Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 18, 2011

Ilmu itu untuk ditimba dan dipelajari tanpa mengira latarbelakang dan asal usul kita.. SYABAS

Anak drebar lori terbaik di MSU
 

Oleh Khairina Yasin
kayrina@bharian.com.my
2011/07/18

MISRA menunjukkan pingat emas yang diterimanya kepada ibu, Asmawati M Yunus dan bapanya, Firdaus Sajab selepas majlis konvokesyen MSU di Shah Alam, semalam.
MISRA menunjukkan pingat emas yang diterimanya kepada ibu, Asmawati M Yunus dan bapanya, Firdaus Sajab selepas majlis konvokesyen MSU di Shah Alam, semalam.
Misra Helma jadi doktor walaupun pernah berdepan masalah kewangan

SHAH ALAM: Impian Misra Helma Firdaus bergelar doktor suatu ketika dulu hampir berkecai akibat masalah kewangan dihadapi keluarganya untuk menampung yuran pengajian perubatannya di universiti luar negara. 

Namun harapannya kembali bersinar apabila berjaya menggenggam Bacelor Sains Perubatan selain muncul penerima Anugerah Pingat Emas Canselor pada Majlis Konvokesyen ke-9, Management & University Science (MSU), di sini, semalam. 

Kini meneruskan pengajian Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan di universiti sama, Misra menyifatkan keputusannya meneruskan pengajian di MSU nyata tidak sia-sia apabila impiannya kini bakal menjadi kenyataan.

“Selepas tamat pengajian Diploma Teknologi Perubatan di Kolej PTPL, saya dapat tawaran pengajian perubatan di Universiti Padjadjaran, Bandung, Indonesia.

“Namun segala-galanya musnah selepas saya gagal melunaskan baki yuran pengajian sebanyak RM25,000 dalam tempoh yang ditetapkan menyebabkan saya gagal mulakan pengajian.

“Pada awalnya saya cukup kecewa dan bersyukur apabila peluang masih terbuka buat saya apabila mendapat tawaran bidang pengajian sama di MSU. Sejak itu saya berazam untuk belajar bersungguh-sungguh demi capai cita-cita selain tekad membebaskan keluarga saya dari belenggu kemiskinan.

“Bapa saya hanyalah pemandu lori, ibu pula suri rumah, kalau bukan saya yang mengubah nasib keluarga, siapa lagi?” katanya.

Selain cemerlang dalam akademik, anak sulung dari empat beradik itu turut membuktikan pencapaiannya dalam aktiviti kokurikulum khususnya dalam seni silat sehingga muncul sebagai presiden dan jurulatih Kelab Seni Gayung Fatani MSU.

Antara kejayaan pernah dicapai Misra ialah Juara Persembahan Dunia Melayu Dunia Islam 2011, wakil Malaysia dalam International Martial Arts di Paris, Perancis 2010 dan juara Silat Melayu Kebangsaan 2008.

Misra adalah antara 537 graduan yang menerima diploma dan ijazah masing-masing pada majlis konvokesyen kali ini yang disempurnakan Canselor MSU, Sultanah Kedah Sultanah Haminah Hamidun.

Daripada jumlah itu, 26 graduan cemerlang dipilih menerima anugerah masing-masing iaitu lima penerima Anugerah Presiden, Anugerah Akademik (tujuh), Anugerah Mohd Shukri Yajid (satu) serta Anugerah Industri (12).

Terdahulu, Mohd Shukri dalam ucapannya berkata, majlis konvokesyen kali ini cukup bersejarah kerana berlangsung sempena sambutan ulang tahun ke-30 institusi berkenaan tahun ini.

Sepanjang tempoh itu katanya, MSU berjaya membuktikan komitmennya dalam melahirkan modal insan terbaik menerusi penekanan penawaran pengajian yang relevan dengan keperluan semasa.

“Kita akan terus memperkasakan budaya kecemerlangan ilmu ke tahap yang lebih membanggakan sejajar dengan usaha membantu negara mencapai hab kecemerlangan pengajian tinggi global,” katanya. 
 
Komen...Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.  Teringat suatu ketika dahulu..mami pun nyaris tak abis belajar kerana tok abah tak mampu nak bayar yuran semester akhir di ITM Johor...hanya airmata yang berjurai tanpa sepatah kata.... tetapi ada yang prihatin yang menghulurkan bantuan untuk mami tamatkan pengajian...Alhamdullillah...dengan diploma sekeping tulah...kita dapat berjalan jauh ke eropah (8tahun 1/2) dan ke tokyo 3 tahun...dapat jugak mami menampung keperluan keluarga yang masih memerlukan bantuan mami..Alhamdulillah...moga Allah membalas jasa baik mereka2 yang telah membantu mami dahulu secara langsung atau tidak langsung...

2 comments:

  1. Assalam Syg mum

    Nak seribu daya tak nak seribu dalih... Yang akan berjaya adalah orang2 yang berusaha dan bersyukur...amin

    ReplyDelete
  2. Salam Mami, harap dapat dilink blog hamba disini...Terima Kasih beri komen di blog KL BOYZ..

    http://klboyzwangsa.blogspot.com/

    ReplyDelete