Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 31, 2012

Hiasan yang dilarang dalam Islam

Hiasan Rumah Yang Dilarang Dalam Islam

Rumah adalah tempat perlindungan dan beristirahat. Pastinya setiap orang inginkan ketenangan setiap kali berada di rumah.
Dalam mencari ketenangan, tentu sahaja kita memerlukan rumah yang bersih tanpa wujudnya barang-barang yang boleh mendatangkan kemusyrikan kepada kita.
Rasulullah SAW bersabda:
“Empat perkara yang membawa kebahagian iaitu Isteri Solehah, Tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan Kenderaan yang selesa” – (Ibnu Hibban)
Manakala Allah SWT berfirman:
“Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat yang menyenangkan” – (Surah an-Nahl : 80)
Oleh itu, dalam menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur-unsur berbentuk syirik seperti patung.
Ethnic-living-room-with-statue
Ini kerana, dlm mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya Malaikat Rahmat masuk ke dalam rumah, kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang mengandungi patung.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung” – (Bukhari dan Muslim)
Begitu juga dengan rumah-rumah yang dihiasi dengan gambar yang berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian dan seumpamanaya.
Kadang kala, terdapat rumah yang mempunyai kawasan yang luas dan pada zahirnya kelihatan tenang dan cantik tetapi malangnya tidak dimasuki Malaikat sebab wujudnya gambar-gambar berunsur kemaksiatan, patung-patung hiasan dan seumpamanya.
Cacatkan Angota Patung
bella_living_room_350x250_14054
Sekiranya terdapat perhiasan berbentuk patung di dalam rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya seperti patahkan kepala patung tersebut atau yang sewaktu dengannya.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang menceritakan tentang keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah SAW kerana di pintu rumahnya ada sebuah patung. Hari berikutnya pun Jibrail masih tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kepada Nabi Muhammad:
“Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu. Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi seperti sepohon pokok” – (Riwayat Abu Daud, Nasai dan Termizi dan Ibnu Hibban)
Dengan kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akan diagung-agungkan.
Bagaimanapun, patung-patung permainan yang digunakan oleh anak-anak perempuan dibolehkan dalam Islam kerana permainan sebegini ini sekurang-kurangnya boleh mengajar anak-anak untuk masa akan datang cara mendidik anak-anak mereka.
Perhiasan Yang Di Benarkan dan Yang Tidak Di Benarkan Dalam Islam
al_01.3
Menyentuh isu perhiasan yang dibolehkan dalam Islam, adalah seperti ayat-ayat suci al-Quran, pokok, gambar pemandangan dan benda yang tidak bernyawa. Tidak salah dalam Islam membuat perhiasan daripada gambar berbentuk pemandangan laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai dan sebagainya yang selari dengannya.
Cuma, yang tidak dibenarkan oleh Islam antaranya ialah gambar-gambar artis yg memperagakan auratnya untuk tatapan umum atau gambar Orang Kafir (orang bukan Islam) yang melakukan musyrik terhadap Allah SWT.
0085205
Islam tidak menggalakkan gambar-gambar seperti ini kerana ia melambangkan keagungan atau timbul perasaan memuja mereka.
Menggantungkan gambar-gambar Orang Alim dibenarkan sebab ia dilihat dari sudut ketokohan dan kelebihan ilmunya dan Islam juga mengharuskan gambar sebegini untuk dijadikan contoh.
Begitu juga dengan gambar-gambar keluarga atau haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan kerana boleh menjdi kenangan.
Seksaan Pada Hari Kiamat
Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yg diperbuat dari emas dan perak kerana bilamana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan besar akan menimbulkan perasaan atau sifat sombong, riak dan ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada padanya.
IMG_0146
Larangan ini adalah untuk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri atau wujudnya perbezaan atau jurang yang berlebihan antara golongan kaya dan miskin.
Manakala bekas-bekas acuan kuih-muih yang berbentuk haiwan, ia dibolehkan kerana acuan-acuan ini akan dibuat dalam bentuk makanan yang akhirnya akan dimakan, tidak disimpan dan tidak kekal maka ia dibolehkan.
Begitu juga halnya dengan permaidani yang ada gambar binatang, tidak haram diletakan di dalam rumah sebab ia diletakkan di dalam kedudukan rendah. Permaidani akan dipijak dan ia akan tidak membayangkan ia diagungkan.
Islam juga mengingatkan, orang yang mengukir dan memahat patung akan menerima azab yang dahsyat pada hari kiamat.
Modern-Art-Deco-Style-for-living-room-pictures-2
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya orang yang paling berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yang membuat ukiran atau memahat patung ini. Dalam satu riwayat lain diterangkan: Orang yang menandingi kuasa ciptaan Allah”. – (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang membuat patung, pada hari kiamat nanti dia akan dipaksa untuk meniupkan roh pada patungnya itu, pada hal dia selamanya tidak dapat meniupkan roh itu”. – (Riwayat Bukhari)
Maksud hadis ini ialah, Allah SWT akan menyuruh orang yang membuat patung itu meniup roh sehingga boleh dan ini tentu sahaja merupakan satu seksaan dan penghinaan kerana bukan kerja manusia meniupkan roh.
Sumber: http://mirlme.com

Seram! Pengalaman ‘Diganggu’ Ketika Memandu Di Kuala Selangor


 | December 2, 2012


Seram! Pengalaman ‘Diganggu’ Ketika Memandu Di Kuala Selangor | Sebelum ini KisahBest.My ada berkongsi artikel tentang seorang pemandu yang diganggu ketika memandu pulang ke kampung (LINK). Malangnya dia terlibat dengan kemalangan jalan raya. Kali ini versi yang sama, tetapi lokasi yang berbeza. Sebuah keluarga yang dalam perjalanan pulang diganggu dengan benda keras. Pelbagai situasi seram dialami. Seorang yang bergelar ibu tampil berkongsicerita mengenainya.
Sekadar gambar hiasan
Peristiwa ni berlaku sekitar bulan June 2003. Waktu tu Abah sedang terlantar sakit di HSA Johor Bahru. Mama pulak pada masa itu sering berulang alik antar KL-JB-KL pada setiap hujung minggu. Kebiasaannya setiap hari Jumaat hujung minggu tu, Mama akan ambik cuti dan bertolak ke JB. So kiranya dapat 3 hari untuk menjaga Abah di hospital. Nasib baik masa tu Iki baru darjah 1 dan Ika baru 6 tahun..so senang lah nak pontengkan mereka.
Satu hari tu, kiranya hari khamis Malam Jumaat. Mama dan standby esok pagi2 nak bertolak ke JB. So malam tu hubby kena settlekan mana2 kerja yang belum selesai. Tetiba dalam pukul 10 malam tu, seorang staff hubby call , beritahu ada sedikit masalah kat tempat tapak projek pembinaan yang terletak kat Kuala Selangor tu. Tengok jam dah pukul 10 lebih. Kalau nak pegi esok pagi takut terlewat pulak nak balik ke JB, So akhirnya hubby decide nak pegi masa tu juga ke situ. Kebetulan ada beberapa kakitangan dan pekerja yang masih ada di sana.Hubby ajak mama sekali pegi lah dengan Iki dan Ika. Sebab tak kannak tinggal kami 3 beranak aje kat rumah. Iki dan Ika dan tidur dah pun masa tu. Kami angkat aje masuk dalam kereta. Bawak bantal dan selimut. Kebetulan masa tu kereta baru…baru ambik dalam 2-3 hari lepas cam tulah…teringin pulak nak jenjalan malam2 kan.
Dalam pukul 11.30 kami bertolak dari Ampang. Perjalanan lancar. Kami melalui jalan Rawang – Bt Arang- Ijok – Kuala Selangor. Drisebabkan dah jauh malam, lahu jer kami sampai. Tak sampai 1.5 jam dah sampai ke sana. Selepas selesai urusan kat sana, kami pun nak balik semula ke rumah. Masa tu jam menunjukkan dalam pukul 1.45 am. Mak aiiii meremang pulak bulu roma ni. Tengah berfikir, nak ikut jalan mana yang paling selamat. Mama cadangankan ikut laluan Kuala Selangor- Sg Buloh sebab jalan besar dan banyak lampu, tapi agak jauh sikit ler. Hubby kata dia nak cepat sampai rumah sebab pepagi nanti nak gi JB. So dia kata nak ikut aje laluan tadi.
Mama yang rasa mengantuk cuba tahankan mata, nak temankan hubby. Iki dan Ika lena di seat belaKang. Kebetulan Ika tengah demam. So dia memang tidur sepanjang perjalanan. Melalui peKan Kuala Selangor cahaya lampu terang benderang, tapi sejurus Sampai ke SImpang 3 Ijok nak masuk ke Jalan Bt Arang tu lamPu jalan dan mula berkurangan. Sampai le akhirnya langsung tak ada lampu jalan.Sebenarnya Mama dah rasa semacam. Sebelum ni kami rancak berbual, tetiba macam dah tak ada modal berbual. Hubby pulak tetiba je berzikir dan..dengan kuat macam yang selalu bila dia buat nak tidurkan anak2. Mama pulak tak semena2 boleh terkelaur dari mulut “ ehhhhh bau apa ni busukkknya”…Iki yang kebetulan terjaga dari tidur pun cakap “ busuknyaaa”. Hubby cuma jawab..bau dari kilang sawit tu. Ok lah Mama diam jer sambil layan mata yang hampir mengantuk.
Mama perasan hubby tekan minyak semakin laju. Dah ler jalan tu selekoh tajam semuanya. Hubby pulak makin kuat dia baca selawat, istghfar dan berzikir. Mama tak ada lah rasa pelik, sebab selalu dia buat cam tu, terutama kalau dia mengantuk bawak kereta tu. Tapi kali ni dia baca bukan cam selalu…selalu tu macam nak dodoikan anak2 tidur tapi kali ni agak kuat ,keras dan garang suaranya.
Kereta dipandu semakin laju. Kecut gak perut Mama. Selekoh tajam pun hubby bawak laju, nak sambung lena pun tak boleh. Kat kiri kanan jalan jangan cakaplah..tak nampak apa pun. Hanya kesuraman dan kegelapan malam. Takut pulak rasany anak pandang ke kiri dank e kanan. Sampai senget2 badan mama nak imbangkan.
Tiba-tiba…a “ gedebummmmmmmmmmm….brapppp…brapppppppppp…..
Alamak bunyi apa tu…..bruzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz kereta terus berjalan terhoyong hayang dan gelong ke kanan. Hubby tekan brek megejut dan berhenti di tepi jalan. Ehhhh apa dah jadi ni. Mama yang hampir2 mamai tu blur sekejap. Pandang kiri kana hutan belantara. Ada pokok2 getah di kiri kanan jalan. Sebelah kiri mama bila mama pandang ke luar..namak gaung yang curam. Relex jap….Hubby perlahan2 buka pintu kereta dan keluar nak tengok keadaan. Mula2 mama cam tak bagi jer dia keluar…tapi kalau tak kelaur camana nak tau apa jadi kan…dalam ahti dah syakkk dah….mesti tayar pancit ni…alamak….macam kes kebiasaan cerita2 seram kalau jalan malam2 kan…kalau skrg dah mcm citer Jangan Pandang Belakang ker..Karak ker..gitulah gamaknya.
Alamakkkkkk tayar kereta pancit pulak…dah lah keadaan gelap gelita. Tak nampak pun kalau nak tukar. Hubby ambik torchlight suluh ke tayar..flat habis……habis angin semua. Mama nak keluar tengok tapi hubby tak bagi. Hubby pun try nak tukar tayar tu lah. Gi belakang bukak bonet nak ambik spare tyre. Tetiba tersuluh pulak tayar belakang tu …astaghfirullahalazim….. tayar belakang pun pancit. Hilang habis angin. Laaa macamana ni spare tyre satu aje, tapi tayar 2 biji pancit. Cer tolong fikir sikit…
Masuk kereta kejap cari idea. Kebetulan time tu Iki nak terkencing sangat. Mama tak berani nak suruh dia pancut jer at luar tu. So apa idea erk..nak suruh pakai pampers dah tak muat plak kan. Lagipun mana ada bawak pampers. So tengok ada botol air mineral… hehehhe apa lagi..suruh dia masuk “anu dalam botol” ajelah…betul2 anu dalam botol ni ler…lepas habis hajat dia tu, mama simpan dulu botol tu, takut nak campak kat luar pulak. Kot2 terkena pulak rumah nenek kebayan kea pa.kan nyaya pulak kan.
Dalam 10 minit duduk dalam kereta pasang lampu kecemasan…tak ada pulak kereta nak berhenti. Memang tak banayak kereta lalu jalan ni yang semua orang maklum laluan ni agak keras waktu malam. Cuba nak call, tapi hp tak ada coverage pulak. Yelah tengah2 hutan kan. Mati akal sekejap. Last2 hubby keluar berdiri tepi kereta cuba nak tahan kereta yang lalu, tapi semua tak nak berhenti. Mungkin diaorang pun takut nak berhenti tgh malam buta kat tepi hutan cam ni, Ntah orang jahat ker ntah hantu ker pada fikiran diaorang ni agaknya. Akhirnya bila dah lama tak de kereta nak berhenti, Mama pun ikut keluar kereta. Sambil dukung Ika, dengan harapan adalah kereta nak berhenti kalau dia nampak bawak budak kecik ni. Cuma terfikri pulak kot2 tak jadi pulakorang nakberhenti seba ingatkan hantu dukung anak kan. Alhamdulillah tak lama lepas tu ada sebuah kereta yang agak uzur berhenti. Lega rasanya. Ada 2 pemuda keluar dari kereta tu. Mama pulak yang rasa cuak..manalah tau orang berniat tak baik ke. Tapi tawakal ajelah…
Ohhh rupanya 2 orang pemuda ni berniat baik nak bantu kami. Dia kata tempat kereta kami rosak ni memang kawasan yang “ala-ala keras” gak ler. Dia kata kalau dia nampak hubby sorang jer mungkin dia tak berhenti kot..tapi dia nampak ada pompuan dan ada anak kecik..so dia berhentilah. Tapi tak ada apa yang dia boleh buat..walaupun keduan2nya bekerja di bengkel kereta di Kuala Selangor. Yelah spare tayar Cuma satu jer..Cuma apa yang dia boleh buat Cuma dia try pam (kebetulan dia ada bwak pam) tayar dan cuba tampal tempat bocor tu dengan kain ke getah apa ntah gitulah…so boleh bertahan sekejap…so lepas dia buat kami jalan ler perlahan2..tak sampai 5 minit..angin dah habis balik..ulang benda yang sama…lama2 dah naik fedup..hubby lanyak jer kereta tu…lantak ler….tengok ada dalam 8 km lagi nak sampai ke Bndr Tasik Puteri. Alahai jauhnya…..
Sampai dekat tempat yang ada liputan..call kawan dia yg dok kat Tasik Puteri..tapi sayang..dia pakai kereta Nissan..tak ngam tayar dia ngan keta kami. So masa tu dah hampir kul 2.30 pagi..nak call orang pun dah dinihari..bengkel semua dah tutup..akhirnya terpaksa gak calling kakak mama. Dia add kereta yg sama ngan kami…so nak pinjam tayar spare dia ler.tapi tak kan nak suruh dia hantar pulak tgh pagi buta tu..so hubby call adik dia kat Ampang..mintak tolong datang, dan ondway ambik spare tayar kat Gombak..
Dalam 1 jam lebih menunggu akhirnya sampailah adik ipar bawak spare tayar. Masa ni dah kurang rasa takut sebab kat kawasan taman perumahan. Dalam kul 3.30 pagi gitulah selesai lah tukar spare tayar. Tengok pada keadaan tayar tu memang tak boleh nak diselamatkan dah. Tayar tu cam nak berkecai rupanya…Tak leh nak tampal. Rim tayar nak rosak dah..agghhhh tak kisah ler janji boleh jalan….
Dalam perjalanan balik..barulah Hubby bukak cerita. Alkisahnya selepas melepas pekan Ijok tadi..dia tiba2 rasa meremang bulu roma dan cam ternampak sesuatu. Tapi dia tak nak bagitau mama sebab tak nak mama takut pulak. So masa yg Mama dan Iki cakap bau busuk tu…diapun terasa sama..Cuma dia perasaan ada sesuatu di tepi cermin kereta, seklias pandanan dia ternampak. Tu yang dia berzikir, berselawat danbaca ayar- quran dengan kuat tu dan bawak kereta macam rebut. Entah kenapa tiba2 tayar kereta mcam terlanggar lubang pulak. Mengikut cerita 2 orang makanik yg tolong kami tadi tu..dia hari2 berulang alik lalu jalan tu..memang tak ada lubang besar kat kawasan tu…so Waullahualam…….hanya Allah yang mengetahui.
Alhamdulillah dalam kul 4.30 pagi girulah kami sampai rumah. Huh itulah kisah suspen Mama. Tapi sekarang ni kalau nak ke Kuala Selangor tak perlua lagi melalui laluan sunyi cam ni…sekarang kan dah ada LATAR (Lebuhraya KL-Kuala Selangor)..laluan terang benderang.

Jangan jadikan Malaysia seperti India yang seolah2 kehidupan hanyalah satu sarkas...ini akan terjadi bila Ketua Sarkas Memerintah Malaysia.....


Mangsa simbah asid jutawan
 Susunan Hidayah Mohammad
Sonali akan terus berusaha untuk mendapatkan sumbangan bagi merawat wajahnya.Sonali akan terus berusaha untuk mendapatkan sumbangan bagi merawat wajahnya.
Keberanian dan kebijaksanaan mangsa serangan asid di India, Sonali Mukherjee, 27, menjawab sepuluh soalan dengan tepat menerusi rancangan Who Wants To Be A Millionaire (Siapa Mahu Jadi Jutawan) atau Kaun Banega Crorepati dalam versi India, sekali gus melayakkannya bergelar jutawan apabila memenangi hadiah wang tunai bernilai 30,000 atau 2.5 juta Rupee (RM 1.4 juta), minggu lalu. 

Anak kelahiran New Delhi yang cacat seluruh anggota tubuhnya selepas menjadi mangsa serangan asid ketika berusia 17 tahun pada tahun 2003 berkata, kemenangan itu adalah rawatan paling sempurna untuk mengubati luka yang dialaminya selama sembilan tahun. Dengan kemenangan itu, wang berkenaan akan digunakan bagi menjalani pembedahan rekonstruktif seterusnya, selepas menjalani 22 rawatan sebelum ini. 
Pelajar pintar di kampung halamannya, di Dhanbad iaitu rantau timur Jharkhand India itu diserang ketika beliau sedang nyenyak tidur. Penyerang memecah masuk ke rumahnya lalu mencurahkan padanya sejenis bahan kimia, Tezaab yang biasanya digunakan untuk membersihkan alat berkarat kerana menolak melakukan seksual. 


Simbahan asid serta merta itu menyebabkan hidung, kelopak mata, telinganya cair malah seluruh wajahnya rosak menjadi kehitaman. Sonali disahkan separa buta dan pekak. Rentetan dari kejadian itu, beliau terpaksa menjalani pembedahan sebanyak 22 kali hasil pengorbanan ibu dan bapanya. 

Sonali berkata, beliau mahu menebus semula pengorbanan kedua ibu bapanya yang sudah menghabiskan semua wang mereka untuk membiayai rawatan. Keluarganya juga terpaksa menjual tanah pusaka, barang kemas dan kehabisan wang untuk membiayai rawatan pembedahan seterusnya. 

Kos rawatan Sonali dianggarkan beratus ribu rupee, malah beliau memerlukan sebanyak 1.5 juta (RM7.42juta) hanya untuk memulihkan wajah serta penglihatannya. 

Saya masih lagi merayu untuk menerima derma bagi membantu meringankan beban membiayai operasi rawatan selanjutnya sekiranya wang kemenangan ini habis digunakan, katanya. 

Awal tahun ini, sebuah syarikat yang berpangkalan di Mumbai, Beti memperkenalkan Projek Harapan bertujuan untuk memberi identiti baru kepada Sonali. Beberapa selebriti Bollywood seperti Juhi Chawla dan penerbit, Ramesh Tauran turut menyumbang dana rayuan berkenaan. 

Bagaimanapun, Sonali pernah memberitahu Reuters, dalam keadaan terdesak dan sakit bahawa beliau amat memerlukan bantuan daripada pihak berkuasa atau memohon kebenaran untuk membunuh diri tetapi beliau sedar tindakannya itu menyalahi undang-undang di India. 

Selama sembilan tahun, saya menderita. Hidup tanpa harapan, tanpa masa depan. Jika tidak ada keadilan atau kesihatan saya pulih, satu-satunya cara terbaik adalah mati. Saya tidak sanggup lagi hidup dalam keadaan separuh muka yang cacat sebegini, katanya mengaku secara terbuka untuk menamatkan riwayat hidupnya akibat terlalu malu dan menyusahkan dengan keadaan yang cacat teruk. 

Sejak tidak menerima dana rawatan dari kerajaan negeri, awal tahun lalu Sonali pernah mengutus surat kepada kerajaan India dan menyatakan untuk membunuh diri sekiranya tidak menerima bantuan. Julai lalu, beliau turut memohon bantuan perubatan dari kerajaan dan meminta mahkamah menjatuhkan hukuman keras terhadap pesalah yang menyebabkannya cacat. 

Keluarganya juga dipaksa melarikan diri menyebabkan ibunya mengalami tekanan hidup dan kemurungan yang teruk. Malah, mereka tidak mendapat pembelaan sewajarnya apabila tiga penjenayah yang juga pelajar menyerangnya itu kini bebas dengan diikat jamin selepas berada empat bulan dalam penjara dan tiada siapa disabitkan bersalah. 

Bapanya, Chandi Das Mukherjee pernah merayu di Mahkamah Tinggi untuk menjatuhkan hukuman setimpal kepada penjenayah yang menyebabkan anak dan keluarganya merana tetapi tiada apa tindakan diambil. Bagaimanapun, mereka lebih merana apabila penjenayah menyerang Sonali yang sepatutnya dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun, dibebaskan dari tahanan penjara tiga tahun kemudian dan boleh menjalani kehidupan biasa. 

Udang-undang terhadap penyerang asid perlu lebih tegas, jika tidak lebih ramai lagi akan menjadi mangsa asid seperti Sonali. Hanya satu undang-undang keras saja dapat menghalang lelaki daripada memusnahkan kehidupan wanita di India, katanya. 

Sonali tekad untuk tidak berdiam diri dan terus menderita, sebaliknya berdiri dan tampil secara terbuka menyertai rancangan berkenaan pada awal bulan lalu. Penampilannya sebagai peserta peluang kedua menunjukkan keberaniannya yang menghadapi kesukaran dalam hidup seperti pernah dipaparkan sedikit menerusi filem Slumdog Millionaire pada 2008. 

Pengacara rancangan terkenal itu dikendalikan oleh pelakon terkenal, Amitabh Bachchan sambil ditemani Ratu Cantik India, Lara Dutta. Bachchan dalam rancangan itu memuji Sonali dan melabelkannya sebagai lambang keberanian untuk muncul pada rancangan berkenaan dan menjawab soalan sukar serta mencabar minda semata-mata untuk membiayai perbelanjaan rawatan menelan belanja yang banyak. Akhirnya, Sonali membuktikan keupayaan dan kebijaksanaannya menjawab semua soalan dengan tepat. 

Agensi

Anak-anak dilahirkan dengan rezeki yang telah ditentukan....cuma kita perlu menyokong anak2 kita...mudah2an segalanya mudah untuk anak2ku


Ibu menyesal bezakan kebolehan anak-anak


AKAL yang pintar milik individu yang sihat dan cerdas. Pintar, cerdik , bijak, pandai atau apa sahaja perkataan yang membawa maksud tersebut di atas adalah mereka yang bertuah dianugerahkan dengan kelebihan oleh Yang Maha Esa.

Dalam era moden, pelbagai teknik terkini ditemui saintis untuk melahirkan anak-anak genius. Setiap daripada kita dilahirkan dengan akal untuk menjadi yang terbaik.

Kekurangan yang dimiliki dan kesilapan mendidik menjadi penyebab potensi sebenar mereka gagal menyerlah

Memiliki anak-anak yang genius adalah idaman setiap ibu bapa. Pun begitu, kita hanya mampu menanam impian kerana selebihnya adalah kerja Allah. Namun harus diingat, setiap anak memiliki keistimewaan mereka yang tersendiri. Ini harus diakui oleh semua ibu bapa.

Sikap suka membandingkan anak ini menjadikan seorang ibu leka buat seketika sehingga dia tersedar betapa setiap anak ada keistimewaan dan kekurangan. Inilah cerita yang ingin saya kongsi dengan anda semua.

Kisah bagaimana seorang ibu tidak melihat kelebihan dan kekurangan anak-anaknya dengan mata hati tetapi menyisihkan anak kandung sendiri.

Ingin mendalami cerita menarik ini, ikuti kisah selanjutnya.

"Saya Nabilah (bukan nama sebenar) pegawai kanan di sebuah syarikat swasta. Saya telah berkahwin dengan Ali (bukan nama sebenar) seorang penjawat awam kanan di sebuah jabatan kerajaan."Kami mempunyai tiga orang anak remaja perempuan tapi seorang daripada mereka, Yati (bukan nama sebenar) agak kurang bijak berbanding dengan kakak-kakaknya dalam bidang akademik.

"Pada mulanya saya dan suami amat kecewa dengan Yati kerana tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelajaran walaupun kami telah menghantarnya ke kelas tambahan supaya dia pandai seperti dua kakaknya.

"Akibatnya dia menjadi mangsa kemarahan saya setiap kali saya membandingkan dia dengan dua orang kakaknya itu. Saya selalu katakan yang dia tidak pandai, memalukan saya dan macam-macam lagi.

"Yati tidak pernah merajuk atau menunjukkan wajah masam kepada saya setiap kali saya membezakan dia dengan kakaknya. Malah dia membalas dengan kata-kata 'adik tahu' disertakan dengan senyuman. Kadang-kadang saya marah juga kerana pada saya dia menyindir.

"Saya selalu juga merungut dan membebel kepada Yati dan memuji kakak-kakaknya sebagai motivasi untuk dia terus berusaha ke arah kejayaan tetapi hampa. Nampaknya saya hanya menuang air ke daun keladi.

"Akhirnya saya menurut sahaja apa yang Yati minat setelah suami menasihatkan saya supaya berhenti menekan dia untuk berjaya dalam pelajaran. Kata suami dalam setandan pisang tidak semua yang elok untuk dimakan.

"Lalu saya mula berfikir,kenapa harus saya bezakan Yati dengan kakak-kakaknya kerana mereka lahir dari rahim yang sama. Saya yang mengandungkan mereka.

"Satu hari, Yati menangis mungkin sebab tidak tahan dengan kata-kata saya. Tangisannya menghibakan saya, sehingga saya juga turut menangis. Lalu saya teringat, tidak semua anak akan menjadi bijak kerana Allah memberi mereka dengan kelainan dan kelebihan serta kekurangan.

"Saya akhirnya menerima hakikat yang Yati tidak cerdik seperti kakak-kakaknya tetapi dia ada keistimewaan lain. Saya tahu dia mempunyai sesuatu minat yang dia suka.

"Lalu saya berazam untuk melayan minatnya. Saya dan suami terus meyakinkan dia untuk berusaha setakat yang termampu menggunakan minatnya agar dia berjaya dalam hidupnya kelak.

"Secara kebetulan saya menjalankan perniagaan kuih-kuih tradisional dan sering mendapat tempahan bila ada majlis keraian. Tidak tahu pula rupanya Yati berminat dalam bidang masakan.

"Tanpa dipaksa dia dengan sendirinya akan menolong saya. Setiap hari dia membantu saya buat kuih. Dia tidak kekok menolong saya di dapur. Mak, Yati nak belajar memasak dan jual kuih macam mak. Itulah kata-kata yang meruntun jiwa saya.

"Ia terbit secara tiba-tiba daripada mulut Yati pada satu hari. Saya terkejut juga pada mulanya sebab saya tidak pernah fikir dan bertanya apa minatnya selama ini. Sebaknya hati waktu itu hanya Allah yang tahu. Saya berdosa kerana menyisihkannya sebelum ini. Saya malu pada diri sendiri kerana membezakan anak-anak.

"Selama ini saya tidak pernah menyelami perasaannya dan bertanya apa yang dia suka. Lalu jawab saya, insya-Allah mak akan ajar Yati sampai berjaya. Dari situ bermula perjalanan hidup Yati sebagai tukang masak.

"Hubungan kami menjadi lebih rapat dan Yati akan menolong saya setiap hari. Pada masa yang sama, dia mula belajar memasak pelbagai jenis lauk-pauk, kuih-muih dan makanan lain sedikit demi sedikit.

"Ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi, itulah yang berlaku. Yati mewarisi bidang yang saya ceburi. Saya amat menyesal bersikap pilih kasih kepadanya dulu.

"Sejak itu, saya tidak pernah lupa memberinya sokongan dalam apa juga yang dia mahu. Suami turut memberi nasihat dan perangsang agar Yati berjaya. Dia kami hantar menghadiri kelas masakan jangka masa pendek dan panjang di mana sahaja yang dia inginkan.

"Pada masa yang sama Yati kami masukkan ke sebuah kolej terkenal di ibu kota agar cita-citanya untuk menjadi seorang chef bertauliah akan tercapai. Hasil usaha dan kerajinannya, akhirnya Yati berjaya menggenggam segulung diploma dalam bidang masakan yang amat digemarinya.

"Ketika kedua-dua kakaknya meninggalkan menara gading dengan segulung ijazah, saya gembira kerana Yati juga ada diplomanya sendiri. Dia seorang chef yang berjaya sekarang, dia pandai masak dan melayan apa sahaja yang keluarga kami ingin makan.

"Malah Yati juga sudah berjinak-jinak dengan membuka kelas masakan di rumah kami secara kecil-kecilan. Pelajarnya semakin hari semakin ramai. Menitis air mata saya melihat kejayaannya.

"Saya menyesal kerana menyisihkannya dulu. Tidak tahu pula begitu besar minatnya dalam bidang ini. Tapi saya bersyukur kerana saya cepat insaf dengan apa yang berlaku. Syukur ke hadrat Ilahi, tidak sia-sia usaha Yati dan kini dia berjaya dalam bidang yang disukainya.

" Saya teringat kata-kata setiap anak yang dilahirkan membawa rezeki jika kita memberi peluang kepada mereka menceburi bidang yang mereka suka tetapi bukan kerana kita yang meminta mereka berbuat demikian.

"Memaksa anak-anak mengikut telunjuk emak bapa dalam memilih kerjaya adalah suatu tindakan yang tidak adil. Walaupun pada mulanya saya dan suami kecewa kerana Yati kurang menyerlah dalam bidang akademik tetapi kini kami berbangga kerana di sebalik kekurangan Yati terdapat kelebihan yang membolehkannya menjadi insan yang berjaya dan berdikari.

"Pada majlis konvokesyen anak sulung dan anak kedua saya, kami sekeluarga hadir. Pada mulanya saya terfikir mungkin Yati akan terasa hati atau rendah diri dengan kejayaan kakak-kakaknya, namun sangkaan saya meleset, Yati seorang anak yang hebat dan tidak pernah berputus asa atau memandang rendah dengan kebolehan sendiri.

"Yati sangat bertuah kerana mempunyai kakak-kakak yang sentiasa mendorongnya supaya  terus gigih dalam bidang yang diceburi. Kini saya dan suami boleh berbangga dengan kejayaan anak-anak yang setiap daripada mereka dilahirkan dengan kebolehan dan bakat masing-masing.

"Kami sekeluarga bercadang mencari sebuah bangunan kedai untuk Yati supaya dia dapat mengajar dalam keadaan lebih sempurna. Jika ada rezeki saya dan suami akan membuka sebuah restoran untuk Yati.

"Kami harap ibu bapa lain memberi dorongan dan perhatian kepada anak-anak dengan adil dan usah bersikap pilih kasih. Mungkin dari awal mereka kurang menyerlah dan akan bersinar jika diberikan perhatian serta doa yang sentiasa dipanjatkan kepada Ilahi.

"Bakat dan kebolehan perlu digilap untuk menghasilkan produk yang berkualiti. Di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalannya, kita sebagai ibu bapa perlu peka dan membantu mereka mencari arah hidup yang sempurna di dunia dan akhirat,'' Nabilah menamatkan ceritanya.

Alhamdulillah! Itulah yang sewajarnya dilakukan oleh ibu bapa untuk membimbing anak-anak dalam kehidupan mereka. Untuk berjaya tidak hanya dengan kejayaan akademik tetapi juga melalui minat dan kemahiran yang dimiliki.

Saya bangga dengan kesedaran yang ditunjukkan oleh Nabilah sebagai ibu. Mudah-mudahan usaha murni Nabilah dan suami akan menjadi contoh kepada ibu bapa lain. Bantulah anak-anak untuk mencari hidup mereka sendiri melalui kemahiran yang dimiliki tetapi jangan sekali-kali membezakan anak-anak dalam apa juga keadaan sekalipun.

Saya mendoakan hidup keluarga Nabilah akan diberkati oleh Allah SWT dan semoga Yati akan terus cemerlang.

Menamatkan catatan, pesanan saya, kenanglah kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai tanpa melupakan kesulitan dan kepayahan yang dilalui untuk mendapatkannya.

Salam


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20121229/ke_06/Ibu-menyesal-bezakan-kebolehan-anak-anak#ixzz2GaRjLPpI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Allah Tau apa yang terbaik untuk hambaNya...


Allah memberi yang terbaik

BANYAK kisah di ruangan ini memaparkan masalah wanita yang diceraikan, tetapi rasanya masalah mereka tidaklah seteruk dan seberat yang saya lalui. Walaupun diceraikan tetapi anda bertuah ada pekerjaan tetap dan ada saudara mara juga ibu bapa yang boleh menyokong dan membantu.

''Namun nasib saya cukup malang kerana diceraikan dalam keadaan saya tiada pekerjaan tetap, tidak ada duit dalam tangan dan tak ada adik-beradik yang boleh menyokong apa lagi membantu kerana saya bukan warga tempatan, saya orang asing.'' Itu cerita Siti Sara ketika ditemui di Seremban baru-baru ini.

''Walaupun telah berkahwin selama 20 tahun, permohonan saya mendapatkan kewarganegaan ditolak kerana saya diceraikan sebulan sebelum dipanggil untuk temuduga menjadi warganegara.

''Saya mohon belas ihsan suami supaya menemani ke Putrajaya kerana ketika itu saya masih dalam idah kerana belum pun sebulan diceraikan. Saya fikir mungkin suami akan rujuk semula sebab kami berkahwin atas dasar cinta dan saya berkorban memeluk Islam untuk berkahwin.

''Saya tidak menduga dia langsung tidak mengambil kira pengorbanan saya selama 20 tahun menjadi isterinya, selain memberikan dia dua orang anak yang semakin dewasa.

''Dia perlu hadir ke Putrajaya sebab selain suami, dia ialah saksi. Namun dia enggan, walaupun saya sembah dan pujuk dia ikut sama. Lagipun dia juga yang buat permohonan tersebut ketika saya masih isterinya.

''Disebabkan keengganannya, maka permohonan saya mendapatkan taraf warganegara ditolak dan pihak berkuasa minta saya memulangkan semula borang tawaran tersebut dengan alasan saya sudah bercerai. Sedih memang sedih. Tetapi malangnya tidak ada siapa yang boleh membantu saya ketika itu.

''Peristiwa ini berlaku lebih enam tahun lalu dan sehingga kini saya masih tidak berjaya mendapatkan taraf kewarganegaraan. Setiap tahun saya diminta membuat permohonan baru tapi yang pasti, saya gagal dan permohonan saya ditolak.

''Ketika diceraikan, hanya Allah yang tahu betapa susahnya saya membesarkan anak-anak sendirian tanpa nafkah tetap daripada bekas suami untuk menyambung hidup. Pada satu peringkat, saya terpaksa jual barang kemas yang ada tetapi tidak mencukupi kerana anak-anak sedang belajar dan perlukan banyak wang.

''Semasa masih bergelar isteri, saya memang tidak bekerja kerana banyak masa saya habiskan menguruskan suami, anak-anak dan rumahtangga. Suami dan anak-anak amat penting dalam hidup saya. Dan saya tidak pernah terfikir kembali ke negara asal saya Filipina, walaupun kini saya seorang ibu tunggal.

''Ketika diceraikan, memang saya jadi macam orang hilang akal kerana tidak ada tempat bergantung, lebih penting tidak ada wang dalam tangan untuk beri anak-anak makan. Namun saya bersyukur masih ada kalangan keluarga bekas suami yang bersimpati beri sumbangan ketika saya betul-betul sesak.

''Kerana malu sentiasa meminta sebab perbuatan itu bukan budaya hidup saya. Saya beranikan diri bertemu seorang pegawai di Pusat Islam Negeri. Beliau nasihatkan saya supaya melupakan dan jangan fikir apa yang telah suami lakukan ke atas saya, biarlah Allah sahaja membalasnya kerana saya orang teraniya, mohonlah pada Allah, bulatkan tekad bangkit daripada kesusahan untuk berdikari demi anak-anak, diri sendiri dan lebih penting jangan tinggalkan agama Islam.

''Agama Islam tidak kejam, tidak jahat, sebaliknya orangnya yang kejam. Nasihat beliau lagi percayalah selagi saya kuat berpegang dan percayakan Islam, Allah tidak akan menganiaya saya, malah Allah akan memberi lebih banyak rahmat suatu hari nanti.

''Di sebalik sesuatu musibah yang berlaku akan ada rahmat-Nya yang akan dicurahkan kepada hamba-Nya selagi hamba-Nya tidak melupakan-Nya.'' Itu nasihat beliau.

''Ketika itu memang sukar saya fikirkan, sebab banyak perkara lebih mustahak berlegar difikiran. Terutama bagaimana mencari rezeki untuk besarkan anak-anak dan memberi mereka pelajaran. Nasihat pegawai itu lagi, gunakan kemahiran yang saya ada untuk mencari rezeki. Saya bersyukur dengan nasihat dan sedikit bantuan kewangan daripada Pusat Islam, saya mulakan perniagaan menjual nasi lemak dan seterusnya kuih-muih, yang saya teruskan hingga kini.

''Walaupun saya ada kad pengenalan merah, tetapi itu tidak cukup untuk saya teruskan usaha mencari rezeki dengan berniaga. Saya perlu berniaga kerana inilah sahaja kemahiran yang saya ada, paling tidak untuk menanggung diri saya sendiri. Saya ingin berniaga di Pasar Tani tetapi saya bukan warganegara pasti tidak dibenarkan.

''Kini, walaupun saya ada rumah tempat berteduh, rumah ini sudah dilelong kerana saya tidak mampu bayar ansuran bulanannya. Namun saya reda jika inilah takdir saya. Saya telah berusaha, hanya Allah menentukan segalanya.

''Saya juga bersyukur berkat usaha kecil-kecilan ini dan keazaman anak-anak, mereka berjaya dalam pelajaran masing-masing. Yang sulung baru sahaja dapat kerja, sementara yang kedua masih meneruskan pengajiannya.

''Saya yakin kejayaan anak-anak ketika di sekolah menengah adalah kerana usaha mereka setelah melihat pengorbanan saya dan kami sama-sama melalui kesusahan mencari duit dengan berniaga. Mereka sama-sama bangun pukul 3 pagi membantu saya menyediakan bahan-bahan untuk berniaga.

''Nasihat saya pada anak-anak, tidak ada sesiapa yang boleh bantu kita jika kita tidak berusaha membaiki diri sendiri. Allah hanya akan hulurkan bantuan jika kita berusaha. Saya yakin kerana kesusahan itu jugalah mereka belajar bersungguh-sungguh, akhirnya cemerlang dalam pelajaran dan dapat tawaran Mara dan yayasan kebajikan melanjutkan pelajaran.

''Kini saya tidak lagi menangisi pengorbanan selama 20 tahun menghambakan diri kepada suami kerana saya sedar mengapa Allah pisahkan kami. Allah mahu memberi yang terbaik kepada anak-anak dan saya. Saya bersyukur. Inilah rahmat Allah sebenarnya walaupun saya masih tidak ada rumah dan belum jadi rakyat Malaysia.

Demikian luahan hati Siti Sara yang sudah pun bergelar warga emas.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20121230/ke_05/Allah-memberi-yang-BterbaikB#ixzz2GaQsT9xi
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PETUA MELAYU LAMA....



  • Petua Untuk Menyelesaikan Masalah Rumahtangga

    a. Kenalpasti Isu - Luahkan apa yang mengganggu anda dalam cara yang paling baik. Pastikan setiap perkara yang anda tidak puas hati disampaikan dengan tenang dan teratur.

    b. Rasai perasaan anda - Cuba berkomunikasi dengan perasaan dan diri anda secara jujur.

    c. Mengambil berat - Beritahu kepada diri anda bahawa anda mengambil berat dengan perkara yang melibatkan hubungan anda berdua. Ketahuilah bahawa kehidupan berpasangan ada pelbagai onak duri dan ranjau yang harus ditempuhi. Beri keutamaan kepada hubungan dan pasangan anda sebelum perkara-perkara lain.

    d. Jangan sabotaj diri sendiri - Buang sifat negatif yang menguasai diri anda semasa hubungan keruh anda dan si dia. Jangan biarkan perangai buruk lama anda mengeruhkan suasana perbincangan anda berdua.

    e. Ubah cara berfikir - Cakap kepada diri anda bahawa anda mampu untuk memahami pelbagai isu dan boleh menginterpretasinya dengan banyak cara. Jika tidak, anda akan semakin dibebani dengan masalah tersebut dan mungkin ia akan menjadi lebih teruk.

    f. Pikul tanggungjawab - Tanya diri anda apa yang telah anda lakukan dalam masa anda betul-betul berasa tertekan. Biasanya perselisihan antara pasangan timbul kerana sikap salah seorang dari pasangan tersebut.

    g. Ingatlah bahawa pasangan anda bukan sama seperti anda - Belajar untuk memahami diri pasangan dan ingatlah bahawa pemikiran dia berbeza daripada anda. Janji anda berdua untuk hidup dengan lebih baik hanya akan berjaya sekiranya masing-masing mengemukakan pandangan dan menghormati pandangan tersebut.

    h. Jadilah lebih peka - Cuba dengar setiap masalah yang diluahkan pasangan dan menghormati pengalaman yang mereka lalui. Ingatlah pengalaman yang mereka lalui tidak semesti sama dengan anda walaupun anda merasakan anda pernah berhadapan dengan situasi yang sama. Biar dia rasa andalah orang yang paling sesuai untuk meluahkan perasaan dan percaya bahawa anda bukanlah pasangan yang akan menjatuhkan pasangan anda.

    i. Cari penyelesaian untuk diri atau pasangan - Sementara anda mencari penyelesaian terhadap masalah anda berdua, ingatlah anda berdua adalah insan yang berbeza. Ikrar untuk menjadi yang terbaik untuk sama satu lain bukanlah bermakna anda ingin 'memenangi 'pertandingan' tersebut. Buang jauh-jauh perasaan negatif bahawa anda tidak boleh teruskan hubungan tersebut, sebaliknya cakap pada diri anda bahawa hubungan anda memang sentiasa mempunyai harapan.
     — with Kekanda Long Saleh.
    Petua Untuk Menyelesaikan Masalah Rumahtangga

a. Kenalpasti Isu - Luahkan apa yang mengganggu anda dalam cara yang paling baik. Pastikan setiap perkara yang anda tidak puas hati disampaikan dengan tenang dan teratur.

b. Rasai perasaan anda -  Cuba berkomunikasi dengan perasaan dan diri anda secara jujur.

c. Mengambil berat - Beritahu kepada diri anda bahawa anda mengambil berat dengan perkara yang melibatkan hubungan anda berdua. Ketahuilah bahawa kehidupan berpasangan ada pelbagai onak duri dan ranjau yang harus ditempuhi. Beri keutamaan kepada hubungan dan pasangan anda sebelum perkara-perkara lain.

d. Jangan sabotaj diri sendiri - Buang sifat negatif yang menguasai diri anda semasa hubungan keruh anda dan si dia. Jangan biarkan perangai buruk lama anda mengeruhkan suasana perbincangan anda berdua.

e. Ubah cara berfikir - Cakap kepada diri anda bahawa anda mampu untuk memahami pelbagai isu dan boleh menginterpretasinya dengan banyak cara. Jika tidak, anda akan semakin dibebani dengan masalah tersebut dan mungkin ia akan menjadi lebih teruk.

f. Pikul tanggungjawab - Tanya diri anda apa yang telah anda lakukan dalam masa anda betul-betul berasa tertekan. Biasanya perselisihan antara pasangan timbul kerana sikap salah seorang dari pasangan tersebut.

g. Ingatlah bahawa pasangan anda bukan sama seperti anda - Belajar untuk memahami diri pasangan dan ingatlah bahawa pemikiran dia berbeza daripada anda. Janji anda berdua untuk hidup dengan lebih baik hanya akan berjaya sekiranya masing-masing mengemukakan pandangan dan menghormati pandangan tersebut.

h. Jadilah lebih peka - Cuba dengar setiap masalah yang diluahkan pasangan dan menghormati pengalaman yang mereka lalui. Ingatlah pengalaman yang mereka lalui tidak semesti sama dengan anda walaupun anda merasakan anda pernah berhadapan dengan situasi yang sama. Biar dia rasa andalah orang yang paling sesuai untuk meluahkan perasaan dan percaya bahawa anda bukanlah pasangan yang akan menjatuhkan pasangan anda.

i. Cari penyelesaian untuk diri atau pasangan - Sementara anda mencari penyelesaian terhadap masalah anda berdua, ingatlah anda berdua adalah insan yang berbeza. Ikrar untuk menjadi yang terbaik untuk sama satu lain bukanlah bermakna anda ingin 'memenangi 'pertandingan' tersebut. Buang jauh-jauh perasaan negatif bahawa anda tidak boleh teruskan hubungan tersebut, sebaliknya cakap pada diri anda bahawa hubungan anda memang sentiasa mempunyai harapan.

Friday, December 28, 2012

Saya dulupun teruk kena dngn getah paip dan tali pinggang...tapi bapa saya tak masuk penjara...dan saya jadi seperti hari ini kerana didikan ibubapa juga...


Ayah dera 3 anak dipenjara

 Oleh Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail
 Nordi dibawa keluar dari mahkamah selepas dihukum  penjara 10 bulan kerana mendera anaknya  di Mahkamah Majistret Johor Bahru.Nordi dibawa keluar dari mahkamah selepas dihukum penjara 10 bulan kerana mendera anaknya di Mahkamah Majistret Johor Bahru.
Bapa budak diselamatkan di Lampung beri alasan mahu mendidik 

Johor Bahru: Bapa kanak-kanak yang diselamatkan di Lampung, Indonesia dipenjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas mengaku bersalah mendera tiga anaknya itu. 

Pengawal Keselamatan, Nordi Adi, 57, didakwa mendera tiga anaknya, dua perempuan berusia 11 dan lapan tahun dan lelaki berusia sembilan tahun, di rumah bernombor 07-03, Jalan Dataran 2/B, Flat  Taman Kempas. Dia didakwa dengan tiga tuduhan berasingan melakukan perbuatan itu antara jam 6 pagi hingga 6 petang, 21 Disember lalu. 

Didik, disiplin anak 

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 membawa hukuman denda RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Ketika prosiding, Nordi mengaku bersalah memukul anaknya menggunakan batang paip PVC dan tali pinggang dengan alasan untuk mendidik dan mendisiplinkan anaknya yang didakwa tidak mendengar kata. 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Afif Ali dan Goh Sze Han, di hadapan majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias. 

Mengikut fakta kes, jam 6.30 petang, 21 Disember lalu, jiran mangsa menghubungi talian 999 memaklumkan kes penderaan sebelum pasukan polis dihantar ke lokasi. 

Polis mendapati ketiga-tiga mangsa dikurung dalam rumah berkunci menyebabkan kunci terpaksa dipecahkan bagi menyelamatkan mangsa. 

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias membacakan keputusan menegaskan ibu bapa mempunyai hak mendisiplinkan anak tetapi tindakan itu melampau batas.

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong Lama2 Mencuri....


Menipu makan diri

Lt. Kol. Dr. Lotfi Anuar

APABILA menyedari diri berada dalam keadaan tidak selamat dari segi kewangan, nama baik dan populariti, orang sanggup menipu. Mereka cuba mengawal segala kekalutan yang dihadapi sebaik mungkin di samping cuba mendapatkan 'penghormatan' kawan-kawan atau masyarakat sekeliling.

Pakar Perunding Psikiatri Am dan Aviasi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Lt. Kol. Dr. Lotfi Anuar berkata, sesetengah individu menipu kerana takut untuk berkata perkara sebenar bagi menutup rasa malu.

"Contohnya seperti seseorang yang menipu untuk menjaga perhubungan dengan orang tersayang. Mereka terikut-ikut dengan ungkapan 'lies doesn't break the relationship but the truth does'.

"Mereka biasanya memberi alasan untuk 'menjaga perasaan' tetapi mereka lupa perhubungan yang dibina atas dasar menipu itu lebih mudah goyah apabila kebenaran muncul satu hari nanti," jelasnya ketika ditanya pendapat tentang sikap manusia yang suka berbohong atau menipu daripada bercakap benar.

Tambahnya, sikap pentingkan diri juga boleh menyebabkan seseorang menipu. Ia biasanya bertujuan untuk mempermudahkan urusan diri atau mengelakkan kesusahan.

Bagaimanapun kata Dr. Lotfi, tabiat menipu individual tidak boleh dikaitkan dengan kerjaya atau golongan tertentu.

"Manusia mempunyai pelbagai jenis ragam dan personaliti. Memang ada jenis personaliti yang agak cenderung kepada tabiat menipu. Begitu juga dengan beberapa jenis penyakit mental yang pengidapnya memang kita tahu suka menipu.

"Bezanya mereka ini pesakit dan tidak ramai orang berminat untuk ambil tahu. Tetapi jika perbuatan menipu itu melibatkan seseorang yang dikenali ramai, maka ia akan kelihatan seperti sebuah kebiasaan atau trend," katanya.

Jelasnya, sebagai individu yang menjadi tumpuan masyarakat, artis atau selebriti perlu berhati-hati dalam menyatakan sesuatu isu kerana bimbang perkara tersebut disensasikan oleh orang berkepentingan.
Ini kerana gosip-gosip yang dikatakan liar itu kebanyakannya membicarakan tentang perkara-perkara yang kurang enak dan tidak menyenangkan.

"Walau apa pun, jika selebriti sendiri memilih untuk menipu bermakna mereka perlulah menanggung kesan akibat daripada penipuan tersebut.

"Menipu sebenarnya memburukkan lagi keadaan terutamanya jika melibatkan public figure. Ramai orang memerhati dan mengikuti perkembangan semasa. Dan perlu diingat, ramai juga orang yang akan melaporkan keadaan sebenar tentang diri mereka," tambahnya.

Kata Dr. Lotfi, sikap suka berdolak-dalih dalam menyatakan perkara benar hanya memakan diri sendiri dan mengundang masalah yang lebih besar.

Kepercayaan akan hilang dan masyarakat mula mempertikaikan keupayaan individu sebagai seseorang yang boleh memegang amanah atau jujur.

Oleh yang demikian katanya, bercakap benar adalah pilihan terbaik walaupun pahit. Jiwa tidak akan tenang jika berterusan menipu. Seseorang yang bercakap benar akan lebih dihormati.

"Masyarakat pasti lebih mudah memaafkan atau melupakan kesilapan yang telah dilakukan. Berani kerana benar, takut kerana salah. Daun tidak akan bergoyang jika tiada angin.

"Dalam bidang sains sekalipun perlu ada bukti untuk menyokong sesuatu fakta. Masyarakat sekarang lebih bijak dan berfikiran kritis. Mereka boleh menilai sesuatu penipuan," katanya.

Tambahnya, tidak ramai orang boleh menjadi penipu yang baik. Penipu professional sekalipun perlu belajar selok belok menipu secara khusus sebelum layak mencari mangsa.

Apatah lagi kita rakyat Malaysia yang telah dididik dengan nilai-nilai murni dan ajaran agama sejak dari kecil. Lagi banyak menipu, lagi banyak tembelang pecah dan lebih banyak kelemahan diri akan terdedah.

Dalam pada itu Dr. Lotfi berkata, setiap orang perlu sentiasa jujur kepada diri sendiri, hadapi kenyataan dan yakin kepada diri sendiri kerana maruah dan kehormatan boleh diperolehi dengan cara lain selain menipu.
"Contohnya dengan berbuat baik kepada semua orang serta menjaga adab sopan dan keterampilan di tempat awam. Ia sebenarnya memberi kesan mendalam kepada sesiapa sahaja yang pernah melihat anda secara langsung.

"Sekiranya ada gosip-gosip liar dilemparkan terhadap mereka orang akan berfikir banyak kali sebelum mempercayainya. Hormatilah orang untuk mendapat penghormatan daripada orang lain.

"Ini termasuk perasaan dan pandangan orang. Jangan mudah melatah dan sentiasa kawal emosi walaupun ketika dicabar atau diprovokasi," jelasnya.

Menurut Dr. Lofti, kadang-kadang berdiam diri dan bersabar juga adalah lebih baik terutamanya ketika diajukan sebarang soalan yang tidak selesa.

Simpan sahaja jawapan kepada diri sendiri. Belajar menolak dengan berhemah pertanyaan yang belum sedia untuk dijawab. Jangan memberi janji kosong dan elakkan daripada memberi respons mengelirukan yang boleh memberi pelbagai makna.

Apabila ditanya apakah kesan kepada mereka yang suka menipu, katanya, orang berkenaan boleh menipu semua orang tetapi tidak boleh menipu diri sendiri.

"Ini kerana jiwa manusia tahu apa yang dikatakan oleh mulut itu benar atau tidak. Fitrah manusia apabila berbuat kesalahan seperti menipu, dia akan gelisah, risau dan bimbang.

"Melainkan jika dia memang seorang yang berhati kering. Perasaan sebegini mengundang syak wasangka dan menjejaskan kesihatan. Mereka juga boleh mendapat kemurungan atau gangguan tidur," ujarnya.

Kata Dr. Lotfi, orang menipu mudah sensitif jika ada seseorang berkata tentang perkara yang berkaitan dan mudah melenting walaupun di khalayak ramai. Ini mendedahkan lagi kelemahan dan yang lebih penting boleh memalukan diri.

Tambahnya, memang ada orang yang jenis love to hear the lies when he knows the truth semata-mata untuk memastikan si penipu tersebut terus menggali lubang kuburnya dengan lebih dalam lagi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20121218/kn_02/Menipu-makan-diri#ixzz2GKTrakUd
© Utusan Melayu (M) Bhd