Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 13, 2011

Mudahnya Pas lempar hukum


Pihak berkuasa berkawal di hadapan Menara Maybank dan Hentian Puduraya, Kuala Lumpur bagi menyuraikan perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu.


TIDAK keterlaluan jika dikatakan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh barisan kepimpinan Pas berhubung perhimpunan haram Bersih 2.0 sungguh memalukan kerana tahap keilmuan mereka bukan digunakan membawa kesejahteraan umat tetapi hanya satu tujuan iaitu politik.

Lihat sahaja kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, mereka secara terang-terangan mengaitkan perhimpunan haram Bersih itu sebagai satu tuntutan Islam atas nama ibadah dan perjuangan.

Malah dalam satu kenyataan Nik Abdul Aziz, beliau yang dianggap ulama paling hebat dalam Pas dengan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum zalim terhadap mereka yang menghalang perhimpunan itu dan perlu bersedia menerima pembalasan ketika berhadapan dengan Allah kelak.

Bukan itu sahaja Nik Abdul Aziz menganggap para peserta perhimpunan haram itu ‘berjemaah dalam melakukan ibadat’ walaupun beliau sememangnya sedar bahawa himpunan seperti itu akan membawa lebih kemudaratan daripada kebaikan.

Dewan Ulama Pas melalui ketuanya, Harun juga tidak ketinggalan mengucapkan syabas dan tahniah terhadap mereka yang menyertai perhimpunan itu dengan menyifatkan mereka sebagai wira negara.

Begitulah pengiktirafan diberikan oleh ulama-ulama Pas dan pemimpinnya kepada mereka yang menyertai perhimpunan haram Bersih 2.0, Sabtu lalu.

Persoalannya paling besar, adakah Islam membenarkan sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan keamanan dan kesejahteraan?

Adakah Rasulullah (SAW) memerintahkan umatnya melakukan perbuatan yang boleh memberi kemudaratan kepada agama?

Jawapannya sudah tentu tidak. Dalam isu ini mustahil Nik Abdul Aziz atau Harun Taib tidak tahu hukum menjaga keamanan negara dalam Islam.

Adakah mereka sengaja menyembunyikan ilmu yang telah dianugerahkan oleh Allah agar Islam dilihat membenarkan perhimpunan haram itu diadakan?

Niat mereka hanya Allah sahaja yang mengetahui dan jika itulah nawaitu mereka, terimalah balasan setimpal daripada Allah SWT.

Yang pasti, mereka tidak boleh berbohong dengan Allah. Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Mendengar dan Allah Maha Melihat.

Satu lagi persoalan adakah Malaysia ini boleh dikategorikan sebagai sebuah negara yang zalim hingga menyebabkan rakyatnya tertindas dan hidup menderita?

Bagi mereka yang rasional dan berfikiran waras jawapannya sungguh mudah, sudah tentu tidak.

Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 112 : Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberi satu misalan: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat tetapi penduduknya kufurkan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka telah lakukan.

Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka sebenarnya menggunakan agama hanya berlandaskan nafsu dan bukannya berasaskan hati yang tulus walaupun golongan itu terdiri daripada mereka digelar ulama.

Mereka hanya mahu satu iaitu kuasa. Kuasa untuk memerintah Malaysia. Kuasa untuk menawan Putrajaya.

Oleh itu tidak hairanlah mereka sanggup bersekongkol dengan puak-puak yang sebelum ini terang-terangan menentang Islam demi mengejar kuasa tidak kira parti atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Mereka sanggup bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang pendokong gerakan pluralisme di negara ini iaitu satu fahaman yang jelas bertentangan dengan akidah Islam.

Siapa tidak kenal Karpal Singh, siapa tidak kenal Datuk S. Ambiga serta beberapa tokoh yang mendokong fahaman liberal Islam di dalam gabungan Bersih.

Bukankah golongan ini kuat menentang Islam dan menyokong murtad? Bukankah murtad merupakan satu kesalahan paling besar di dalam Islam?

Begitu juga kecaman melampau mereka terhadap polis sehingga pasukan itu dilihat sebagai musuh yang perlu dihapuskan.

Tidak terfikirkah ulama-ulama Pas ini, kira-kira 90 peratus pegawai dan anggota polis adalah di kalangan orang Islam.

Mereka bersaksikan tiada Tuhan melainkan Allah Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mereka bersolat, berpuasa, berzakat, menunaikan ibadat haji dan mereka menjalankan segala perintah yang diturunkan oleh Allah.

Sehubungan itu adakah wajar orang Islam menentang orang Islam lain hanya disebabkan terlalu setia dengan rakan mereka yang kafir dan seandainya berlaku kematian wajarkah si mati dikategorikan meninggal dalam keadaan baik?

Polis hanya menjalankan tugas bagi memastikan keamanan negara ini sentiasa terpelihara sekali gus menjamin kehidupan rakyat daripada diganggu oleh anasir-anasir jahat.

Mungkin ramai yang tidak tahu termasuk ulama-ulama Pas ini, sejak diumumkan perhimpunan haram itu oleh Ambiga, semua anggota polis di Kuala Lumpur dikehendaki berada di tempat bertugas masing-masing tanpa kira hari dan waktu.

Malah ada satu kisah seorang pegawai polis dan keraninya terpaksa membawa seorang anak anggota mereka yang sedang bertugas ke klinik untuk mendapatkan rawatan kerana demam.

Ini hanya satu contoh bagaimana para anggota polis terpaksa mengorbankan masa dengan keluarga walaupun anak mereka sakit disebabkan keangkuhan Bersih untuk meneruskan perhimpunan.

Itu belum dikira nasib para usahawan, peniaga kecil, pemandu teksi dan pengusaha pengangkutan awam yang mengalami kerugian sehingga dianggarkan mencecah RM100 juta pada hari perhimpunan diadakan.

Bukan itu sahaja mereka yang mengadakan majlis perkahwinan di sekitar ibu kota pada hari berkenaan turut terkena kesannya apabila ramai tetamu tidak dapat hadir. 

Sebenarnya, perbuatan mereka yang menganjurkan perhimpunan itu lebih zalim lagi.

Selain menimbulkan huru hara dan kekacauan sikap buruk mereka telah menyebabkan kerugian kepada banyak pihak. 

Mengulas isu tersebut Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, Ali Sarbini menegaskan Islam menegah sekeras-kerasnya umatnya menyertai sebarang aktiviti yang boleh mengundang kemudaratan.

“Kita harus menghargai apa yang kita ada sekarang ini iaitu nikmat keamanan dan rezeki melimpah ruah yang tidak terdapat di tempat lain. Oleh itu wajib ke atas kita menjaga keamanan walau siapa pun kita,” katanya.

Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah pula berkata, setiap perbuatan yang dikira sebagai ibadah hanya bergantung kepada niat yang ikhlas tanpa menyusahkan orang lain.

“Saya harap Pas mengeluarkan pandangan dari hati berlandaskan ilmu agama dan meletakkan kebenaran di atas kepentingan politik.

“Saya amat kecewa kerana saya fikir biarlah pandangan kita tidak terbawa-bawa dengan agenda politik tanpa memikirkan kepentingan rakyat,” katanya.

Komen:  Yang sebenarnya, PAS itu sendiri ditubuhkan untuk berpolitik...dengan sengaja menggunakan agama supaya orang jadi lebih hormat kepada PARTI ini.....kalau kita lihat semakin lama..semakin terpesong akidah mereka ini kerana dengan sewenang2nya menggunakan agama, menjatuhkan hukum, mengampunkan dosa manusia dengan Allah (dah macam pope pulak)...jika ianya berterusan..dikhuatiri anak-anak kita yang bakal jadi pemimpin di masa hadapan mempunyai akidah yang lemah....puak2 PAS ni bukan pikir masa depan pun...sebab syurga dah dibina untuk puak2 ni...dah confirm dah...yang menolak PAS akan ke neraka...pun dorang dah confirmkan...dimanakah didalam Al-Quran yang menyebut tentang perkara ini? kadang2 kesian juga dengan mereka ini kerana telah dibutakan akal dan hati...nauzubillah...

1 comment:

  1. ia adalah dari pandangan akak
    lain org lain pandangannya .. menolak sesuatu pandangan x semestinya betul @ salah dik .. kita kena menilai dari logik dan akal fikiran .. mereka2 yg berfikiran seperti ini sudah semestinya memerlukan akal fikiran yg luas .. bila bercakap bab politik ia adalah politik dan mempunyai fahaman yg berbeza .. begitu juga dengan perjuangan seseorang itu .. kita x leh menilai org atas dasar apa yg dia cakap .. sedangkan skrg nie media banyak memaikan peranan memutar belitkan kenyataan dan menokoh tambah kerana dikuasai oleh seuatu kuasa dan yg pasgtinya mereka terikat ..

    apa2 pun semua itu di tangan kita/rakyat menilai dan menimbang tara mana yg baik dan betul .. kerana kita kena selalu ingat dlm apa jua keadaan sekalipun agama itu adalah benar dan perlu ditegakkan dan bila bercakap pasal kebenaran pastinya ada akibah yg akan allah tunjukkan sekiranya ia disalah gunakan .. jika tidak ia bukan nya sesuatu yg sewenang2nya utk diutarakan ..
    wallahualam :)

    ReplyDelete