Ketagih Facebook, Marah Jika Tak Guna Internet
2011/07/27, Bharian Online
NEW YORK: Beberapa kajian terbaru terhadap pengaruh web sosial Facebook, Twitter dan Google mendapati laman sosial itu juga mencetuskan ketagihan umpama dadah.
Penagih kategori baru itu bertindak seperti orang yang tidak diberi dadah apabila dipaksa untuk tidak menggunakan internet dan media elektronik yang lain.
Kesannya kepada golongan yang ketagih laman web itu seperti keadaan orang mabuk yang bergantung kepada arak sebagai satu cara untuk membantunya bersosial. Selain itu, penagih online percaya orang yang tidak menyertai lebuh raya mega maklumat, bergiat dalam menghantar mesej pesanan ringkas dan pesanan cepat adalah golongan yang sangat membosankan, lapor New York Post.
“Sikap tidak menggunakan teknologi dianggap terlalu sukar untuk dielakkan bagi sesetengah pihak sama seperti berhenti merokok atau minum arak,” kata firma penyelidikan Intersperience mengenai kajian terbaru terhadap mereka disekat daripada menggunakan teknologi online.
Kajian itu juga mendapati, 40 peratus responden merasa sunyi jika tidak menggunakan kemudahan online.
Sementara itu, dalam satu lagi kajian di Britain, satu pertiga ibu bapa di negara itu beranggapan internet mengancam anak mereka dan 80 peratus kanak-kanak ketagih laman web sosial seperti Facebook dan Twitter. – Agensi
Komen: Apa sekalipun kalau tidak dikawal akan membuatkan kita ketagih...kalau ketagihan itu membawa kepada kebaikan...oklah kan .... tapi sendiri kena ingatlah...kalau dah tau benda yang diketagihkan itu boleh membawa kemudaratan kepada diri sendiri, isteri dan anak-anak serta keluarga, baiklah berhenti sebab kita takkan tau akibatnya kemudian nanti terhadap org2 yang kita sayang.....dengan adanya internet hari ni...memudahkan banyak perkara..dan ianya telah menjadi satu keperluan...tetapi dengan banyaknya kes perjudian online, melayari laman lucah, membaca cerita2 lucah, menyebarkan fitnah...kecurangan, penipuan dsbnya...kemudahan dan keperluan ini telah menjadi satu penyakit sosial pulak....telah ramai yang bercerai kerana kecurangan yang bermula dari laman sosial ini......peringatan ini untuk diri penulis sendiri dan daddy juga...ingat mengingati penting dalam perhubungan kan daddy...
Assalam Syg MUm
ReplyDeleteTeringat lagu Tenda Biru alah Red Indian...
Sebab???
ReplyDelete