Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 17, 2013

Apa hal nih...pendidikan tinggi...tapi macam org tak sekolah!!!


Doktor ‘amuk’ 7 kali ditahan

Subang Jaya: Berang anaknya ditukar ke kelas lain, sepasang suami isteri masing-masing berusia 40 dan 35 tahun yang juga doktor ‘mengamuk’ di Balai Polis Subang Jaya, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, pasangan terbabit turut dilapor memaki hamun dan mengugut pegawai serta anggota polis menyebabkan suasana di balai polis berkenaan kecoh.
Berikutan itu, pasangan terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, pasangan sama dilaporkan pernah ‘mengamuk’ di sekolah anaknya lebih enam kali sejak 2010 namun berjaya ditenangkan dengan kehadiran polis.
Foto
PASANGAN terbabit ditahan, kelmarin.

Bagaimanapun, dalam kejadian kelmarin, polis tidak lagi mampu bertolak ansur dengan pasangan terbabit yang bukan saja memaki hamun sebaliknya mencabar serta mengugut pegawai serta anggota polis di balai polis berkenaan.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

2 comments:

  1. Assalam syg Mom

    Inilah mak/bapak yang tak tahu tahap pencapaian anak2 sendiri dalam pelajaran... Tak bermakna mak/bapak doktor, otomatis anak pun pandai dan kena jadi doktor... Asal mak/bapak punya pendidikan universiti tak semestinya anaknya mesti berada dalam kelas A.... Buka sekolah sendirilah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasal...macam org takder pelajaran ajer tindakannya...tengok macam muslimin muslimah sejati...mana adab sopannya...kalau dah 7 kali mengamuk di sekolah tu....ish ish ish...mesti pening pengetua ngan perangai ibu bapa yang camni...

      Delete