PETUA MELAYU LAMA....
Petua Untuk Menyelesaikan Masalah Rumahtangga
a. Kenalpasti Isu - Luahkan apa yang mengganggu anda dalam cara yang paling baik. Pastikan setiap perkara yang anda tidak puas hati disampaikan dengan tenang dan teratur.
b. Rasai perasaan anda - Cuba berkomunikasi dengan perasaan dan diri anda secara jujur.
c. Mengambil berat - Beritahu kepada diri anda bahawa anda mengambil berat dengan perkara yang melibatkan hubungan anda berdua. Ketahuilah bahawa kehidupan berpasangan ada pelbagai onak duri dan ranjau yang harus ditempuhi. Beri keutamaan kepada hubungan dan pasangan anda sebelum perkara-perkara lain.
d. Jangan sabotaj diri sendiri - Buang sifat negatif yang menguasai diri anda semasa hubungan keruh anda dan si dia. Jangan biarkan perangai buruk lama anda mengeruhkan suasana perbincangan anda berdua.
e. Ubah cara berfikir - Cakap kepada diri anda bahawa anda mampu untuk memahami pelbagai isu dan boleh menginterpretasinya dengan banyak cara. Jika tidak, anda akan semakin dibebani dengan masalah tersebut dan mungkin ia akan menjadi lebih teruk.
f. Pikul tanggungjawab - Tanya diri anda apa yang telah anda lakukan dalam masa anda betul-betul berasa tertekan. Biasanya perselisihan antara pasangan timbul kerana sikap salah seorang dari pasangan tersebut.
g. Ingatlah bahawa pasangan anda bukan sama seperti anda - Belajar untuk memahami diri pasangan dan ingatlah bahawa pemikiran dia berbeza daripada anda. Janji anda berdua untuk hidup dengan lebih baik hanya akan berjaya sekiranya masing-masing mengemukakan pandangan dan menghormati pandangan tersebut.
h. Jadilah lebih peka - Cuba dengar setiap masalah yang diluahkan pasangan dan menghormati pengalaman yang mereka lalui. Ingatlah pengalaman yang mereka lalui tidak semesti sama dengan anda walaupun anda merasakan anda pernah berhadapan dengan situasi yang sama. Biar dia rasa andalah orang yang paling sesuai untuk meluahkan perasaan dan percaya bahawa anda bukanlah pasangan yang akan menjatuhkan pasangan anda.
i. Cari penyelesaian untuk diri atau pasangan - Sementara anda mencari penyelesaian terhadap masalah anda berdua, ingatlah anda berdua adalah insan yang berbeza. Ikrar untuk menjadi yang terbaik untuk sama satu lain bukanlah bermakna anda ingin 'memenangi 'pertandingan' tersebut. Buang jauh-jauh perasaan negatif bahawa anda tidak boleh teruskan hubungan tersebut, sebaliknya cakap pada diri anda bahawa hubungan anda memang sentiasa mempunyai harapan. — with Kekanda Long Saleh.
No comments:
Post a Comment