|
|
BAGI sesetengah orang, wang berkuasa menyelesaikan banyak masalah malah boleh melancarkan urusan dan jaminan untuk mencapai sesuatu matlamat.
Namun ramai tidak menyedari kuasa wang jugalah menyebabkan ramai tersungkur dan musnah kerananya. Wang juga menyebabkan kita silap membuat pilihan sehingga menjejaskan reputasi dan masa depan.
Satu kisah benar yang dipaparkan Jejak Rasuah minggu ini memberi iktibar bahawa wang tidak boleh membeli segala-galanya.
Seorang pengurus syarikat swasta yang dikenali sebagai Lim juga termasuk dalam golongan yang mempercayai wang boleh membantunya daripada disaman dalam satu operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Operasi yang dijalankan di Lebuh Raya Utara-Selatan menghala Melaka bertujuan untuk mengesan pengguna cermin gelap melebihi had dan tanpa surat kebenaran.
Lim yang memandu kereta Mercedes-Benz berwarna hitam tidak menyangka keretanya ditahan kerana menggunakan cermin tingkap terlalu gelap.
Dia bagaimanapun dengan angkuh mendakwa merupakan orang kenamaan (VIP) dan memperlekehkan tindakan seorang anggota penguat kuasa JPJ yang dikenali sebagai Daud.
Daud dengan tenang meminta Lim menunjukkan sebarang surat kebenaran untuk menggunakan cermin gelap namun lelaki itu gagal berbuat demikian.
Berikutan itu, Daud mengeluarkan buku notis untuk dicatat maklumat peribadi Lim dan kesalahan yang dilakukannya, tetapi tidak semena-mena Lim merayu agar dia tidak disaman.
Lim yang ketika itu dalam perjalanan ke satu mesyuarat untuk menandatangani satu tender penting, mula terfikir untuk memberi rasuah kepada penguat kuasa tersebut agar urusannya tidak tergendala.
Tiba-tiba Lim menghulurkan wang berjumlah RM400 kepada Daud tetapi anggota JPJ itu enggan menerimanya.
Tanpa Lim sedari, tindakannya itu sedang diperhatikan oleh seorang pegawai SPRM, dikenali sebagai Ismail yang berada tidak jauh daripada mereka.
Ismail memperkenalkan dirinya sebagai pegawai SPRM kepada Lim dan menahannya kerana telah cuba menyogok Daud ketika menjalankan tugas supaya tidak disaman atas kesalahan menggunakan cermin gelap pada kenderaannya.
Komen: Daripada kena denda kerana cermin kenderaan gelap ajer...terus kena tahan kerana cubaan merasuah.. padan ngan muka... semoga semua anggota PDRM dan SPRM amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab .... bravissimi...
Assalam Sayang Mum
ReplyDeleteLama sangat dah tunggu baru mereka nak mula ambil tindakan. Jangan pula hanya menyaman kereta yang diimport tapi kereta buatan Malaysia pun banyak yang bercermin gelap.. menyakitkan mata.
Asalam sayang daddy,
ReplyDeletebila undang2 digubal untuk dipatuhi tetapi tanpa penguatkuasaan yang sempurna, inilah jadinya... kadang2 tu muka driver pun kita tak nampak... daripada sekecik2 kereta hinggalah sebesar2 kereta... JPJ kena buat kerjalah .... kita siap tukar cermin bila nak bawak balik odyssey dari tokyo sebab ikut peraturan.. org jepun yang jual keta tupun 'aware' dengan undang2 kita... sayangnya rakyat malaysia yang tau...boleh purak2 tak tau...kalau camni to be fair... benarkan aje pemakaian cermin kereta kat malaysia ni... tapi tentulah kena ada guideline dia jugak...