Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 16, 2013

Soalan dan jawapan sexual harrassment yang berlaku dikalangan ahli keluarga...sila ambil iktibar..


salam...

 
sy nk mintak pandangan semua pembaca RG pasal seksual harrasment di 
kalangan keluarga?
 
ape pendapat anda..n kalo berlaku pada anda, ape yg anda akan lakukan....
 
contohnya: seksual harassment di kalangan ipar..

Thank you,
._,_.

Jawapannya:

Salam alaik,
Kes-kes seperti ini biasa berlaku apabila tinggal beramai-ramai beberapa 
keluarga atau ada ahli keluarga yang datang menumpang. 

Tindakan awal ialah perlu mengadu pada orang luar yang paling rapat 
dengan anda - seperti guru kaunselor, kaunselor tempat kerja atau kaunselor
agama atau kaunselor di pejabat LPPKN yang terdekat. Kaunselor seharusnya 
wanita juga. Mereka akan memberi nasihat yang baik dan seterusnya 
akan menjadi saksi yang terbaik. 

Cara terbaik untuk menghindari sexual harassment di rumah, terutama 
sekali yang datang dari abang ipar ( samada suami kakak atau adik anda)
atau abang ipar atau adik ipar yang menumpang  ialah:

=> TERUS TERANG pada orang tua atau suami supaya mereka ambil tindakan.
=> BERPINDAH KELUAR dari rumah tersebut

Untuk pengetahuan anda, lelaki yang suka melakukan sexual harassment
 pada orang lain agak SUSAH UNTUK SERIK. Ia suatu penyakit otak yang
menular kepada orang yang sangat rendah nilai agamanya, tak mengenal 
had, tiada moral dan suka menurut hawa nafsu. Kadangkala orang ini 
berpura-pura alim tapi sebenarnya otaknya senget dan tabiatnya songsang 
akibat video lucah.

Jika dia tak dapat anda, dia akan mencuba dengan anak-anak saudara
 perempuan atau sepupu perempuannya atau orang gaji. Tetapi sekiranya
 target utama dia anda, dia akan terus target anda selagi berpeluang.

Biasanya, JIKA keluarga serumah ( ibubapa atau suami ) mempunyai akal
 fikiran murni, mungkin mereka akan ambil tindakan segera kerana 
mempercayai anda. Anda pula, sememangnya menjaga aurat di dalam 
rumah SELAMA ini daripada pandangan mata liar ipar lelaki. Maka 
pengaduan anda mungkin lebih mudah diterima.

Malangnya, ada banyak kes di mana ahli keluarga mempunyai
SIFAT " DENIAL ". Reaksi spontan mereka ialah MENAFIKANNYA 
kerana tak dapat menerima kenyataan. Biasanya orang tua perempuan
 yang berperangai begitu kerana ingin melindungi anak lelakinya yang 
jahat. Isterinya ( kakak anda atau adik perempuan anda ), mungkin juga
 akan membuat reaksi yang sangat negatif kerana terperanjat.  
Namun ada juga bapa yang begitu. Jika begitu negatif reaksi mereka,
 jalan keluar ialah tinggalkan rumah. 

JIKA keluarga serumah jenis Melayu yang liberal pula, tidak mengamalkan 
budaya baik dan tidak ambil peduli nilai hidup sebagai Muslim, jalan terbaik 
ialah KELUAR dari rumah tersebut. Jika tidak keluar segera dari rumah,
tunggulah sehingga tibanya malang ke atas diri anda. Anda pasti akan 
dipersalahkan oleh keluarga yang bengong dan terpaksa menanggung 
susah bertahun-tahun lamanya selepas itu.

Ada juga kes-kes yang melibatkan ipar perempuan yang menggatal 
atau orang gaji yang menggatal terhadap suami atau kepada anak-anak
 lelaki yang remaja. Jadinya tak semestinya orang lelaki sahaja yang 
suka buat kerja tak senonoh. 

Dan tak kurang juga wanita yang perasan sangat sehingga mereka 
sangka orang buat seksual harassment terhadapnya. 

Cepat-cepat jumpa kaunselor yang bertauliah. Semestinya wanita.

No comments:

Post a Comment