BUKTI...SMS yang dihantar pasangan dari negara jiran terbabit.
JOHOR BAHRU: Pakej pelancongan sambil bertukar-tukar suami dan  isteri. Begitu aktiviti seks bebas hujung minggu dikenali sebagai  ‘swinger’ anjuran segelintir pelancong dari negara jiran yang kini cuba  menjerat pasangan di bandar raya ini untuk menyertainya.
Pelancong terbabit yang dinaungi lebih 10 kelab maksiat di negara  itu serta kelab antarabangsa cuba mempengaruhi pasangan suami isteri  berpendapatan sederhana di bandar raya ini dengan apa yang dianggap gaya  hidup moden itu, kononnya boleh meningkatkan keseronokan masing-masing.     Malah, pelancong terbabit sanggup mengumpan ganjaran tertentu  termasuk membiayai percutian selain menyediakan kemewahan jika pasangan  suami isteri tempatan sanggup memenuhi permintaan mereka.
Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan seorang ejen insurans di Taman  Indahpura, dekat Kulaijaya, Arshad Mohd Ali, 27, yang mendakwa hampir  terjebak selepas dipelawa sepasang suami isteri golongan profesional  dari negara jiran berusia 30-an.
Arshad berkata, dia mengenali pasangan terbabit ketika  membeli-belah bersama isterinya yang sebaya di sebuah pasar raya di  bandar raya ini, akhir Oktober tahun lalu selepas tertarik sikap mesra  mereka sebelum bertukar nombor telefon.
Katanya, dia tidak  sangka hasrat murninya menjalin persahabatan dengan pasangan terbabit  mendatangkan masalah apabila pasangan itu sendiri mendedahkan niat buruk  mereka.
“Pasangan suami isteri dikenali sebagai Nin dan Sue  yang masing-masing bekerja sebagai jurutera itu beria-ia berkunjung ke  rumah kami pada pertengahan November tahun lalu hampir setiap hujung  minggu selain tidak ketinggalan menghubungi dan mengajak kami beriadah.
“Mulanya, tindakan itu menyebabkan hubungan kami suami isteri  dengan pasangan terbabit semakin akrab dan bagi menghargai persahabatan,  kami memenuhi permintaan mereka dengan berkunjung ke rumah mereka di  negara itu,” katanya.
Arshad berkata, tembelang pasangan  yang belum mempunyai anak itu mula terdedah selepas mereka menghantar  SMS menghasut yang memintanya dan isteri mencuba aktiviti songsang itu.
Menurutnya, lebih mengejutkan, pasangan itu tanpa segan-silu  mendedahkan identiti sebenar mereka yang turut menjadi ahli sebuah kelab  seks di negara asal yang mahu menarik keanggotaan baru dalam kalangan  penduduk negeri ini.
“Saya terkejut apabila menerima SMS  daripada Nin dan pasangannya yang memberitahu mahu mengajak saya dan  isteri ke Melaka untuk berseronok bersama-sama pada 6 Disember lalu.
“Mereka memberitahu mahu membiayai kos penginapan kami di hotel selain makan minum sepanjang percutian itu.
“Mereka yang mendakwa sudah bosan melayan nafsu pasangan masing-masing  juga meminta kami mendaftar sebagai ahli kelab maksiat di negara mereka  secepat mungkin bagi memulakan kehidupan baru yang konon menjanjikan  keseronokan,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Arshad  berkata, Nin memberitahunya pakej pelancongan yang mempromosi seks bebas  itu bergerak melalui kelab maksiat konon bertujuan menyemarakkan semula  hubungan seks yang suram dalam kalangan pasangan suami isteri dan  setiap peserta akan bertukar pasangan masing-masing suka sama suka.
Katanya, ketika dia menghubungi lelaki itu bagi mendapatkan  penjelasan mengenai SMS berkenaan, jurutera itu cuba meracuni  pemikirannya dengan menyatakan amalan itu sudah menjadi trend masyarakat  moden seluruh dunia.
“Saya dan isteri bimbang dengan  perlakuan sumbang pasangan itu dan dan lebih rela memutuskan  persahabatan songsang yang terjalin daripada terus hanyut dalam dunia  maksiat.
“Kami berharap dengan pendedahan ini pasangan suami isteri lain lebih berhati-hati dengan taktik pasangan warga asing itu kerana boleh menghancurkan kebahagiaan rumah tangga selain merosakkan akidah,” katanya.
Komen: Lost word...tak tau nak kata apa...kalau di Barat tak heran benda ni berlaku, tapi di negara kita?


 
 
mohon link ngan blog saya
ReplyDeletehttp://dan-teslamarin.blogspot.com