BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
SELEPAS berlalunya demonstrasi haram Bersih yang mengakibatkan kesusahan kepada rakyat serta menjejaskan aktiviti ekonomi, kini kita tertunggu-tunggu apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan terhadap Datuk S. Ambiga yang menjadi dalang demonstrasi berkenaan.Majoriti besar rakyat tidak merestui demonstrasi tersebut. Mereka berharap tindakan tegas diambil terhadap Ambiga sebagai mesej jelas bahawa demonstrasi haram tidak harus dijadikan budaya di negara ini. Sesiapa yang melakukannya mesti sedia menerima risiko diambil tindakan berteraskan undang-undang.
Sekalipun telah diberi nasihat Ambiga tetap meneruskan hasrat mengadakan demonstrasi haram. Ini membuktikan kedegilan beliau yang tidak langsung memikirkan akibat perbuatan tersebut kepada rakyat dan negara.
Sewajarnya tindakan keras diambil ke atasnya kerana jika tidak, Ambiga seolah-olah menjadi hero kepada perbuatan tidak direstui sedangkan apa yang dilakukannya menjurus kepada kehancuran negara.
Pelbagai seruan lantang telah pun kedengaran daripada rakyat, umpamanya desakan agar gelaran yang diberikan kepada Ambiga ditarik balik. Sememangnya gelaran hanya sepatutnya diberikan kepada mereka yang benar-benar sayangkan negara dan mematuhi kedaulatan undang-undang.
Selain itu rakyat juga mahu tindakan lain dikenakan kepada Ambiga agar menjadi pengajaran kepadanya serta mereka yang bersekongkol dengannya. Jangan berkompromi dengan mereka yang memudaratkan rakyat dan negara.
Awang – Sayang Malaysia
Komen: Saya pun sayang Malaysia dan sayangkan bangsa saya. Tapi nampaknya bangsa kita mudah mengikut emosi dan menerima ganjaran yang tak seberapa sehingga sanggup menggunakan agama serta menggadaikan maruah diri dan bangsa dengan berdemonstrasi di jalanraya. Yang turun berdemonstrasi tu ketuanya adalah wakil rakyat di Parlimen..dorang tak boleh ke tuntut apa2 ketidak puasan hati mereka melalui saluran yang betul? Tengok anwar berlakon sakit pun sakit hati...mampus terus lagi baik...si Ambiga tu bukannya tak tau...tapi diapun sebenarnya bukan berdemo untuk rakyat...dia berdemo untuk kepentingan sendiri...tapi ramai yg tak nampak...lg dikesalkan apabila anak perempuan mantan PM, turut sama2 berdemo..kemon lah...awak dulu membesar dibawah kuasa Tun M..aman damai...takder demo2 ni...jagalah sikit nama baik ayahnda awak tu... kalau kasih dan cintakan ayahnda...hormatilah dia...ini dia idup lagi awak dh tunjuk perangai yang sebegitu? apa yang awak tak dapat? apa yang awak juangkan?
Assalam Syg mum
ReplyDeleteYang bernama ISA ramai... Tapi kalau ISA yang boleh tahan orang tanpa bicara rasanya tinggal nyawa ikan aje... Dia tunggu bila Twin Tower di bom baru nak guna ISA kot... Anggap aje yang merusuh tu manusia kurang cerdik dan tidak tahu diri mereka jadi keldai pemimpin puak pembangkang terutama DAP
mummy....read this
ReplyDeletehttp://rantingsbymm.blogspot.com/
Mami dah baca dah bie...tu yang rasa marah tu...
ReplyDelete