Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.
Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.
Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.
10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera
Adakah  mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini  sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang  mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.
Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
Propyl Gallate:  Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan  sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang  pengeluaran sperma
Pentasodium triphosphate: Bahan  pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan  samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan  petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk  pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi  dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil  boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
Polydimethylsiloxane:Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan  panas.
Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine):  Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin  turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan  saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.
Komen:  Anak2 suka benor makan benda2 nih... 


 
 
Assalam Sayang Mum
ReplyDeletekena beritahu baby dan kakak2 dia bahaya makan mee segera.... Degil tu suka sangat makan makanan tak berkhasiat...
biasanya macam tulah daddy, mana yang dilarang dan ditegah, itulah yang dorang ni suka... nanti mami bagi dorang baca... baru tau...
ReplyDelete