Dipetik dari Bharian, 2011/03/16
PASTINYA ramai yang tertanya-tanya mengapa Kementerian Kesihatan harus menunggu sehingga 2012 untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bahan Bisphenol A (BPA), sekiranya ia didapati berbahaya. Apabila diketahui kesan buruk BPA terhadap sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak, maka apa yang perlu dilakukan Kementerian Kesihatan ialah mengharamkannya terus, bukan saja penjualannya malah penggunaannya dengan serta-merta. Jika botol susu jenis itu masih dibenarkan dijual di pasaran, bermakna kita seolah-olah membiarkan BPA terus mengancam kesihatan bayi dan kanak-kanak yang masih menggunakannya. Apabila Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan botol susu polikarbonat mengandungi BPA dan membahayakan kesihatan si kecil kelmarin, ibu bapa khususnya yang menggunakan botol berkenaan pasti berasa bimbang. Tetapi apabila pengharamannya hanya berkuat kuasa pada 2012, kini mereka bukan saja bimbang, sebaliknya keliru dengan tindakan kementerian kerana jika penggunaannya dikatakan berbahaya, kenapa pengharamannya perlu ditangguhkan?
Kementerian sepatutnya bertegas dalam soal ini kerana kita tidak mahu rakyat membuat andaian bahawa kerajaan lebih mengutamakan kepentingan komuniti perniagaan – pengilang, pengedar dan peruncit, sebaliknya memperjudikan keselamatan pengguna. Risiko perniagaan tidak boleh disamakan dengan nilai serta kebahagiaan rakyat apabila kesihatan mereka terancam, apatah lagi bayi yang tidak berdosa. Walaupun tempoh pengharaman itu diputuskan Kabinet minggu lalu, tetapi Kementerian Kesihatan boleh memberi rasional terbaik kenapa botol susu berkenaan perlu diharamkan serta-merta di pasaran. Kita juga tidak mahu rakyat mempersoalkan langkah Kementerian Kesihatan kerana ia tidak selari dengan slogan gagasan 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, yang diilhamkan Perdana Menteri. Justeru, keputusan yang tidak memihak kepada kepentingan rakyat seperti ini dikhuatiri menjejaskan usaha kerajaan yang sedang giat merealisasikan slogan berkenaan. Bukti saintifik mengenai kesan BPA terhadap bayi dan kanak-kanak ternyata serius.
Gangguan terhadap sistem hormon dan tubuh badan bayi dan kanak-kanak bukan isu kecil dan tidak boleh dikompromi kerana pada peringkat awal usia, sistem ketahanan badan masih lemah. Ibu hamil yang terdedah kepada BPA juga dikhuatiri melahirkan bayi cacat atau terencat tumbesarannya. Ibu bapa yang mempunyai anak tidak sihat juga bakal berdepan beban kewangan, selain emosi. Ketika rakyat perlu menerima hakikat kos sara hidup yang terus meningkat, ketegasan kementerian mengharamkan botol susu polikarbonat mampu mengurangkan risiko ibu bapa menanggung beban berkenaan. Kementerian juga wajar memberi panduan membeli bukan saja botol susu yang selamat, malah memeriksa status bahan pelbagai jenis bekas minuman dan botol air lain yang dilambakkan di pasaran sekarang. Kanada dan negara anggota Kesatuan Eropah mengharamkan botol polikarbonat pada 12 September 2010 dan kepekaan kerajaan kita menyusul tindakan itu tetap dihargai tetapi bukan menunggu sehingga 2012. Jangan tunggu sehingga ada bayi atau kanak-kanak terkorban atau mengalami kecacatan akibat penggunaan botol mengandungi bahan BPA ini baru Kementerian Kesihatan mahu bertindak drastik mengharamkan penjualan dan penggunanya kerana ketika itu tindakan kita sudah terlambat dan sia-sia. Oleh itu, walau apa juga alasan kementerian kita harap keputusan itu harus dikaji semula demi keselamatan rakyat.
Komen: Kerajaan kita ni kadang2 pun bingung jugak sebab benda ni melibatkan kesihatan rakyat...dah confirm merbahaya...kenapa masih lagi dibenarkan untuk dijual sehingga 2012? Atau nak tunggu stock habis dulu? Habis mana yang lebih penting ni? Rakyat ke atau takut peniaga bangsa cina kerugian? Kalau macam tu baik jangan umumkan dulu...2012 nanti..umumkan dan terus haramkan...tapi by that time...ramai baby yang dah cacat akibat dari kelalaian dan menjaga kepentingan peniaga? sebagai pengguna kita juga kena cerdik..jangan beli botol susu poli ni sumer...tukar ke botol kaca pulak...check betul2 sebelum beli botol susu baby ya....
Assalam Sayang daddy,
ReplyDeleteTak semua baby nak minum susu badan daddy, macam anak2 kita..sarah yang puas menyusu badan sampai umur 2 tahun...farah bertahan 2 minggu and worse baby qiqi cuma 2 hari ajer... but of course mother's milk is the best....