Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 22, 2013

Alahai!!!! Mana satu yang betul nih? main tarik2 tali plak....


‘Oh My Rozita’

Kuala Lumpur: “Insya-Allah, saya mungkin mendirikan rumah tangga bersama Rozita, Disember depan. Semuanya masih dalam perancangan dan bergantung pada rezeki.
“Untuk pengetahuan, saya juga bersedia menerima dua anaknya tambahan pula sudah tiga tahun mengenali hati budi aktres itu,” kata pelakon, Zain Saidin, 29. 
Itu kata putus diberikan pelakon utama drama ‘Oh My English’ sejurus ditanya mengenai hubungannya bersama pelakon jelita, Rozita Che Wan, 42. 


Industri hiburan tanah air sebelum ini bagaikan ‘lali’ apabila sering dihujani gosip liar menimpa ke atas Rozita sejurus dikaitkan hubungan cinta bersama selebriti tempatan termasuk orang kenamaan. Antara yang pernah dikaitkan pelakon itu adalah Shahir (juara Akademi Fantasia 8), aktor Beego dan beberapa ahli perniagaan.

Namun, penjelasan diberikan Zain kepada Harian Metro, semalam seakan-akan menghentikan gosip liar terhadap Rozita sejurus dia membuat keputusan menerima pelakon itu sebagai isterinya yang sah.


‘Tak nak komen’

Menurut Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, kalau tak salah pemahamannya, Zain kata insya-Allah kalau ada rezeki dan jodoh mereka akan berkahwin, tetapi bukanlah pada masa terdekat. “Jawapan Zain itu diputar belit, membuatkan saya jadi pening kepala. Hubungan kami memang rapat dan dia seoranglah saya berkawan sekarang, tetapi saya belum bersedia untuk berkahwin lagi. “Sudah 10 tahun saya hidup solo dan sudah terbiasa hidup sendiri. Anak-anak pun sudah besar. Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Saya bimbang bila berkahwin nanti, saya tidak dapat memikul tanggungjawab dan tidak dapat sepenuh komitmen kepada rumah tangga. “Zain memang menunggu detik itu tetapi saya pula 50-50, ada pun tak apa (kahwin), tak ada pun tak apa. Sebab itu apabila orang tanya soal nikah kahwin ini, saya senyum saja,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/22

No comments:

Post a Comment