Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, March 18, 2011

Muhyiddin cabar Anwar serah DNA

Dipetik dari Utusan Online

KUALA LUMPUR 17 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kepada mahkamah untuk menyelesaikan kes liwatnya jika beliau benar-benar tidak melakukan sebarang kesalahan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Anwar tidak perlu memutar-belit persoalan pokok berhubung kes liwat itu kerana desakan supaya beliau menyerahkan DNA adalah suara umum rakyat Malaysia.

"Buat apa Anwar perlu takut kerana pendakwaan kes liwat bukan isu politik, sebaliknya isu perundangan yang keputusannya terletak pada mahkamah.

"Kalau dia tidak lakukan apa-apa kesalahan macam saya, berilah DNA. Saya tiada masalah, saya boleh bagi DNA kepada pihak berkuasa. Soalnya rakyat hendak tahu kebenaran. Jadi, dia (Anwar) janganlah putar belit, kaitkan dengan pihak lain pula. Tidak ada kena mengena langsung kerana inilah kes yang sedang dibicara," katanya di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Anwar yang berterusan cuba mengaitkan pihak lain dalam isu desakan rakyat supaya beliau menyerahkan DNA kepada mahkamah.

Ahad lalu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), rakyat perseorangan dan pemimpin politik mengadakan siri demonstrasi di seluruh negara bagi mendesak Anwar menyerahkan DNA.

Kata Muhyiddin, lagi cepat Anwar serahkan DNA, maka lebih cepat kebenaran diketahui.

Menurutnya, ketua pembangkang itu sepatutnya memenuhi tuntutan rakyat dan bukannya mencipta seribu satu alasan yang tidak munasabah.

"Kalau Anwar tahu dia tak bersalah, apa nak takut, buat sajalah dan lepas itu mahkamah akan dapat bukti kukuh untuk membuat keputusan yang rakyat nanti-nantikan," katanya.

Komen:  Anwar bukan melayu sejati...anak melayu pantang dicabar...kalau dia benar tentu sebelum dicabar dan disuruh...dia akan meng'offer'kan DNAnya untuk dibuat bandingan... tapi apa yang dibuat? pencacai2nya buat kerja yang dia suruh..fitnah orang lain untuk mengalihkan perhatian... kalau tuan hakim kita bijaksana...DNA anwar akan dipintanya barulah tamat cerita anwar peliwat negara...ewahh...macam pantun lak.. BETUL TAK?

2 comments:

  1. Assalam Salam Mum

    Takan dia serah DNA dengan senang hati. Dia akan kaitkan dengan orang lain supaya sama-sama menyerahkan DNA. Dia cabar Najid serah DNA apa dia ingat Najid liwat dia ke? Bukankah dia nak liwat Saiful... hehehe

    ReplyDelete
  2. Assalam sayang daddy,

    Dia mmg raja putar alam...mesti mau kaitkan orang lain..mana penah ngaku salah and kalah...entah2 video tu sendiri yang bikin....so org lupakan DNA dia...dia tak sedar, sekali dua org mungkin tertipu ngan taktik dia tu, skrng ni dah ramai syak wasangka plak dah...

    Daddy just got the news...lisha makin teruk..mami sedih ni..

    ReplyDelete