Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, March 25, 2011

Sah ada unsur pluralisme - Jamil Khir

KUALA LUMPUR 24 Mac - Dipetik dari Akhbar Utusan Malaysia (Laporan Dari Parlimen)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan ucapan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim di London pada 18 Mac tahun lepas mempunyai unsur-unsur pluralisme agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, antaranya ucapan tersebut mempertikaikan sifat eksklusif kebenaran yang hanya terdapat di dalam agama Islam.

Selain itu katanya, ucapan tersebut mengakui fahaman The Transcendent Unity of Religions melalui konsep universal sufism (satu kebenaran banyak jalan), konsep kesamarataan agama, menafikan konsep benar dan sesat, terpengaruh dengan faham Falsafah Abadi (Perennial Wisdom) serta Kesatuan Metafizik (Metaphysical Unity).

"Berkenaan ucapan yang disampaikan oleh Yang Berhormat (YB) Permatang Pauh di London, Jakim telah mengkaji ucapan tersebut dan terdapat unsur-unsur pluralisme agama," katanya ketika menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam perkembangan sama Jamil Khir berkata, Jakim sentiasa memantau dan mengkaji sebarang pemikiran yang menyeleweng termasuk pluralisme agama.

Malah jelasnya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 pada 25-27 Julai 2006 memutuskan berkenaan gerakan pemikiran liberal yang mengandungi fahaman-fahaman menyeleweng telah menyenaraikan konsep pluralisme agama sebagai salah satu doktrin sesat lagi menyesatkan.

Sementara itu, Jamil Khir berkata, pelbagai program penerangan akan disusun supaya masyarakat dapat memahami dengan lebih jelas mengenai fahaman pluralisme dan liberalisme.

Komen;  Macam-macam hal lah dengan Anwar Ibrahim ni...kenapalah mesti seseorang yg mengaku beragama islam ini memutarbelitkan ke peringkat antarabangsa pemikiran yang begini...dia kena muhasabah dan bersyahadah semula kalau dah sah dia berucap mengenai perkara tersebut....hanya kerana cita2 dia yang takkan kesampaian itu, dia sanggup memperjudikan agama.. nauzubillah

2 comments:

  1. Assalam Sayang Mum

    Anwar marah pada Jamil Khir sebab mengatakan dia pengasas pluralisme di Malaysia. Almaklum ajaran sesat yang dibawa bila tersangkut dalam kes liwat. Kenyataan satu kebenaran banyak jalan tu apa kebendanya? Bolehlah hidup menipu selalu ke? Untuk politik Anwar apa sahaja dia boleh gunn.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..

    semoga Allah senantiasa merahmati kita semua..takut bala datang menimpa jika kita sentiasa bertelagah huhuhh

    ReplyDelete