Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 12, 2012

Ini bukan ulat punya kerja...ini kerja ULAR nih...


Gambar sekadar hiasan


Sejak Nov 2011 hingga kini, setiap hujung minggu saya akan mengunakan perkhidmatan awam (bas ekspress) dari Utara ke KL dan sebaliknya untuk pulang  atau ke tempat kerja (weekend husband). 

Malam  2/12/2012, saya telah menaiki sebuah bas yang disediakan oleh pihak syarikat Alisan Golden Coach (sepertimana tiket yang dibeli di kaunter Pudu Sentral) pada pukul 7pm walaupun waktu di tiket 6pm, untuk pulang ke Sg Petani.

Setibanya bas yang dinyatakan (no bas ditulis tangan dibelakang tiket), badan bas tertulis BILLION STAR bukannya ALISAN GOLDEN COACH, saya menjangkakan mungkin mereka menyediakan bas tambahan.

Pukul 7.30pm baru bas meninggalkan stesen PUDU SENTRAL menuju Utara. Yang nak menjadi cerita yang menarik, sampai di BUTTERWORTH, setelah menurunkan penumpang di Penang, pemandu bas menyatakan BUTTERWORTH adalah destinasi terakhir dan bas tidak ke Sg. Petani.

Puas juga bertekak dengan driver tetapi dia tetap mengatakan bas yang dibawa hanya sampai di Butterworth dan saya bersama 2 orang lagi penumpang ke Sg Petani terpaksa menaiki teksi dengan tambang R60 (dikongsi bersama tiga orang).

Saya rasa tertipu dengan kaunter di tingkat 2 PUDU SENTRAL. Pemandu teksi tu beri cadangan buat aje lapuran. Dah tengah malam... nak cari SPAD kat mana??, puyu, limbat pun dah tido (marah tu).

Teringat pula masa naik bas di PUDU SENTRAL (hari yang sama), seorang makcik dengan seorang penumpang lelaki yang lain di minta turun oleh pemandu yang sama sambil merungut  "saya nak ke Shah Alam bukan sini". 

No comments:

Post a Comment