Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 12, 2012

Tamak adalah punca..


'Kenapa serang Syed Mokhtar?'

Dr. MAHATHIR Mohamad bersalaman dengan peserta pada Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Daerah Siri 2/2012 di Damansara, semalam. Turut hadir, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek (kiri).

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membidas sikap pembangkang kerana berterusan menyerang tokoh korporat terkemuka bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang memiliki pelbagai jenis perniagaan di negara ini.

Merujuk tindakan terbaharu Ketua Publisiti DAP, Tony Pua yang mempersoalkan bagaimana syarikat milik jutawan itu dianugerah untuk mengusahakan jalur lebar 4G, Dr. Mahathir berkata, tindakan tersebut adalah tidak wajar kerana syarikat lain turut memperolehi perkara sama.

''Kalau sudah dia (Syed Mokhtar) ada kebolehan, kita tidak boleh diskriminasi kepadanya. Kerana orang lain pun dapat. Orang lain yang sudah kaya daripada beliau pun dapat juga. Mengapa nak serang dia sahaja,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ceramah khas bertajuk Transformasi Luar Bandar: Peranan Pentadbir Daerah sempena Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Daerah Siri 2/2012 di Damansara, dekat sini hari ini.

Memetik laporan portal propembangkang, Malaysiakini semalam, Tony Pua menuntut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menjelaskan peruntukan paling besar untuk mengusahakan jalur lebar 4G yang dianugerahkan kepada syarikat milik jutawan terbabit.

Syarikat Puncak Semangat Sdn. Bhd. milik jutawan itu katanya, tiada pengalaman dalam industri telekomunikasi tetapi diberikan bahagian paling besar pada skala 40MHz untuk lesen jalur lebar tersebut.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, tindakan pembangkang hanya menyerang Syed Mokhtar membuktikan mereka bersikap berat sebelah.

Terdahulu, ketika ditanya mengenai perpecahan dalam kalangan orang Melayu, beliau memberitahu, perkara tersebut berpunca kerana sikap tamak.

''Semasa zaman British, mereka bercadang merampas Tanah Melayu dan mentadbir negara ini secara terbuka. 

Dengan penyatuan Melayu, akhirnya British terpaksa menggugurkan Malayan Union. Namun, setelah kita berjaya, maka dapatlah peluang untuk menjadi Yang Berhormat, boleh jadi Perdana Menteri, dapat duit dan elaun.

''Dan apabila ini menjadi tumpuan kita, maka kita mudah berpecah. Perpecahan ulama dan pihak lain, perpecahan kerana ada pemimpin yang ingin rebut jawatan Perdana Menteri. Maka kita berpecah kepada tiga. Kita tak lagi menjadi majoriti,'' katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121212/dn_12/Kenapa-serang-Syed-Mokhtar#ixzz2EnxSZyE4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment