Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, March 18, 2011

Nilai semula penggunaan bahasa Melayu di sektor awam, swasta

Dipetik dari Utusan Online


Muhyiddin Yassin, Dr. Rais Yatim, Datuk Maglin Dcruz (kiri), Joseph Salang Gandum dan Kamaruddin Siaraf memegang bola kaca semasa merasmikan Pembudayaan Bahasa di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 17 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu kaedah perlu dirangka bagi menilai tahap pencapaian dalam penggunaan bahasa Melayu di kalangan sektor awam dan swasta untuk satu jangka masa yang telah ditetapkan. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia bagi memastikan segala dasar dan perancangan pembangunan negara tercapai dengan optimum dalam era kepimpinan negara yang menekankan kepada Indeks Prestasi Utama (KPI).

Penilaian itu, jelas beliau, menjurus kepada tahap penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dengan diberi keutamaan dan status yang sewajarnya.
"Sebagai contoh dalam urusan surat menyurat, pengendalian mesyuarat, ucapan dan perbincangan. 

''Selain itu, risalah dalam menyampaikan maklumat organisasi kepada masyarakat bagi tujuan promosi dan publisiti juga sewajarnya mendahulukan bahasa Melayu," katanya. 

Beliau berucap merasmikan Program Pembudayaan Bahasa anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan di Kompleks Kraf Tangan, hari ini. 

Hadir sama, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; timbalannya, Datuk Joseph Salang Gandum dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Kamaruddin Siaraf. 

Muhyiddin menambah, bahasa Melayu amat penting kerana ia menjadi benteng bagi memperteguh jati diri bangsa. 

Ini kerana menurut beliau, suasana dan persekitaran yang mewujudkan bahasa Melayu ditunjangi dengan nilai kesantunan yang tinggi dan budaya ketimuran.

"Terdapat banyak nilai baik di dalamnya yang boleh kita jadikan panduan dan pedoman," katanya.
Muhyiddin berkata, globalisasi dan ledakan teknologi maklumat hari ini telah melahirkan dunia tanpa sempadan dan sekatan. 

Interaksi manusia, jelas beliau, menjadi semakin luas dan pantas melalui bukan sahaja secara bersemuka, atas talian malah di alam siber. 

"Kita juga seharusnya tidak ketinggalan dan perlu seiringan dengan perubahan yang berlaku dan jangan sesekali berundur ke belakang," katanya. 

Menurut Muhyiddin, situasi hari ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi penggunaan bahasa Melayu yang mana unsur-unsur keunikan serta keagungannya menjadi longgar, rapuh dan mudah dicemari kerana dicampur aduk penggunaannya dengan bahasa-bahasa lain sewenang-sewenangnya. 

Pencemaran bahasa itu, katanya, sedikit sebanyak telah menghakis identiti asli bahasa Melayu dan rasa hormat terhadap bahasa Melayu turut pudar kerana dicampur aduk mengikut selera dan kehendak hati."Ledakan ini telah menjadikan bahasa Melayu semacam berada di belakang berbanding bahasa-bahasa lain," katanya.Akibatnya kata Muhyiddin, kelangsungan bahasa Melayu mendepani zaman sekarang melalui saat yang sangat getir.

Komen:  Malaysia tetap Negaraku, Bahasa Melayu tetap Bahasa Utamaku, Bangsaku Bangsa Melayu...kemana sekalipun kaki melangkah...eropah telah ku jelajah...negara matahari terbit telah ku redah...namun aku tetap megah dengan Negara, Bangsa dan Bahasa Ibundaku... TPM cuba menyerapkan patriotism kepada rakyat Malaysia, rasanya yang paling akan menggelabah ialah yang pertuturan harian mereka mandarin/tamil/english...dan jarang sekali berbahasa malaysia tetapi mengaku rakyat malaysia...mereka-mereka inilah yang patut dihantar belajar bertutur dan menulis dalam bahasa malaysia... walaupun begitu tidak dinafikan ada segelintir melayu yang suka berspeaking walaupun org tanya dia dalam bahasa malaysia macam Zeti Aziz... Ungku Aziz sibuk pertahankan bahasa melayu, anak dia cakap bahasa melayu pun pelat....

2 comments:

  1. Assalam Sayang Mum

    Siapalah kita nak menegur menteri-menteri yang bijak pandai sangat ni. Dulu2 sekolah pun ada aliran Inggeris taklah pula pelajar tu jadi lebih dari orang putih. Ini kisah Bahasa Malaysia ni kalau nak cerita nanti orang kata rasis. Itu ada rakyat Malaysia nak cakap Bahasa Malaysia punyalah susah. Itu yang sekolah pun di vernecular School..... apa cerita...

    ReplyDelete
  2. Assalam Sayang Daddy,

    Yg sebenarnya, menteri2 ni kita yang pilih, dia bekerja untuk rakyat, so kena dengarlah apa yang rakyat mahukan... kita tau apa yang terbaik untuk anak2 kita... dorang dok hantar anak2 ke international school...perantaraan bahasa adalah bahasa inggeris...so? kita yang tak mampu ni juga inginkan perkara yang sama untuk anak2 kita... takkan anak2 kita membuang bahasa dan bangsa kerana belajar dengan menggunakan b. inggeris di sekolah... muhyiddin should find other ideas to be popular lah... pendidikan ni jangan dipolitikan dan diperjudikan...

    ReplyDelete