Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, March 4, 2011

Ibu jual anak bagai orang gila

Harian Metro Online, 4/3/2011

Binatang pun sayangkan anak 

KUALA LUMPUR: Seorang ibu yang hanya mementingkan wang ringgit semata-mata hingga sanggup menjual anak kandungnya secara rela tidak ubah seperti orang gila kerana dia sudah hilang nilai kemanusiaan dan pegangan agama.


Penceramah bebas, Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz, berkata tindakan itu lebih kejam daripada haiwan kerana haiwan contohnya kucing tidak akan menyerahkan anaknya kepada spesies lain.

Beliau berkata, sikap ibu yang melakukan perkara tidak munasabah dan boleh dianggap pelik sehingga menjual darah dagingnya sendiri kepada orang lain hanya akan mengundang lebih banyak masalah.

“Saya hairan bagaimana seorang ibu sanggup menjual anak mereka kepada keluarga lain selepas dia penat mengandungkannya sembilan bulan dan membesarkannya sehingga umur tiga tahun,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Hassan merujuk laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai seorang ibu menjual anak kandungnya yang berusia tiga tahun kepada individu baru dikenali semata-mata kerana wang.

Komen:   Tak lama lagi akan jadi trend dimana mungkin pembuangan bayi akan berkurangan, tetapi penjualan anak2 sendiri akan berlaku dengan berleluasa kerana mendatangkan duit yang lumayan... Mana sifat keibuan mereka2 ini? Pelajaran cukup, ilmu keagamaan ada...tapi perkara ini tetap berlaku.. siapa yang patut dipersalahkan?

1 comment:

  1. Assalam Sayang Mum

    Memang gila keluarga ni. Buang aje ke Pulau Malaysia yang masih tak bernama.

    ReplyDelete