Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 18, 2011

Bukan Jaminan Tetapi Satu Keperluan..Jangan Politikkan Isu Bahasa, boleh tak?

Fasih bahasa Inggeris bukan jaminan dapat kerja

Susunan Ruhaiza Rusmin
ruhaizarusmin@hmetro.com.my

BAHASA KOMUNIKASI...kepentingan bahasa sebagai medium komunikasi Melayu memang tidak dapat dinafikan.
BAHASA KOMUNIKASI...kepentingan bahasa sebagai medium komunikasi Melayu memang tidak dapat dinafikan. 
ANTARA isu hangat masih terus diperkatakan ialah keupayaan pelajar me�nguasai bahasa Inggeris yang dianggap berada di takuk lama dan tidak memberangsangkan.
Kegagalan menguasai bahasa itu dianggap bukan saja merencatkan masa depan, malah meletakkan mereka dalam kelompok kelas kedua yang bakal ketinggalan dalam persaingan dunia global.


TERBUKTI - Bahasa Melayu bukan bahasa picisan malah sudah terbukti pengiktirafan tinggi daripada masyarakat antarabangsa.

 
Dilema - Ada Majikan tidak mahu menjalankan temuduga dalam Bahasa Melayu hingga menyebabkan dilema dikalangan pencari kerja - Gambar Hiasan


Tidak mahu terus dibelenggu kecaman, pelbagai usaha dilakukan semata-mata mahu memastikan golongan terbabit berjaya menguasai bahasa antarabangsa itu biarpun secara asasnya, penguasaan bahasa Inggeris yang baik bukan jaminan total memperoleh pekerjaan.

Bagaimanapun, di tengah kerancakan itu, masyarakat seolah-olah terlupa kepentingan menguasai bahasa Melayu yang turut sama berperanan dalam pembangunan akademik, sahsiah serta profesionalisme bangsa.


Meskipun mendapat pengiktirafan dunia, hakikatnya masih ramai malu mahu menuturkannya dengan alasan ‘takut jatuh standard’ sehingga bahasa itu seolah-olah menjadi asing di kalangan masyarakat.

Persoalannya, apakah bahasa Melayu tidak berperanan besar membantu pelajar memasarkan diri dalam arena pekerjaan, sekali gus gagal menawan hati majikan?

Atau sebenarnya, pelajar sendiri malu menutur dan memartabatkannya hingga ia menjadi ‘bahasa diskriminasi’ serta dianggap bahasa kelas bawahan bagi mereka yang mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik?

Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin berkata, tanggapan mengaitkan bahasa Melayu sebagai bahasa picisan lahir daripada ketaksuban mengagungkan bahasa asing.

Beliau berkata, keadaan bertambah kritikal apabila wujud tanggapan dangkal mengenai kepentingan bahasa Inggeris di pasaran semasa hingga mengakibatkan kelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda semakin terpinggir.

“Hakikatnya, fungsi bahasa bukan saja mencerminkan perpaduan atau konsep jati diri secara individu, malah mengimbangi semua keperluan semasa. Ia medium interaksi menyampaikan maksud dan melaksanakan tanggungjawab.

“Peranan bahasa sama ada Melayu atau Inggeris bukan fokus utama namun bertukar menjadi kepentingan apabila dipraktikkan dalam sudut tertentu hingga akhirnya menjejaskan fungsi bahasa lain.

“Keperluan dan kehendak persekitaran menjadikan bahasa Inggeris lebih mendominasi kerana masyarakat sendiri mengiktirafnya sebagai bahasa global hingga menenggelamkan bahasa lain termasuk bahasa Melayu,” katanya.

Tidak menolak kepentingan menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi dunia, namun meminggirkan bahasa Melayu dalam konteks pendidikan atau sebagai bahasa picisan tidak boleh dilakukan terutama di kalangan warga berpendidikan institusi pengajian tinggi.

Menurutnya, ia bukan saja menimbulkan ketaksuban terhadap bahasa luar, malah memecah-belahkan pelajar kepada dua kelompok iaitu mereka yang fasih dianggap terbaik manakala tidak sebagai golongan bertaraf kelas kedua.

“Ini sekali gus mewujudkan jurang dan ketidakadilan dalam penilaian pelajar. Bayangkan, hanya kerana tidak fasih berbahasa Inggeris, mereka dianggap tidak layak atau kurang berkemampuan.

“Walaupun diakui, pelajar yang fasih berbahasa Inggeris lebih menonjol, tiada siapa dapat memberi jaminan mereka boleh melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

“Ini bukan prejudis namun sebagai contoh perbandingan, bahasa tidak boleh dijadikan penilaian untuk memberi kredit kepada pelajar,” katanya mengakui pelajar yang cemerlang menguasai bahasa Melayu boleh melakukannya untuk bahasa Inggeris namun belum tentu sebaliknya.

“Bahasa Melayu sangat kompleks kerana mempunyai banyak keindahan bahasa yang tersembunyi, berbentuk kiasan, puitis dan indah. Berbanding bahasa Inggeris, ia lebih mudah dan tidak memerlukan penghayatan mendalam.

“Pelajar yang boleh menguasai bahasa Melayu, selalunya boleh menguasai bahasa Inggeris namun keadaan menjadi sukar sebaliknya,” katanya.

Tambah memburukkan keadaan, keengganan sebahagian majikan yang terlalu mementingkan kefasihan bahasa asing menyebabkan pelajar terpaksa berhempas-pulas mempelajari bahasa lain sehingga menyebabkan bahasa Melayu terpinggir.

“Bayangkan ada majikan langsung tidak memandang keperluan bahasa Melayu sewaktu menemu duga calon.

“Kita faham, bidang kerjaya memang mementingkan bahasa Inggeris, namun biarlah berpada dan mengikut kesesuaian.

“Apa salahnya menggunakan bahasa Melayu, adakah jatuh standard atau lekeh?

“Seharusnya bahasa Melayu mendapat tempat utama dan istimewa di kalangan semua dan perlu dimartabatkan tanpa mengira bangsa, latar belakang dan sebagainya,” katanya.

Beliau juga menafikan bahasa Melayu tidak boleh memberi impak hebat seperti bahasa lain kerana masyarakat antarabangsa sudah berlumba-lumba mempelajarinya.

“Jika bangsa luar menyokong, mengapa tidak kita sedangkan ia sudah dimartabatkan sebagai bahasa dunia,” katanya.

INFO:

SEBAGAI usaha memartabatkan bahasa Melayu, Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan diadakan pada Oktober setiap tahun. Sambutan yang mula diperkenalkan pada 2009 ini juga antara lain bertujuan memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia dengan menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan
Komen:  Kalau nak martabatkan Bahasa Melayu ni, bukan hanya kepada bangsa melayu sebab bangsa melayu dan tentu bercakap dalam bahasa melayu...walaupun ada masa mereka berbahasa omputih...kita kena suruh bangsa lain yang berkerakyatan malaysia ni belajar bahasa melayu sebab dalam ic tercatat warganegara malaysia..tapi cakap pelat macam GRO yg datang dari tanah besar...tapi bagi melayu yang menguasai bahasa selain dari bahasa melayu..syabas diucapkan..walaupun penulis kata ia bukan jaminan...tetapi ianya adalah satu kelebihan dan bonus bagi mereka yang dapat menguasainya dengan baik.  mungkin penulis merujuk kepada rakyat Malaysia yang lain..bercakap bahasa ibunda mereka dan berbahasa inggeris dengan baik..tetapi tidak dapat menguasai bahasa malaysia..ini yang patut kita kesalkan...kerana kemana duduk pun anak melayu, kita tetap boleh bercakap bahasa melayu...saya duduk luarnegara 12 tahun..2 anak lahir di sana..anak saya boleh menguasai bahasa inggeris dan itali dengan baik..tetapi semenjak balik dari luarnegara...anak2 saya juga menguasai bahasa melayu dengan baik..lebih baik dari anak2 cina yang duduk dimalaysia ni...

1 comment:

  1. Assalam syg mum

    Selalunya yg bercakap ni terlepas pandang... bukan nya orang Melayu tak pandai berbahasa Melayu.. tu orang India dan cina yang tak pandai cakap pun jadi warganegara... sekolah pun berasingan...Apa cerita.. rasanya penulis ni ketinggalan BAS kot....

    ReplyDelete