sukan legenda, Datuk Hasbullah Awang tengah hari tadi.

Hafizal yang menganggap Hasbullah seperti bapanya berkata, Allahyarham dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada minggu lalu, tetapi perkara ini tak dihebahkan kepada masyarakat umum kecuali dalam aplikasi WhatsApp sesama rakan mereka.

“Dia sakit dan perlukan rehat, jadi kami nak melawat pun rasa tak selesa kerana bimbang mengganggu. Tambah lagi dia mengakui keadaannya OK. Tiga hari lepas saya terserempak dengan isterinya ketika makan di kampung baru dan beliau memaklumkan keadaan terkini Allahyarham.

“Sekali lagi kami bercadang nak melawatnya tetapi Allahyarham memaklumkan di grup WhatsApp keadaannya OK. Tiba-tiba saja saya dikejutkan dengan panggilan daripada anaknya yang memberitahu Allahyarham sudah tiada,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Februari 2015 @ 4:38 PM



- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/30415#sthash.Se3Ysgys.dpuf


TUAN GURU DATUK NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT


Allahyarham telah lama menderita sakit barah prostate dah telah menghembuskan nafas yang terakhirnya di rumahnya di Pulau Melaka, pada jam 9.40 malam pada 12 Februari 2015 bersamaan dengan Khamis malam jumaat, 22 Rabiulakhir 1436H.  Insan terpilih.  Rohnya telah diangkat bersamaan dengan tarikh perginya as syahid imam Hassan Al Banna, 12 Februari 1949.

Entah kenapa hati berasa sayu hari ini, kami tidak saling mengenali, tetapi jika ditolak bab politik, allahyarham adalah seorang ulama yang terbilang, tidak tentu akan pengganti yang serupa dengannya.  Manusia mana yang tidak buat silap, tetapi melihat kepada tawadduknya allahyarham memperjuangkan dan mengamalkan ajaran Islam, sesungguhnya allahyarham adalah ulama yang tiada galang gantinya.  Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang dikasihi Allah, amin amin ya rabbal alamin.


‘Doakan arwah sejahtera’
Oleh Muhamaad Razis Ismail
am@hmetro.com.my

Kota Bharu: “Saya mohon doa daripada seluruh rakyat Malaysia untuk kesejahteraan arwah,” demikian kata anak lelaki Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Mohamad Abduh pada sidang media ringkas di kediaman keluarganya di Kampung Pulau Melaka di sini, malam tadi.

Beliau memaklumkan pemergian Mursyidul Am PAS dan bekas Menteri Besar Kelantan itu akibat barah prostat.

Menurut Nik Mohamad Abduh, Allahyarham bapanya yang berusia 84 tahun menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan ahli keluarga di rumahnya pada jam 9.40 malam.

“Saya ingin maklumkan jam 9.40 malam ayahanda Nik Aziz..malam ni malam Jumaat hembuskan nafas terakhir di hadapan keluarganya,” katanya.

Terdahulu sebelum itu, Nik Abdul Aziz dibawa pulang ke rumahnya jam 8.55 malam tadi selepas dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak 19 Januari lalu.

Ketika dibawa pulang, beliau terpaksa diusung menggunakan katil hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bergantung kepada bantuan oksigen.

Sementara itu, Masjid Pulau Melaka mengumumkan solat jenazah Allahyarham akan diadakan pada jam 10 pagi ini sebelum jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka sejurus selepas itu.

Petang semalam, dalam laman sosial Facebooknya, Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas memaklumkan keadaan kesihatan ayahnya semakin merosot selepas menjalani rawatan ulser.

Beliau berkata, hospital berusaha menstabilkan keadaan bapanya dan tidak pasti sama ada akan dibawa pulang ke rumah seperti mana yang dijadualkan.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/30490#foto



Wednesday, February 11, 2015

TOLONG JANGAN MUDAH MENILAI.....



Assalamualaikum wbt,

Hari ni nak ckp bab menghukum@menilai orang...kenapa? sebab mami tak suka org menilai dan jatuh hukum pada mami without knowing the fact...tak adil kan kalau kita menilai orang, but to err is human...

Situasi 1

Orang pandang kita, cara kita berpakaian, kereta yang kita pakai, rumah yang kita duduk, betapa generous nya kita, ORG LABEL KITA KAYA....tapi yang sebenarnya kita tidaklah sekaya mana, kena berhutang jugak ngan bank nak besor kan rumah, nak berkereta besor, komitmen adalah tinggi...anak-anak masih bersekolah, seorang di kolej, perbelanjaan pun meroket jugak, tapi itu semua bukan kemewahan lagi dah...itu dah jadi keperluan dalam kehidupan seharian...rumah kena besor kan sbb bila parents datang, adik2 akan berkumpul di rumah kaklong nya..rumah ciput jer, perabut jer dah penuh, so besorkanlah rumah supaya sama2 selesa.  berkereta besor? orgtua suka benor kalau berjalan nak ajak kaklong, nak cari sedara mara ajak kaklong, kerja kahwin sedara mara yang jauh2 ajak kaklong, eh semua kaklong lah...tolong jgn pikir mami mengungkit ya...tidak..ini adalah cerita sahaja...nak bagi paham...dalam kesenangan ada kepayahan, dalam kepayahan ada kemanisan/kegembiraan...mak & abah, org mmg tak senang, tapi selagi boleh, terdaya dan mampu, org akan cuba bagi yang terbaik, insyaAllah.

Situasi 2

Kat tempat kerja, baik tempat kerja lama mahupun yang sekarang, org akan menilai kita macam dorang lebih kenal diri kita dari kita sendiri. Tempat kerja lama dulu, perghhh...yang tak terfikir akal fikiran kita pun ada dilabelnya, anak emas lah, kesayangan lah, and yang paling best, PRIMADONA dikatanya kat mami....hurmmm.... kalau tiada maksud tersirat, bangga jugaklah kalau org label kita sebagai primadona, tapi kalau perli? sakitnya tuh di sini di dalam hatiku....apa maksud, apa tujuan, mami tidak pasti, tapi kita sebagai pekerja yang penting adalah, kita diamanahkan untuk bekerja, so buatlah kerja kita, deliver and perform...kerja tak perlu disuruh2...kita dah tau tanggungjawab kita kan...so jalankan ajelah kerja kita...jgn menyibuk kerja org lain, sedangkan kerja kita sendiri tidak selesai...itu adalah tidak adil...so bila kita boleh ngam ngan big2 boss, org akan kata kita mengampu? sorry eh...iols tak reti nk mengampu, bukannya tak pernah cuba, biasalah nk juga cuba2 mengampu ni, it was so unreal, nampak sangat membohongnya di situ sbb org yang kita ampu tak makan ampu kita...hahahahaha...so better stop it lah...do what's best that you can do...do your work...itu sahaja...bekerja ni janganlah jadi macam pahat dengan penukul, jenuhlah boss nk kena peringat jer..

kat tempat kerja baru lagi best, kita belum masuk kerja lagi org dah ckp pasal kita dah...wahhhh...mana tau pasal kita tuuuu...teror no hangpa ni...sampailah ke hari ni...tak bercakap, tak bertegur...professional sungguh perangai..busuk cam longkang...kerja nak masuk 4 tahun, ada yang masih tak boleh terima hakikat yang kita dipilih instead of her for that post...tolonglah pikiaq bahawasanya post ni bukan rezeki hangpa boleh dak? yang musuh ngan aku pasai apa? hang dapat apa? sedih lah lagu ni perangai...umuq dah masuk 5 series, perangai cam budak sekolah yang belum datang haid lagi...perghhhh...


Situasi 3

Ramai yang komen pada mami, "akak, tak sangka akak ni gila2 rupanya, ingatkan dulu2 akak ni jenis sombong"...

Nampak tak?  Conclusion before you know the facts?  Tak boleh lah macam tu kan, mami ni mmg jenis gila2, happy go lucky, suka buat org ketawa dan happy at all time...but do you know what's in my heart? what i've been thru all my life? the reason behind all my act? jawapannya tentulah TIDAK bukan? hanya Allah and myself yang tahu...i have my own problem, besides other problems that i have to care for to live, i have to motivate, talk to myself whenever the problem is too confidential to be shared with others, my passion is to listen, discuss, try to give alternatives to solve one's problem but when it come to mine, i'll shut myself from everyone, try to solve it alone, only after i find myself drowned in that problem of mine, then i will find my bestest friend to listen to it or to my partner to solve the problem...so please don't judge. You may look at me as a difficult person to get to know with, but trust me, you'll love me once you get in touch with me...but work is work, don't play2...hehehe..

oklah...duk mengarang benda alah ni dari pagi tadi...anggaplah ini luahan hati sanubari mami yang mungkin tak ramai tau dan nak tau, mami ni orangnya yang macamana...

hope dah tau ya...

Ciou e civediamo a domani


Tuesday, February 10, 2015

Assalamualaikum wbt,

Lama tak berblogging, jadi silent reader pada kebanyakan blog yang mami follow, decided to continue blogging, cuma nak kena rajin tangkap gambar dan menaip jalan cerita.... InsyaAllah akan dimulakan semula blogging ni dengan pelbagai cerita...untuk permulaan, terimalah salam tahun yang tak berapa nak baru dengan muka yg tak berapa nak baru..hehehehe



bersama daddy anak2


nanti-nanti kupikirin apa yang nk di blog kan ya...

Wednesday, November 19, 2014

Monday, November 10, 2014

Tuesday, July 8, 2014

Cerita Ceriti

Assalam semua,

lama benor rasanya jari2 mami ni tidak menaip di blog ni...sunyi dan sepi rasanya...

ok, ni nak story mory sikit....angels mami mmg ada penyakit semput dari kecik tau walhal mami ngan daddy takder semput pun...so kata doctor it will vanish at their teenage age...sepatutnya begitu...tapi this year berderet budak2 ni masuk spital...pening dah kepala...asiklah keluar masuk spital...

mula2 kakak, minor surgery on her left chest....1 malam jer kt spital....kat DEMC shah alam and this is in early april

kemudian end of may, qiara pulak...5 malam jadi tetamu DEMC....asthma....aduhai...penatnya rasa...daddy sampai kena cuti nk jaga tuan puteri teman gaduh dia....

and a few days back...sarah pulak...this time kpj shah alam for 2 nights and this is what i want to share....

kalau nak dibandingkan DEMC dan KPJ Shah Alam, mami would prefer DEMC...dari segala segi ya, dari kita mula2 register sampailah discharge...DEMC yang paling teratur... KPJ ni serabut

hari sabtu malam, kami bawak adik a.k.a. sarah ke DEMC sebab dia batuk tak henti2...bila doktor check...kena buat neb, masuk ubat dan amek darah....mami tunggu kat luar masa tu..tetiba adik dtng dengan airmata kasih yang berlinangan pimpin tangan mami masuk kata doktor nak jumpa...at the same time adik berbaring kat emergency ward...dia kata dada dia sempit..tak boleh bernafas...
so mami ckp pada doktor...i tot lepas neb, dada lebih terbuka dan senang bernapas...kenapa dada my daughter sempit? doktor adalah panik...fyi doktor ni doktor ganti yang tak pernah nampak kelibat dia di DEMC sbb doktor2 lain yang beragama islam dalam bulan puasa ni mungkin tidak ambil shift malam, yalah utk berbuka posa dan solat tarawih kan...and he is a very young doctor...aduhai...so doc kata kena warded sbb sarah perlu diberikan oxigen dan dimonitor keadaanya...ok no hal...janji anak aku sihat...balik rumah kejap, amek medical card adik and her personal things to ward. tapi bila sampai di DEMC doc maklumkan bilik yang kosong takder oxigen port...alamak camaner ni...mami taknaklah adik sesak napas malam ni kalau bawak balik rumah...doc bole tanya nak bawak balik rumah ke nak pergi hospital lain? eh...hospital lain lah...hang ingat kat rumah cek ada oxigen port? cekau doc ni karang...so dia kata ok... dia akan keluarkan surat ke spital lain...no choice we went to kpj seksyen 20 which is just nearby our house...and this was at 10.00 pm....ok masuk kpj, register, jumpa AA dia dulu...tanya lebih kurang, baru masuk jumpa doc....doc kpj suggest warded jugak untuk monitor pernafasan dan regular neb...ok..korang tau kul baper masuk ward...2 pagi ok...tupun bilik seorang penuh...dpt 4 bedded room...kesian adik..takder privacy dia...

dahlah mami dari pagi tak rest, pegi pasar, kemas rumah, masak, lepas berbuka terus ke demc...sampai kul 2.00 pagi...ya Allah...nk menjerit pun ada rasanya...

balik rumah tak tahan, sahur terus...tido kul 2.30...sampai pening kepala...

lembab betullah kpj nih...segalanya lembab...kalau diberi pilihan DEMC adalah yang terbaik...

moga selepas ini tiada lagi yang sakit2...Aamiin....






Thursday, April 24, 2014

Thursday, March 6, 2014

Kantoi dalam FB dengan isteri sendiri




BERBELAH-bahagi antara mahu dengan tidak, Fikri, 33, (bukan nama sebenar) akhirnya akur dengan pujukan untuk ditemubual.

Biasalah, lebih setahun penulis menerajui ruangan Pengakuan ini, majoriti yang mahu dan mudah berkongsi cerita adalah kaum wanita berbanding lelaki.

Setelah dipujuk dan diyakinkan bahawa perkongsian bukan untuk mengaibkan cuma mahu memberi pengajaran, Fikri mengangguk.

Akhirnya satu pertemuan diatur antara penulis dan Fikri di sebuah kedai makan di ibu kota.

"Kisah ini kisah terpencil kak (panggilannya kepada saya). Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa zaman sains dan teknologi ini memang mudah mendedahkan kita kepada pergaulan sosial di alam maya," kata Fikri membuka bicara.

Dia mengakui bukanlah seorang yang up-to-date dengan segala rangkaian laman sosial walau ramai yang sudah memberitahunya tentang facebook, skype, google dan sebagainya pada.

Dia tetap dengan keputusannya tidak mahu membuka sebarang akaun dengan mana-mana laman sosial.

"Memang saya selalu dikutuk rakan kerana ketinggalan zaman, sudahlah memakai telefon genggam yang canggih tetapi tidak memanfaatkan sepenuhnya, kata mereka kepada saya," cerita Fikri yang ketika itu mengakui sedikit tidak tergugat dengan kata-kata berbaur sindiran daripada sahabat-sahabatnya.

Secara fizikalnya lelaki ini mempunyai rupa dan bentuk badan yang menarik. Ditambah dengan kerjayanya sebagai pengurus di sebuah syarikat pembinaan, Fikri memang mempunyai karismanya yang tersendiri.

Pada usia 33 tahun, dia juga dikurniakan Allah SWT dengan isteri yang bekerjaya dan seorang anak perempuan berusia empat tahun.

Buka akaun Facebook

Masih berpegang kepada prinsipnya, Fikri memang tidak akan membuka akaun di mana-mana sosial. Namun, setelah pihak syarikat mengeluarkan arahan agar setiap staf membuka akaun facebook dan menyertai kumpulan yang diwujudkan oleh bahagian sumber manusia bagi tujuan meguar-uarkan maklumat mengenai syarikat dan staf, barulah Fikri membukanya.

"Saya hanya mengarahkan setiausaha yang membuat akaun saya, lepas siap semuanya barulah saya tahu saya sudah ada akaun.

"Satu petang yang tidak begitu sibuk, saya pun mengambil keputusan melihat apa yang ada dalam facebook. Mula-mula saja saya sudah lihat ramai kenalan mahu berkawan dengan saya, baru dua hari akaun dibuka sudah ada lebih 100 friend request (pertanyaan untuk berkawan), satu persatu saya klik 'yes', maklumlah orang hendak berkawan dengan kita takkan kita memilih pula.

"Sejam juga masa saya dihabiskan pada kali pertama menatap facebook dan saya akui patutlah semua orang teruja dengan akaun masing-masing kerana saya juga sudah berperasaan demikian.

"Teruja melihat foto-foto sahabat dan kenalan lama di sekolah dan universiti. Dalam ramai-ramai itu ada seorang perempuan yang agak cantik yang mengajak saya chatting dan saya melayani kerana tidak ada begitu banyak kerja di ketika itu," ujar Fikri lagi.

Kawan kerja

Hari demi hari, Fikri semakin galak memeriksa akaun facebooknya. Sesekali ada juga terbit di fikirannya kenapa dia ketinggalan dan tidak membuka akaun dari dulu lagi kerana macam-macam informasi yang boleh didapati di laman sosial tersebut.

"Salam perkenalan daripada seorang wanita di senarai rakan facebook saya yang mengakui pernah berjumpa saya di seminar, juga saya sambut ceria.

"Pada saya tiada salahnya menyambung silaturrahim. Boleh dikatakan setiap hari Fieya, (bukan nama sebenar) ajak bersembang dalam talian.

"Saya layankan saja, walau jenuh mengingati mana satu Fieya yang mengaku pernah bertemu saya di satu seminar yang pernah saya ikuti di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, saya jadi seronok bersembang dengannya. Diakui juga kerana gambar profilnya yang menarik, maka naluri kelakian saya tidak mampu menidakkannya.

"Bermula daripada kisah kerjaya, hinggalah ke kisah rumah tangga masing-masing. Kata Fieya, dia sudah enam tahun berumah tangga tapi masih tidak mempunyai anak.

"Kebetulan Fieya bekerja di sebuah jabatan kerajaan yang mana saya perlu selalu berhubung dengannya maka saya rasakan tiada salah saya berkawan dengannya," ujar Fikri lagi.

Entah kenapa sehari tidak bersembang dengan Fieya, dia merasakan seperti ada yang kurang dalam hidupnya.

Adakalanya dia yang menyapa wanita itu terlebih dahulu walau dari awal perkenalan Fieya yang sering membuka bicara mereka di alam siber.

"Saya akui rasa seakan rindu pula bila dia tidak tegur saya. Kadang-kadang masuk saja pejabat buka komputer bukan pasal kerja yang saya lihat dulu tapi mesej-mesej yang diberi oleh Fieya dan bila tiada mesej dari dia saya jadi tak keruan pula.

"Saya mula keliru dengan perasaan tersebut. Memanglah kami tidak ada apa-apa hubungan kecuali setiap hari bersembang hal kerja, hal diri masing-masing, hal semasa dan keluarga sahaja, tetapi saya akui sangat selesa dengannya," akui Fikri.

Setelah hampir tiga bulan bersembang tanpa bersua, dia memberanikan diri mengajak Fieya makan tengah hari bersama.

Bagi mengelakkan rasa bersalah, dia mencari alasan kerja untuk bertemu Fieya di pejabatnya.

"Tidak sangka pelawaan saya diterima dengan selamba tetapi Fieya kata dia tidak mahu bertemu di pejabat, sebaliknya mahu saya ke sebuah kafe di pusat membeli belah terkemuka di ibu kota.

"Tanpa fikir panjang saya setuju dengan cadangannya. Siap menyembur minyak wangi lagi dan saya memang tak sabar bertemu Fieya," ujarnya.

Berdasarkan warna baju yang diterangkan Fieya dalam perbualan mereka sebelum bertemu, Fikri tidak mengambil masa yang lama untuk mengecam wanita itu yang duduk membelakangi pintu masuk kafe.

Namun, alangkah terkejutnya Fikri apabila mendapati Fieya adalah isterinya sendiri, Filzah.

"Terkejut saya melihat Filzah di situ dan ketika itu sangka saya Fieya ada di tempat duduk lain di situ, tapi Filzah segera 'mengkantoikan' saya dengan berkata, 'sayalah Fieya'.

"Muka saya terus jadi merah padam, terkejut dan langsung tidak sangka isteri memasang perangkap untuk menguji kesetiaan saya," katanya.

Jadi kekok

Sejak peristiwa itu, Fikri menjadi malu-alah pada isterinya, yang semenjak peristiwa itu sering memperli dirinya.

Namun, Filzah bukanlah menyalahkan Fikri sepenuhnya kerana dia mengakui sengaja menggoda Fikri menerusi kebijaksanaannya menyusun ayat bicara.

"Akhirnya saya ajak Filzah berbincang, jenuh saya menerangkan tentang situasi dan perasaan antara saya dan 'Fieya'.

"Saya tahu Filzah sudah tidak mempercayai saya lagi. Dia menganggap saya seorang suami yang tidak setia. Filzah juga menjadi dingin semenjak peristiwa tersebut," katanya.

Fikri mengakui dalam hal tersebut dia yang patut dipersalahkan kerana tidak sepatutnya mempunyai perasaan sedemikian terhadap 'Fieya'.

"Selepas bermuhasabah diri saya mengakui semuanya salah saya dan tidak salah bagi Filzah menguji kesetiaan saya sebegitu. Saya juga rasa menyesal kerana kalah dengan nafsu sendiri.

"Apabila diimbas kembali memang tidak patut kami bersembang dengan begitu intim di alam siber, ia umpama berkhalwat juga, cuma bezanya tidak bertemu di alam nyata.

"Bayangkanlah kalau Fieya memang wujud, entah apalah yang akan terjadi seterusnya sebab kami sudah mula bertemu.

"Saya akui juga peristiwa tersebut besar hikmahnya kerana berjaya menguji sejauh mana kesetiaan saya sebagai seorang suami," ujar Fikri.

Dengan nekad dan rasa bersalah yang tinggi, Fikri berusaha meyakinkan Filzah tentang kesetiaannya.

Mujurlah Filzah menerima dirinya seadanya dan turut meminta maaf kepada kerana menyamar sebagai perempuan lain semata-mata mahu menguji kesetiaan suaminya.

"Peristiwa tersebut sebenarnya satu hikmah yang besar buat keluarga kami. Selepas itu saya menjadi begitu berhati-hati di alam siber, memang ada usikan dan salam perkenalan daripada ramai wanita di facebook tapi saya hanya layankan atas dasar kerja sahaja.

"Untuk meyakinkan Filzah saya turut memberikan dia kata laluan akaun saya kepadanya dan sebaliknya. Kami berdua berikrar untuk menjadi pasangan yang jujur dan setia antara satu sama lain, insya-Allah, tiap apa yang berlaku bukanlah sia-sia," ujar Fikri mengakhiri bicara.


Monday, February 10, 2014

Pengalaman Ngeri Rakyat Malaysia Di Segitiga Bermuda



Tanggal 8 April 2006 adalah hari yang paling diingati dalam sejarah kerana pada hari itulah aku ditugaskan untuk cover kapal kargo milik malaysia selendang ayu. pada hari itu juga adalah pengalaman pertama utk tugasan cover kapal kargo kerana banyak kejadian lanun yang menghantui pelayar-pelayar dari malaysia Apabila tugasan di mesir sudah tamat pihak SIB diberi tugasan baru dan Major ravi telah mengarahkan aku,bahtiar dan ramzul utk mengendali kes ini. Apabila kami ditugaskan tanpa membuang masa kami terus bersiap utk ke pelabuhan labuan dimana tempat kami akan berlepas. perjalanan menaiki helikopter milik ATM Augusta 109E lancar tanpa sebarang masalah.

Petang menyinsing dan ketibaan kami disambut baik oleh krew kapal kargo selendang ayu yang difahamkan akan berlayar ke bahamas utk penghantaran perubatan dan keperluan bantuan mangsa ribut disana. pihak Malaysia begitu perihatin utk membantu walaupun bahamas adalah dibawah pemerintahan amerika namun atas dasar keperimanusiaan kerajaan kita tetap membantu.

Aku,ramzul dan bahtiar di bawa ke dok yang menjadi tempat berehat yang berkeluasan 30 kaki dan berkatil tingkat hmm..bolehla walaupun bukan 5 star selesa la jugak. tapi salah seorang kene la tidur di lantai berlapikkan kain saja dan orang itu adalah aku sebab memang dah biasa dengan lantai-lantai ni. aku termenung seketika diatas tilam tempat bahtiar berbaring ramzul diatas pon tgh berbaring keadaan aku yang termenung itu disedari bahtiar lalu dia menegur. “weh apsal ko termenung bro”? sapa bahtiar sambil menolak bahuku. “Aku bukan apa aku hairan kenapa sampai nak kene cover kapal ni cube kamu tengok tadi ramai yang jadi pak guard depa senjata pon ada. jawab aku dengan penuh hairan. “Entah la aku pon pelik juga kenapa kita nak terlibat sekali kalau dah ada yang cover kapal ni”? sampuk ramzul yang aku dan bahtiar ingat dah bermimpi indah. tiba-tiba bahtiar menempik dalam nada yang sederhana “weii.. bukan ke kalau nak ke bahamas to kene lalu segitiga tu baru sampai sana”? “ha ah la mesti kene lalu segitiga setan tu..ahh sudah menyesal la pulak aku join cover ni” kata ramzul.

Aku hanya boleh membisu dan berfikir. Benar kata-kata bahtiar memang kapal ni akan melalui segitiga bermuda jika mahu sampai ke bahamas.Aku cuma tenteramkan mereka yang nampak gelisah..”segitiga je beb bukan segi empat ke segi lima yang korank risau apehal”? seloroh aku.. “ye la kamu jangan cakap sembarangan dah lalu nanti baru kamu tau penangan tempat tu”. kata-kata ramzul seperti meningkatkan lagi kerisauan bahtiar yang dari tadi seperti gelisah tak tentu pasal. ” dah.. cukup dengan segitiga korank.. ingat misi kita apa disini.. kita lakukan dengan profesional pasal dengan tempat puaka tu memang senjata kita tak lut pada mereka tapi apa guna kita ada Allah yang maha Esa? sekuat2 mana jin yang ada didunia ni tidak tertanding kuasa yang Allah ada.. tadah tangan kita mohon dengan penuh yakin pasti Allah tidak akan biarkan hambanya yang didalam kesusahan” madah aku dengan penuh yakin.

Perjalanan kami ke bahamas berjalan hampir 3 minggu lamanya kerana kapal ini kerap singgah di pelabuhan-pelabuhan utk mencari bekalan makanan dan pelepasan dari negara-negara yang telah kami masuki utk memastikan apa yang kami bawa bukan barang2 haram yang boleh membawa ancaman kepada negara-negara tersebut. apabila tiba di setiap perairan ada saja tentera marin ataupon penguatkuasa laut yang datang utk memeriksa. jika ada keraguan kapal kami ditahan sementara utk pengesahan.

Apabila kapal kami tiba di lautan atlantik satu detik hati yang begitu risau apabila melihat sekitar lautan yang tiada pulau bermakna kami berada di tengah-tengah lautan atlantik yang luas dan menurut kapten kapal inilah dia laluan segitiga bermuda. bahtiar dan ramzul seperti kerisauan melihat sesama sendiri. ketika berada di bilik kawalan kapal saya bertanya kepada kapten yang bernama zulfakar. ” apa… kapten tak berasa risau melalui laluan ni”? tanyaku dengan penuh berani.

“ini pertama kali saya mengikuti laluan ni… sebelum ini kawan saya yang juga kapten kapal bernama john barios penah melalui laluan ini dan selepas dia menghantar barang di miami sesampainya beliau di pelabuhan para petugas menemui hanya dia seorang sahaja di atas kapal yang lain telah tiada walaupon semasa belayar sebanyak 30 crew yang menyertai pelayaran itu dari england.. dan beliau disahkan gila kerana setiap saat beliau mengatakan ada makhluk ganjil yang sedang mengganas di pertengahan laut atlantik seperti menunggu utk membaham kapal-kapal yang melalui laluan ini. sebab itulah saya juga mencari jawapan segala kebenaran yang dia katakan” kata beliau dengan nada yang sedikit kesedihan.

aku terdiam dan hanya menghayati kesdihan kapten zul yang benar2 terasa dengan apa yang terjadi dengan sahabatnya itu. aku kembali ke bahagian tengah kapal dan melihat ke ke lautan yang sedikit berkabus. sut yang kami pakai mengelakkan daripada terasa kedinginan yg melampau tatkala angin lautan atlantik yang melanda sekala sekala deras.

ramzul dan bahtiar sudah melakukan rondaan sekeliling bersama dengan pasukan keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan kapal ini. kebanyakannya melayu dan seorang adalah berbangsa sigh. dalam penghayatan aku di lautan tiba2 bahtiar menggoncang bahuku dengan laju ” weiii.. korang nampak tak kat sana?” tuju jari bahtiar ke selatan laut. aku dan ramzul pantas melihat.. namun aku dan ramzul tak dapat melihat apa2 kecuali kabus yang semakin tebal dan hitam. ” mana taka ada apa2 pon” pintas ramzul. ” ada aku mmg nmpak tadi” yakin kata2 bahtiar itu. ” apa yang kamu nampak” kata ku. ”aku nmpak kapal” jawab bahtiar. “Ahhh.. kapal pon mau kecoh ka? biasa la kapal memang lalu sini” pintas ramzul lagi. ” takk..aku nampak kapal zaman portugis” yakin bahtiar lagi. ” biar betul kamu ni bahtiar”? tanya ku dengan penuh kepastian.

Aku sekali lagi mengaamati betul2 apa yang bahtiar katakan, mataku melihat sekeliling apakah benar dakwaan bahtiar tadi, kabus semakin lama semakin tebal dan hitam. tiba2 mataku terpandang satu objek di selatan laut yang berada di dalam kabus2 semakin lama semakin objek itu menampakkan diri dan sah ianya sebuah kapal perang lama.. ” ramzulll.. minorrr” jerit aku meminta ramzul teropong. ramzul segera memberi padaku beliau pon sudah dapat melihat kapal tersebut. aku melihat kapal tersebut dengan teropong.. semakin lama semakin dekat dan apabila ternampak satu nama dikapal tersebut aku terus diselubungi keresahan.. mana taknya nama kapal tersebut dikenali sebagai SANTA MARIA kapal perang yang pernah dinaiki oleh kapten columbus pada tahun 1492 dan pernah melaui perairan atlantik ini utk mendarat di bahamas .


Hati aku sekali lagi berdegup detap apakah ini realiti kerana apa yang ternampak dimata disaksikan juga oleh para krew kapal yang lain.. mereka semua terpegun dengan kapal yang sudah berusia beratus lamanya belayar setara dengan kapal yang sedang kami naiki ini.. bahkan dari tadi kami rasakan seperti kelajuan kapal yang berada 500 meter dari kapal kargo kami ini setara sahaja. sekali lagi teropong diarah ke kapal berusia beratus tahun itu dengan tujuan ingin melihat penghuni dan crew kapal tersebut apakah ada penghuninya. tiada nmpak sebarang kelibat manusia pon didalam kapal tersebut.

Tiba-tiba siren kapal kargo kami kedengaran.. aku pantas naik ke dek pengemudi yang melihatkan kapten zulfakar dalam keadaan cemas.. ” apa yang terjadi kapten”? “entahlah saya tak pasti tetapi tadi saya ternampak seekor binatang yang besar sedang melintas didepan kapal seperti dinosour tengkuknya panjang dan pantas menenggelamkan diri” kata kapten zul. aku melihat kembali di luar.. kapal santa maria itu masih ada dan seiring dengan kapal ini. Awan tiba2 gelap di depan kami seperti ada ribut yang mahu melanda petir sekali sekala menyambar disertakan dengan guruh namun tanda2 hujan tidak kelihatan. Ramzul dan bahtiar kedua2anya seperti terpaku apabila dipanggil nama seperti tiada respon dari mereka.

Aku turun dan membaca bismillah kemudian dihembus kemuka mereka.. alhamdulillah mereka sedar.. ” apa yang kita nak buat ni?” kata bahtiar. angin semakin kencang.. para krew kapal bertempiaran sesama sendiri mencari perlindungan tatakala kapal seperti hilang keseimbangan… para pasukan keselamatan pon bnyak yang tergolek dan kami berpaut di sisi kapal aku melihat kedepan ” ahh kapal ni tak bergerak ni.. kabus itu yang datang menghampiri ” kata ku. sebab aku kata begitu kerana melihat di awan terdapat beberapa ekor burung yang tidak bergerak dan masih berada di posisi sama begitu juga kapal santa maria yang seiring dengan kapal kami tidak seperti bergerak langsung. ramzul dan bahtiar masih berpaut dengan senjata masing2 dah jatuh kemana aku pon tak tau dengan keadaan kapal yang tidak stabil. ”ya Allah.. apa yang mahu kamu berikan ini aku dan rakan2 tetap tabah utk hadapinya” kataku di hati kecil”. dengan tak semana2 ada satu gelombang yang muncul didepan kapal merempuh kami dan kesemua krew termasuk aku dan rakan2 tersungkur jatuh dan muntah semuntah2nya ya Allah azab nya keadaan ini seperti nak tercabut nyawa ketika gelombang itu merempuh kapal kami.


kilat terus sambar menyambar dan kabus hitam tebal itu semakin hampir baru kami semua krew nak berdiri teguh kembali sekali lagi gelombang itu muncul dan menghentam kami.. Ahhh.. terbaring kembali dan muntah2 kami lagi dan senaknya hanya Allah sahaja yang tahu. aku gagahkan utk berdiri tatkala krew2 yang lain sudah seperti tak mampu utk berdiri termasuk rakan2 ku ramzul dan bahtiar.. aku terus meluru ke dek kapten melihatkan mereka juga dah terbaring dilantai dengan muntah2 yang berselerakan. aku papah kapten zulfakar dan terus kapten itu berkata “cepat AZAN.. tengok tuu” kapten menunjuk jari ke depan ..

Ya Allah kabus hitam itu menyerupai seperti sekujur tubuh manusia yang besar dengan gagah datang kearah kami.. dengan mulutnya terbuka luas seperti gembira mahu menjamah kami.. tatkala itu muncul satu pusiran air laut yang besar dibelakangnya.. hanya Allah yang mengetahui apa yang terjadi kepada kami ini dan hanya dialah sahaja penyelamat kami. Aku memberanikan diri dan terus kedepan kapal mengadap kabus lembaga itu dengan penuh kemarahan yang sedang mara dengan hanya 200 meter sahaja .. kapal ini tak bergerak. tangan kananku ditekup ke telinga dan dengan nafas panjang aku Azan dengan hati yang berserah padaNYA dan berkata hati ku ALLAH MAHA BESAR… ALLAH MAHA BESAR .. biarlah nyawaku diambil lembaga ini dan selamatkanlah nyawa rakan-rakanku diatas kapal ini.. tengahku bertarung nyawa dedepan kapal terdengar pula dibelakang suara yang ramai melaungkan Azan.. wpt.dan apabila didalam kapal itu bergema Azan.. selesai Azan telingaku seperti dengan jelas terdengar dari mana datangnya tetapi dekat di telinga satu ayat berbunyi ” Wa ja ‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun ” diulang banyak kali dan sememangnya jelas di anak telinga ini dan dengan sepontan aku mengikutinya dan krew2 yang hampir pon melafazkannya dengan izin Allah segala kabus hitam hilang dari pandangan termasuk kapal santa maria yang berada seiring dengan kami diikuti pula cahaya matahari yang terang seperti menghalau kabus2 hitam itu terus menguasai lautan. pusaran air juga hilang dari pandangan yang terlihat hanyalah sebuah lautan yang membiru. aku melutut kesyukuran dengan peluh membasahi seluruh tubuh menadah tangan sambil berkata ” TIADA SANGSI LAGI ENGKAULAH MAHA PENCIPTA DAN PENYELAMAT KAMI YA ALLAH SYUKUR KEHADRATMU” krew2 yang lain memapahku ke dok kapal kerana menyedari bertapa tidak bermayanya aku.

Keadaan pulih seperti biasa ramzul dan bahtiar seperti tidak percaya dengan apa yang aku lakukan diatas kapal ini dan tak seberapa lama kemudian kapal kami tiba di pelabuhan bahamas dengan penuh cerita yang terjadi dan mereka juga memahaminya melihat situasi kami yang sedikit tidak teruurus.wpt. apabila barang2 kargo di serahkan kami bermalam hampir tiga hari di bahamas macam-macam cerita yang kami dengar dari mulut penduduk itu sendiri perkara yang sama pernah terjadi kepada kapal yang lain dan yang bernasib baik lepas yang tidak akan hilang begitu sahaja. lautan atlantik pernah digelar seperti jalan mati oleh penjelajah lama yang bernama kapten columbus seorang kapten yang pernah mengemudi kapal santa maria yang kami jumpai di tengah lautan atlantik.

perjalanan pulang kami tempuhi dengan selamat apabila kebanyakan krew kapal berwirid dan berzikir. kami juga berjemaah beramai2 ditengah2 kapal bacaan yassin juga tidak terlepas dan apabila dibaca ayat 1-9 yassin itulah dia ayat yang didengar dicelah2 telinga semasa berhadapan dengan musibah yang terjadi. yang baiknya apabila ahli pasukan keselamatan yang berbangsa sigh mahu memeluk islam kerana melihat kebesaran yang benar dari Allah yang maha esa sehingga terbuka pintu hatinya utk memeluk islam. syukur alhamdulillah.. perjalanan kami selamat ke tanah air selepas 3 minggu belayar dari bahamas dan membawa pengalaman yang tak ternilai semasa berada di lautan Atlantik..

ALLAH MAHA BESAR… ALLAH MAHA BESAR.. wassalam…

- See more at: http://anak-ketam.blogspot.com/2014/02/pengalaman-ngeri-rakyat-malaysia-di.html#sthash.ViXDCRgX.dpuf

Friday, January 10, 2014

KISAH SEDIH: Pengorbanan Isteri Solehah Buat Suami Tercinta




gambar sekadar hiasan


[KISAH SEDIH] CINTA UNTUK ABANG...++Pengorbanan Isteri Solehah Buat Suami Tercinta | Ini sebuah cerita... tentang suami isteri... boleh dijadikan pengajaran dan pengiktibaran... ..walaupon hanya sebuah rekaan... tapi ade teladan di sebalik nye... ..khas untuk kengkawan yg dah dah kawin... .akan kawin tak lama lagi... dan kepada sesiapa sahaja... .
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nura memerhatikan jam di dinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, argh ... dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.
2.00 pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya.
"Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura. "
"Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". jawapan yang cukup mengecewakan Nura.
"Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Nura dalam hati.
"Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu". pinta Nura sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil hatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur.
Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.
"Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura", bisik hati kecilnya. Aargghh rindunya Nura pada abang.
" Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang".
Selesai solat subuh Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan khusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.
"Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat. "Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?" Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu "Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura", kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi. Arrghh rindunya Nura pada abang.
--------------------------------------------------------------------
"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.
"Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh.
"Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaatler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal.
"Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur. "Balas Hilmi.
"Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung.
"Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah". terang Hilmi.
"Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri.
"Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.
---------------------------------------------------------
Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nura menangis sepuas hatinya. 5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh. Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya mengalir.
"Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5 tahun yang lepas. "Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Nura,". Janji Hilmi.
"Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nura lagi.
"Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura.
Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Nura pada abang.
-------------------------------------------------------------------------
"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi... " ayat Hilmi terhenti disitu.
"Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?" Celah Zikri.
"Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi.
"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?" tingkas Zikri.
"Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan " Jelas Hilmi.
"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia? kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?"
"Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup". Ujar Hilmi.
----------------------------------------------------------
Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk orang tua Hilmi di kampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya.
Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit. Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Nura pada abang.
Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi. Arghh tak apalah, demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Nura pada abang.
--------------------------------------------------------------------
"So you dah tahu I dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya.
"I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?
--------------------------------------------------------------------
"Abang,Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Nura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat.
"Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura. Arrgg rindunya Nura pada abang. Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring.
Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi.
Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada di depan mata setiap hari. Aargh rindunya Nura pada abang.
Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.
"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya.
"Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi.
"Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut.
"Eh..dah pandai menjawab,"perli Hilmi.
Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang Nura nak bincangkan.
"Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya Nura.
"Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan.
Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus bertanya, "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" Ujar Nura.
"Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi.
"Sampai hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? " dan Nura terus bercakap dengan sedu sedan.
"Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul... "
Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi.
Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk.
Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. demam Nura pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.
--------------------------------------------------------------------
Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri.
"Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau? tanya Zikri.
"Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku, berdosa tau", tolak Nura.
Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. Setianya kau perempuan, bisik hatinya.
"Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku boleh?" pinta Zikri.
"Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan?" setuju Nura.
--------------------------------------------------------------------
"Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan.
Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah.
"Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang Zikri.
Nura menangis semahunya di bahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.
Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya.
"Ya, betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura." Janji Hilmi.
Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa.
--------------------------------------------------------------------
Hilmi masih menanti di luar, rasa amat bersalah bersarang di kepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.
"Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat", terang doktor pada Hilmi.
"Dua-dua apa maksud doktor? tanya Hilmi.
"Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.
"Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura, kesal Hilmi. Malu rasanya untuk menatap muka Nura.
"Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung? kesal Hilmi.
"Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Nura tak sampai hati bang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura.
"Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." janji Hilmi.
Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam di halaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa ke hospital, dan mujur jugak Nura pengsan di halaman, dapat dilihat orang.
------------------------------------------------------------------------
"Mama, kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat," marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja di rumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.
"Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah." balas Nura. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni.
Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Nura hanya berehat di hospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.
Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setiap tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja. Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana. Hilmi makin risau, setengah jam kemudian doktor keluar.
Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya.
"Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor.
"Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar.
"Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." jelas doktor.
"Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."
--------------------------------------------------------------------
"Ermmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Nura menjadi seorang perindu, dia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Hilmi.
"Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira". pujuk Hilmi menenangkan Nura.
"Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air.
"Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan. "Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya didapur.
"Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah.
--------------------------------------------------------------------
"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia 'dijemputNya", terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu.
Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya.
Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.
--------------------------------------------------------------------
Abang yang Nura rindui,
Abang, maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kepayahan demi zuriat ini bang.
Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setiap katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa setiap tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang. Siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura tak mampu abang.
Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha.
Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika.
Andai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.
Abang yang Nura rindui...
Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang...
Nura rindukan abang... ... Nura rindu sangat dengan abang... ..rindu bang... rindu sangat... .
Sekian,
Ikhlas dari nurani isterimu
Nura Ain Bt. Abdullah


- See more at: http://kopilekat.blogspot.com/2014/01/kisah-sedih-cinta-untuk.html#sthash.8hYcTEwg.dpuf

Thursday, January 9, 2014

Untuk tatapan sebagai peringatan dan pengajaran



















Ust Amir Muttaqin ( Bab Jenazah beserta kisah benar yg menarik).

1. Org yg nak mati ni antara tandanya hidung jatuh,hidung kesat dan tdk berminyak.

2. Tapak kaki menjadi flat dan tiada ruang di tgh.

3. Nafaz in dan out menjadi lambat dan tersekat2.

4. Antara rahmat Allah masa nak mati ,tanda nak mati itu, seseorg akan berubah perlakuan menjadi baik. Kbykkannya sebegitu dan amat jarang yg berubah mnjdi kjhatan.

5. Lagi tanda ialah membuatkan kita benci kpd bakal si mati itu. Ada shj yg tdk kena dan membuat kita terasa dan sehingga tahap membenci. Akhirnya pergi dlm keadaan kita membenci dan menyesal. Yg ini kena hati2 ketika jaga ibu ayah kita. Bersabarlah dgn apa sekalipun sikap mereka kerana semua itu sementara. Jgn menyesal ketika mereka pergi, dlm keadaan kita membenci mereka.

6. Manusia ini pada mulanya apa sahaja kita akan mkn. Lihat bayi,semua nak telan. Meningkat remaja sedikit,mula memilih mknn. Menjelang dewasa,dipilih pulak mknn. Yg ini boleh,yg ini tdk boleh. Akhirnya,hilang selera mkn. Antara nikmat awl yg Allah tarik ialah mkn.

7. Mereka yg nazak,akan rasa sgt kehausan. Ambil kapas dan basahkan. Sapu dibibir. Jgn tuang air kerana itu bukan membantu hilangkan kehausan,tapi bantu utk bg mati.
8. Ketika nazak,elakkan dari org luar berada bersama. Kerana kebiasaannya,org yg hampir mati,akan terkencing dan terberak. Utk elakkan fitnah,biarlah ahli keluarga shj yg ada keliling.

9. Ajarlah ucap syahadah. Sejak zaman Nabi hingga kini, org yg paling sempurna syahadah ketika hendak mati ialah Saidina Abu Bakar. Kita ni jgn mimpilah,paling terbaik pun ucap
p Allah. Ada ulama benarkan jika tdk boleh ucap Allah,cukup sekadar tolong gerakkan kelopak mata dan bibir seperti sedang ucap Allah.

10. Ajar ucap syahadah atau Allah hanya sekali shj. Lepas si nazak sebut,biarkan dia rehat. Jika si nazak tiba2 bercakap hal dunia balik. Ajarkan sekali lg. Kemudian rehatkan sehingga tdk berkata hal dunia lagi dan hembuskan nafas terakhir.

11.. Jenazah yg dah mati hendaklah dibaringkan membelakangkan kiblat(kepala ke kiblat), yg sedang nazak dibaringkan hadap kiblat ( kaki lunjur ke kiblat).

12. Tutupkan mata,ikat rongga seperti mulut. Letakkan pemberat di perut kerana org yg mati perutnya masuk angin dan boleh meletup dlm masa 12jam.

13.. Melayu Islam kita ni paling lemah bab jenazah dan wasiyat. Hampir RM40 billion skrg berada di tgn Amanah Raya Bhd. 50% drpnya tdk terurus kerana masalah keluarga bergolak. Seorg tdk setuju,habis tidak selesai kerana tiadanya wasiat.

14.. Ingatan kpd si mati yg penjawat awam, si waris sila buat pengesahan kematian dgn hospital kerajaan kerana senang utk urusan pencen dan sbgnya. Ada kes,si isteri suri rumah sepenuh masa. Akibat buat pengesahan dgn hosp swasta,terpaksa turun naik pejabat dan mahkamah selama hampir 4 tahun dan akhirnya baru selesai. Tapi selesai dlm keadaan rumah tergadai,kereta tergadai kerana tiada duit hendak bayar.

15.. Ada satu kisah kemalangan. Kereta A dan kereta B. Kereta pemandunya Nepal Kristian dan kereta B melayu Muslim. Kedua2nya mati dan hancur separuh badan. Kedua2 keluarga diminta hadir utk pengecaman. Keluarga melayu Islam hadir dan buat pengecaman. Setelah itu,dikebumikan dulu kerana,keluarga Nepal mmg lama baru akan dtg Msia.Mayat yg dikatakan Nepal td disimpan dahulu dlm bilik mayat. Seminggu selepas itu, smpai keluarga Nepal. Keluarga Nepal buat pengecaman dan mengatakan itu bkn anaknya. Pggil kembali keluarga melayu Islam td dan camkan balik mayat yg dianggapkan mayat Nepal td. Ibunya dtg dan cam smbil menangis dan katakan kpd saya (ustaz). Bukan kah kita sudah kebumikan? Ah sudah, ini kes salah mayat ni. Terpaksalah digali kembali td kubur td setelah dpt pengesahan mahkamah. Kubur itu terletak di KL.Lalu ketika digali,bdk2 dbkl yg terlibat menggali dgn tiba2 lari. Rupanya tanah kubur itu sgt panas. Digali lagi,tanah itu seperti tanah terbakar dan hitam. Akhirnya dibuka liang lahad,mayat hanya tggal bhgian kaki dan berada dlm keadaan tenggelam dgn air dan berbau busuk. Nasib baik keluarga Nepal tdk menjadikan itu kes besar dan setelah pengecaman melalui kaki itu,mayat itu dipindahkan.

16. Ketika jenazah yg baru mati juga,qiamkan tgn seperti solat. Ada 1 kisah psl qiam. Ada seorg imam ,umur muda dlm 30an. Dia meninggal setelah rebah pening ketika sudah khutbah Jumaat. Ketika mandikan jenazah,tgnnya yg didepakan utk kembali qiam dgn sendirinya. Kwn2 sy ada yg lari. Mana tdknya dlm keadaan mcm tu masa mandikan di bilik mayat. Inilah tandanya org yg jaga solat. Tgnnya akan qiam dgn sendirinya. Begitulah mereka yg tdk solat,tgn diikat mcm mne pun utk qiam,akan terbuka juga akhirnya. Oleh itu,utk elak fitnah,ikatlah dgn sebaik2 nya utk tgn diqiamkan. Ingtlah,amalan kita didunia ini lah yg akan menjd penentu kita di alam barzakh nanti.

17. Antara kisah lain,tuan2 mesti dah biasa terbaca kisah tdk lama dulu tentang kubur yg digali semula di Johor. Media mengatakan mayat itu agamawan,tapi sbnrnya mayat itu dermawan. Sy salah seorg panelis utk kes gali kubur itu. Ketika sy smpai sana,hampir separuh sudah digali. Mayat itu tdi,dia seorg dermawan kerana setiap hari,kanak2 yg lalu ke sekolah akan diberinya wang saku. Ketika mlm,diwajibkan mereka hadir ke rumah utk mkn mlm. Sesudah itu diajar mengaji mengikut peringkat. Mayatnya sudah hampir 26 tahun ditanam. Ketika digali,tanah sudah berbau wangi. Tanah menjadi lembut. Kain kafannya bersih dan hanya sedikit kotor akibat tanah. Kain kafannya bersih mcm guna clorox. Dan ini kisah yg ramai org awam tdk tahu,hanya yg ada ketika itu tahu. Ketika sesi pengecaman,dipanggil anak saudara atau cucunya utk pengecaman. Apabila kain dibuka,cucunya mengatakan ini bukan datuk saya. Bayangkan tuan2, cucu tdk cam datuknya. Kami katakan inilah datuk kamu. Tahu kenapa? Wajahnya tdk seperti ketika datuknya meninggal,tapi kelihatan muda 20 tahun dari itu.

18. Akhirnya, belajarlah bab jenazah. Pengakhiran terbaik bg kita ialah pabila bapa meninggal,anak2 dan isteri yg mandikan dan kafankan. Mak meninggal, bapa dan anak2 yg mandikan dan kafankan. Tdk malukah kita, jenazah diusik kemaluannya,dimandikan oleh org yg bukan darah daging kita? Mana maruah kita?Oleh itu, sahutlah seruan saya.
Wallhua'alam.

*Maaf tiada gambar ustaz kerana tdk bawa hp. Nota ini hanya apa yg ana ingat dan tulis semula ketika pulang. Maaf jika kurang baik.
sumber: Facebook