Penggunaan bahasa Inggeris pada nama tempat dan kawasan pelancongan di Kuala Kangsar dibuat berasaskan pada nilai komersial dan kemudahan untuk pelancong.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Datuk Mohd. Shafie Arifin berkata, ia selaras dengan hasrat bagi menjadikan bandar itu sebagai destinasi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara.
"Jadi tidak timbul soal MPKK tidak peka pengunaan bahasa Melayu kerana kita juga menggunakan konsep dwibahasa. Apa yang penting adalah impak projek tersebut kepada sektor pelancongan di bandar ini," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas desakan beberapa pihak yang mahu MPKK menghentikan penggunaan bahasa Inggeris untuk diberikan nama kepada tempat-tempat yang menjadi ikon pelancongan di bandar itu.
Menjelas mengenai penggunaan nama Sayong Riverfront untuk projek pembangunan pelancongan tepi tebing Sungai Perak di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Mohd. Shafie berkata, pihaknya sedang menunggu terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi mendapatkan terjemahan yang tepat.
Katanya, terdapat beberapa nama yang dalam pertimbangan pihaknya, namun keputusan akhir hanya diperoleh apabila ia diputuskan oleh DBP selewat-lewatnya minggu depan.
"Perbincangan telah diadakan antara MPKK dan DBP bagi mendapatkan makna yang tepat untuk Riverfront.
"Apabila terjemahan diperoleh, kita akan segera membina perkataan tersebut bagi menggantikan perkataan asal atau dibina bersama perkataan asal," katanya.
Komen: Inilah dia kalau semuanya nak di Bahasa Melayukan...dulu pernah Mantan PM (Tun Dr. Mahathir) buat joke pasal hal ni...kalau nak di BM kan "plug & play", "software" "Mouse" dsbnya. sama jugalah dengan term mathematics/science yg di BM kan..kesian budak2 sekolah...esok2 bila ke Uni/Overseas...term tu dah dalam BI semula..tak ke pening dibuatnya anak2 kita...kenapa yang dah ada dan memudahkan, kemudian bila naik pemimpin baru dipolitkkan benda2 ni...anak2 kita juga yang merana..
No comments:
Post a Comment