Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 14, 2013

Lagi satu negara bakal tenggelam.........Perancis lulus perkahwinan sejenis




PARIS 13 Feb. - Perancis semakin hampir menguatkuasakan undang-undang yang membenarkan perkahwinan sejenis apabila dewan rendah Parlimen negara ini, meluluskan rang undang-undang tersebut, semalam.

Dewan Perhimpunan Nasional meluluskan rang undang-undang itu yang membenarkan pasangan gay di negara ini berkahwin serta mengambil anak angkat, selepas 329 undi menyokong, manakala 229 undi menentang.

Rang undang-undang tersebut kini perlu diluluskan di Dewan Senat Parlimen, yang dikuasai Parti Sosialis pimpinan Presiden Francois Hollande dan sekutunya, sebelum dikuatkuasakan.

Keputusan itu diumumkan 10 hari selepas dewan rendah meluluskan artikel utama rang undang-undang itu yang mendefinisikan perkahwinan sebagai satu kontrak antara dua orang dan bukan antara seorang lelaki dan seorang wanita.

Kelulusan rang undang-undang itu, meletakkan Perancis bersama beberapa negara Eropah lain yang membenarkan perkahwinan sejenis, walaupun mendapat bantahan keras daripada rakyat Perancis.

Undang-undang itu adalah sebahagian manifesto Hollande pada pilihan raya Presiden pada tahun lepas yang mencetuskan kontroversi.

Gereja Katholik telah menganjurkan kempen bantahan dengan mendapat sokongan daripada pembangkang berhaluan kanan sejak musim luruh lalu dan terus memuncak pada bulan lepas dengan antara 340,000 dan 800,000 penduduk mengadakan demonstrasi di ibu negara ini pada bulan lepas membantah rancangan kerajaan itu. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130214/lu_02/Perancis-lulus-perkahwinan-sejenis#ixzz2Kpd0FBkd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment