Ahli Parlimen sokong perkahwinan sejenis
LONDON 6 Feb. - Ahli Parlimen Britain semalam mengundi untuk menyokong undang-undang kontroversi yang membenarkan perkahwinan sejenis, meskipun mendapat tentangan kuat daripada ahli parti pimpinan Perdana Menteri, David Cameron sendiri.
Kelulusan itu bakal menjadikan Britain menyertai 10 lagi negara lain yang membenarkan perkahwinan sejenis, tetapi Cameron terpaksa berdepan dengan situasi memalukan apabila lebih separuh daripada ahli Parlimen Konservatif menentangnya.
Cameron bertegas rancangan membenarkan perkahwinan sejenis itu di England dan Wales akan menjadikan masyarakat mereka lebih kuat, meskipun rang undang-undang itu masih perlu berdepan dengan beberapa lagi perbahasan Parlimen sebelum dimuktamadkan.
Rang undang-undang itu diluluskan dengan 400 undi menyokong dan 175 undi menentang, terutamanya disebabkan mendapat sokongan daripada ahli parti gabungan, Parti Liberal Demokratik dan pembangkang, Parti Buruh.
Hanya 127 daripada 303 undi daripada parti kerajaan, Parti Konservatif, menyokong rang undang-undang itu dengan 136 menentangnya dan 40 lagi tidak mengundi atau berkecuali.
Dua menteri Kabinet Konservatif, Owen Patterson dan David Jones adalah antara mereka yang menentang rang undang-undang itu, manakala Setiausaha Pertahanan, Philip Hammond dan Peguam Negara, Dominic Grieve berkecuali. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130207/lu_03/Ahli-Parlimen-sokong-perkahwinan-sejenis#ixzz2KBSxpZw9
© Utusan Melayu (M) Bhd
Assalam Syg MOM
ReplyDeleteKaum Anwar suka... LGBT