Petikan dari kitab “Bidayatul Hidayah” karangan al-Imam al-Ghazzali
Ada dua bahagian dari pelajaran agama yang sangat penting untuk diperhatikan. Pertamanya ialah meninggalkan hal-hal yang dilarang oleh agama. Yang kedua ialah menunaikan yang diperintah.
Dalam hal ini bahagaian yang pertama, iaitu meninggalkan larangan, adalah lebih berat dari yang bahagian yang kedua, iaitu menunaikan yang diperintah. Ini adalah kerana pada hakikatnya bahagian yang diperintah boleh dlakukan oleh sesiapa sahaja yang berminat. Walhal, untuk meninggalkan yang dilarang, ianya hanya dapat dilakukan oleh mereka yang berjiwa luhur dan berhati bersih.
Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. bersabda, ertinya:
“Hijrah yang sebenarnya adalah hijrah (meninggalkan) kejahatan dan jihad yang sesungguhnya adalah memerangi hawa nafsu.”
Ketahuilah jika engkau melakukan maksiat maka sebenarnya yang menjadi sasaran adalah anggota badan kamu sendiri. Padahal anggota badan kamu itu merupakan suatu nikmat [sebutan: ni’mat] dari Allah yang dianugerahkan kepada kamu dan sekaligus menjadi amanah yang harus engkau pertanggungjawabkan. Maka sungguh berdosa jika kenikmatan itu engkau peralat untuk membuat maksiat dan pengkhianatanmu terhadap amanah yang telah diberikan kepada kamu adalah merupakan kedurhakaan yang amat besar.
Seluruh anggota badan jasmani kamu merupakan amanah yang berada di bawah tanggungjawabkamu. Oleh kerana tu hendaklah engkau perhitungkan sejauh mana engkau menjaga, memelihara dan mengurus tanggungjawab itu. Sesungguhnya tiap-tiap diri kamu adalah pemimpin dan setiap diri kamu kelak akan disoal akan tanggungjawab yang engkau pimpin.
Ketahuilah bahawa seluruh anggota badan kamu kelak di hari kiamat akan memberi kesaksian atas diri kamu, dan semuanya akan berkata-kata atas segala amal perbuatan kamu dengan keterangan yang terang dan jelas.
Allah berfirman dalam surah An-Nuur: ayat 24, ertinya:
“Pada hari, yang menjadi saksi atas mereka, lidah, tangan dan kaki mereka sendiri, tentang apa yang mereka lakukan.”
Dalam surah Yaasiin: ayat 65, Allah juga berfirman, ertinya:
“Pada hari itu Kami tutup mulut mereka, dan berbicara dengan Kami, tangan mereka dan menjadi saksi kaki mereka, tentang apa yang telah mereka kerjakan.”
Oleh kerana itu jagalah dirimu baik-baik dari segala kemaksiatan, terutama ketujuh-tujuh anggota badan kamu kerana di dalam neraka terdapat tujuh pintu yang masing-masing disediakan bagi manusia sesuai dengan dosa-dosa yang diperbuat oleh ketujuh-tujuh anggota badan tersebut.
Tujuh anggota badan tersebut ialah:
- Mata – klik untuk baca
- Telinga
- Lidah
- Perut
- Kemaluan
- Tangan
- Kaki
- Tubuh badan
Menjauhi Maksiat
1. Mata
Engkau telah dianugerahi mata agar engkau pergunakan hanya untuk melihat menuju ke jalan yang benar, untuk memenuhi berbagai macam dari kerja-kerja kamu, untuk melihat keindahan alam semesta agar dapat engkau renungkan betapa besar keagungan Allah.
Oleh kerana itu janganlah engkau gunakan mata kamu itu untuk empat hal yang tercela:
- Melihat perempuan yang bukan mahrammu;
- Melihat sesuatu yang menghairahkan nafsu berahi dan memperbesarkan syahwat;
- Melihat sesama muslim dengan pandangan mengejek dan meremehkan;
- Melihat atau mencari-cari kesalahan orang lain dari kalangan kaum muslimin.
Menjauhi Maksiat
2. Telinga
Hendaklah engkau jaga telingamu jangan sampai engkau mengguna untuk mendengar sesuatu bid’ah yang menyesatkan, mendengar umpatan, percakapan kosong lagi kotor, perbualan yang bathil dan pembicaraan tentang keburukan orang lain. Kerana Allah menciptakan telinga bagimu untuk dapat engkau menggunanya bagi mendengar Kalam Illahi, Sunnah Nabi s.a.w. dan ilmu-ilmu hikmah yang dibawa oleh para ulama dan wali, agar dengan demikian engkau mendapat pengetahuan yang bernilai tinggi hingga kelak engkau dapat memperoleh kebahagiaan yang abadi di sisi Allah.
Sebaiknya jika engkau sampai menggunakan telingamu itu untuk mendengar hal-hal yang dilarang Allah, maka apakah nanti akibatnya terhadap dirimu. Akibatnya bukan kemanafaatan dan kebahagiaan yang engkau terima, tetapi sebaliknya, bencana dan kehancuran yang membawa dirimu menjadi sesat.
Janganlah engkau mengira bahawa yang berdosa hanya orang yang berbicara sahaja, tetapi sebenarnya engkau yang mendengar pun turut sama berdosa.
Menjauhi Maksiat
3. Lidah
Allah telah menganugerahkan lidah kepada kamu agar dapat engkau pergunakan untuk memperbanyakkan zikir kepada Allah dan membaca kitabNya, mengajak ummat untuk taat menuju ke jalan Allah, berdoa dan melahirkan kehendak hatimu tentang usaha agama dan kehidupanmu. Jika lidahmu engkau pergunakan untuk tujuan-tujuan lain yang tidak baik, maka bererti engkau tidak mensyukuri nikmat-nikmat Allah yang telah diberikan kepadamu.
Lidah adalah salah satu anggota badan yang paling mudah membawa kepada kehancuran terhadap dirimu dan juga terhadap orang-orang lain. Oleh kerana itu kebanyakan manusia yang diseret ke dalam api neraka adalah disebabkan oleh perbuatan lidah. Maka peliharalah dan kuasailah lidahmu supaya jangan sampai kerananya engkau terjerumus ke dasar api neraka.
Di dalam hadith lain yang isi menyatakan, ertinya;
“Di masa Rasulullah s.a.w., pada suatu saat ada seorang yang mati dalam medan pertempuran. Maka berkata seseorang: ‘Bahagialah baginya kerana tersdia syurga’. Kemudian Nabi s.a.w. berkata kepada orang itu: ‘Apakah engkau tahu barangkali dia pernah mengucapkan sesuatu yang tidak berfaedah atau dia bakhil kerana takut dirinya rugi?”
Kerana sedemikian beratnya pembalasan yang disebabkan oleh perbuatan lidah maka jagalah baik-baik dan hindarkan lidahmu itu dari lapan perkara berikut:
- Dusta
- Engkar janji
- Ghibah (membuka keburukan orang)
- Berbantahan untuk mencari kemenangan
- Memuji diri sendiri
- Mengutuk
- Mendoakan yang buruk terhadap sesama makhluk
- Bersenda-gurau yang cela dan mengejek
4. Menjauhi Maksiat perut seperti:
i) Makan riba
ii) Minum perkara yang memabukkan
iii) Makan harta anak yatim
iv) Makan makanan dan minuman yang Allah haramkan
v) Allah Taala dan RasulNya Sallallahu alaihi wasallam melaknat orang yang memakan riba dan setiap apa yang menyumbang ke arah itu
vi) Juga dilaknat peminum arak dan semua yang membantu peminumnya minum dan membelinya
5. Menjauhi Maksiat tangan seperti:
i) Mengurangkan timbangan
ii) Khianat
iii) Mencuri
iv) Semua muamalat yang diharamkan seperti:
-- Membunuh
-- Memukul tanpa hak
6. Menjauhi Maksiat kaki:
i) Berjalan untuk membunuh muslim atau memudaratkannya tanpa hak
ii) Dan sebagainya yang diharamkan pergi kepadanya
7. Menjauhi Maksiat kemaluan seperti:
i) Zina
ii) Liwat
iii) Onani
iv) Dan sebagainya
8. Menjauhi Maksiat tubuh badan seperti:
i) Derhaka kepada kedua ibubapa
ii) Lari dari medan perang
* Kedua-dua ini adalah dosa besar
iii) Dan sebagainya yang dikira sebagai maksiat seperti:
-- melabuhkan pakaian
-- memutuskan tali persaudaraan
-- menzalimi manusia
i) Mengurangkan timbangan
ii) Khianat
iii) Mencuri
iv) Semua muamalat yang diharamkan seperti:
-- Membunuh
-- Memukul tanpa hak
6. Menjauhi Maksiat kaki:
i) Berjalan untuk membunuh muslim atau memudaratkannya tanpa hak
ii) Dan sebagainya yang diharamkan pergi kepadanya
7. Menjauhi Maksiat kemaluan seperti:
i) Zina
ii) Liwat
iii) Onani
iv) Dan sebagainya
8. Menjauhi Maksiat tubuh badan seperti:
i) Derhaka kepada kedua ibubapa
ii) Lari dari medan perang
* Kedua-dua ini adalah dosa besar
iii) Dan sebagainya yang dikira sebagai maksiat seperti:
-- melabuhkan pakaian
-- memutuskan tali persaudaraan
-- menzalimi manusia
wallahualam bissawab..
No comments:
Post a Comment