Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, November 30, 2012

Jangan sebarang beli buku.....jangan baca sebarang buku...nanti SESAT...


Jangan berguru ilmu agama dengan buku - Nooh


JOHOR BAHRU 28 Nov. - Masyarakat Islam di negara ini dinasihat agar merujuk terlebih dahulu kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau jabatan agama Islam negeri sebelum membaca mana-mana buku agama yang diterbitkan dari negara luar.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut berkata, kebelakangan ini, pihaknya mengesan terdapat banyak buku agama terbitan negara luar terutamanya dari Indonesia yang turut menyelitkan ilmu kebatinan dan sihir yang dikhuatiri boleh menyesatkan akidah umat Islam di negara ini.

"Saya menyarankan sebelum membeli sesuatu buku itu, buat penyelidikan tentang latar belakang syarikat penerbitan dengan merujuk dahulu kepada pihak yang lebih berpengetahuan seperti Jakim, MAINJ ataupun mana-mana individu yang arif tentang agama.

"Di Jakim, kita ada jawatankuasa semak buku yang boleh menentukan sama ada bahan bacaan terbabit sesuai dijadikan sumber rujukan atau sebaliknya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Buku Islam Kelima dan Hari Kerjaya Johor 2012 di Galleria@Kotaraya di sini hari ini.

Jelas Nooh, senario itu jika dibiarkan amat membimbangkan.

"Sekiranya umat Islam di negara ini tersilap membaca buku agama yang boleh menjurus kepada penyebaran ajaran sesat, sekali gus terkeluar daripada landasan syariah Islam,'' katanya.

Beliau juga turut menasihatkan agar umat Islam yang berhasrat mendalami ilmu agama supaya jangan hanya 'berguru' dengan buku semata-mata tetapi dengan alim ulama yang dapat memberikan penerangan lebih jelas berkaitan Islam.

Sementara itu mengulas lanjut ekspo terbabit, Nooh berkata, penganjuran oleh Johor Corporation dan Sinergi Ilmu Recources Sdn. Bhd., itu menyasarkan sebanyak 50,000 pengunjung sepanjang 10 hari bermula 23 November hingga 2 Disember ini.

Katanya, ini merupakan ekspo buku Islam kelima di negara ini dan terbesar serta julung kali diadakan di Johor dengan pembabitan 40 syarikat penerbitan buku tempatan serta 70 gerai jualan dan pameran.

"Penganjuran ekspo seperti ini amat digalakkan kerana boleh menyemai minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya umat Islam dan saya harap membaca kini bukan lagi dijadikan sebagai hobi semata-mata tetapi satu budaya," katanya lagi.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment