Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, July 29, 2011

Anak Seberang: Gaddafi diramal bunuh diri!

Kita jangan percaya dengan apa sahaja alasan US untuk menakluk negara Islam. Serangan terhadap Libya tentunya mempunyai sebab yang kita sebagai orang dari luar tidak ketahui, sila baca Anak Seberang: Gaddafi diramal bunuh diri!
dan juga komentar dari zekzek....dan fikirkan...jangan Malaysia pula selepas ini udah lah...

Thursday, July 28, 2011

... L I S T E D ! ! !: SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

Saya sokong 200%, dan bukan saya sajer yang sokong, cuba baca link di bawah untuk membuka mata dan minda kita terhadap apa yang telah terjadi kepada sistem persekolahan kita...cuba buang politik jauh2 dari isu2 seperti persekolahan dan agama kalau kita mau Malaysia akan datang lebih harmoni dan lebih selamat.
... L I S T E D ! ! !: SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA

Wednesday, July 27, 2011

PAS Pusat tolak Biometrik?...Habis dia nak pakai apaaaa????

PAS Pusat tolak guna biometrik

Oleh Haspaizi Mohd Zain dan Syed Azwan Syed Ali
2011/07/27, Berita Online.

Keputusan bercanggah dengan pendirian Mursyidul Am

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa PAS Pusat semalam menolak penggunaan sistem biometrik dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum akan datang, sekali gus bercanggah dengan kenyataan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyokong penggunaan sistem berkenaan.

Keputusan itu dibuat kerana sistem biometrik didakwa tidak mampu untuk menghalang daripada seseorang individu mengundi lebih daripada sekali, selain sistem berkenaan dikatakan gagal mengatasi beberapa kelemahan yang ada kini. 

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, berkata selagi SPR gagal untuk membersihkan senarai nama pemilih seperti dikehendaki, maka penggunaan sistem biometrik akan membuka lebih luas ruang kepada berlakunya penipuan dalam pilihan raya. 
“PAS membuat keputusan menolak penggunaan sistem biometrik, cadangan ini datangnya daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak). Penggunaan sistem ini tidak mampu menyelesaikan masalah mengundi dua kali, PAS juga ada bukti terdapat senarai 500 nama pemilih bertindih dalam senarai daftar pemilih.

“Biometrik hanya boleh mengesahkan nama seseorang itu berada dalam senarai daftar pemilih ataupun pengundi, tetapi tidak boleh menghalang sesetengah individu mengundi untuk dua kali. Oleh itu kami tetap menuntut penggunaan dakwat kekal,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu serta dua lagi Naib Presiden iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Semalam akhbar melaporkan, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau menyokong sistem biometrik yang akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang sekiranya terbukti tiada penyelewengan dalam pelaksanaannya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pula berkata parti itu tetap dengan pendirian mendesak SPR supaya menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang bagi mengelak masalah pengundi hantu.

“Begitu juga dengan pendaftaran pemilih secara automatik, kita pelik bagaimana SPR boleh bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam pengendalian biometrik ini, tetapi tidak boleh bekerjasama dalam mengendalikan pendaftaran pemilih secara automatik,” katanya dalam kenyataan di laman blog peribadinya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pendirian parti itu yang tidak konsisten dalam tuntutannya bagi membersihkan pilihan raya daripada pengundi hantu, membuktikan bahawa PAS adalah parti ortodok.

Katanya, ini kerana penggunaan dakwat yang digunakan di negara yang tidak maju, tidak akan berjaya mengekang masalah pengundi hantu dan mengundi dua kali.

“Jangan terburu-buru eloklah bagi peluang kepada SPR... Jangan ambil pendekatan SPR itu (memperkenalkan sistem biometrik) sebagai pendekatan politik.

“SPR mungkin hendak bantu supaya masyarakat menilai sistem baik atau tidak. Biarlah PAS bersikap munasabah tapi kalau PAS bersikap begitu memanglah perangai dia begitu. Kita tahu, cara dia menolak sesuatu yang baik,” katanya. 
Komen:  abis dia nak camaner lagi?? bodo betullah si husam ni...kalau dah thumb print tu takkan ada duanya...it's unique...dari situlah kita boleh tau ada ke tak pengundi hantu ni...dia boleh pakai sepuluh nama...tapi dia akan ada satu thumb print ajer... tak taulah kalau husam nak tunggu yang boleh pakai kepala lutut punya....baru dia setuju agaknya...

Nak lepas hukuman? Mengaku ajelah diri gila...

Peguam akui penyerang gila
2011/07/27, Berita Online

pix_gal0
Breivik puji Jepun, Korea Selatan kurang terima imigran Muslim

OSLO: Lelaki yang mengganas di Norway, Anders Behring Breivik, berkemungkinan besar gila, kata peguam bela penyerang itu selepas anak guamnya mengaku anti-Islam dan bertanggungjawab meletupkan bom serta menembak mati 76 orang dalam keganasan terburuk di negara berkenaan.

“Kes ini keseluruhannya menunjukkan dia gila,” kata Geir Lippestad sambil menekankan masih terlalu awal untuk Breivik akan mengaku tidak waras ketika melakukan keganasan terbabit. 

Lippestad juga memberitahu, Breivik, 32, memberitahunya dia adalah sebahagian daripada rangkaian anti-Islam membabitkan dua kumpulan di Norway dan beberapa lagi kumpulan di negara luar. 

Bagaimanapun polis Norway meragui dakwaannya dan percaya hanya dia saja yang merancang dan melakukan keganasan itu.

Lebih 100,000 penduduk Norway mengadakan perhimpunan di Oslo malam Isnin lalu, ramai membawa bunga ros putih dan merah ketika berkabung mangsa keganasan 22 Julai itu.

Berpuluh-puluh ribu lagi turut mengadakan perarakan dan berkabung di beberapa bandar dari Tromsoe sehingga ke Bergen.

Sementara itu, dalam pendedahan terbaru minda penyerang, Breivik menyifatkan Jepun sebagai negara contoh kerana tidak mengamalkan dasar kepelbagaian budaya, lapor agensi berita Kyodo.

Dalam manifesto 1,500 muka surat yang disiarkan online sejurus sebelum berlaku pembunuhan itu, Breivik melantik dirinya mengetuai misi menyelamatkan Eropah daripada ancaman Islam, pendatang asing dan pelbagai budaya luar.

Dalam dokumen itu, Breivik memuji Jepun kerana tidak membenarkan ramai orang Islam berhijrah ke negara itu, walaupun ia tidak mempunyai larangan terhadap etnik atau kumpulan agama tertentu.

Penduduk asing hanya mencatat 1.7 peratus daripada penduduk Jepun dengan China mencatatkan kumpulan paling besar diikuti etnik Korea, ramai yang berasal daripada penduduk yang dipaksa ke Jepun sebelum penjajahan berakhir di semenanjung Korea pada 1945.

Breivik turut memuji Korea Selatan kerana mempunyai peratusan rendah seperti negara itu bagi penduduk asing, kata Kyodo. – Reuters

Komen:  Mudahnya nak lepaskan diri ya.....tapi kenapa US tak kata Osama bin Laden giler ek...

Adakah kita penagih?

Ketagih Facebook, Marah Jika Tak Guna Internet

2011/07/27,
Bharian Online

NEW YORK: Beberapa kajian terbaru terhadap pengaruh web sosial Facebook, Twitter dan Google mendapati laman sosial itu juga mencetuskan ketagihan umpama dadah.

Penagih kategori baru itu bertindak seperti orang yang tidak diberi dadah apabila dipaksa untuk tidak menggunakan internet dan media elektronik yang lain. 

Kesannya kepada golongan yang ketagih laman web itu seperti keadaan orang mabuk yang bergantung kepada arak sebagai satu cara untuk membantunya bersosial. Selain itu, penagih online percaya orang yang tidak menyertai lebuh raya mega maklumat, bergiat dalam menghantar mesej pesanan ringkas dan pesanan cepat adalah golongan yang sangat membosankan, lapor New York Post.

“Sikap tidak menggunakan teknologi dianggap terlalu sukar untuk dielakkan bagi sesetengah pihak sama seperti berhenti merokok atau minum arak,” kata firma penyelidikan Intersperience mengenai kajian terbaru terhadap mereka disekat daripada menggunakan teknologi online.
Menurut kajian itu, 53 peratus daripada 1,000 orang yang terbabit dalam kajian melaporkan yang mereka merasa marah apabila tidak menggunakan internet.

Kajian itu juga mendapati, 40 peratus responden merasa sunyi jika tidak menggunakan kemudahan online.

Sementara itu, dalam satu lagi kajian di Britain, satu pertiga ibu bapa di negara itu beranggapan internet mengancam anak mereka dan 80 peratus kanak-kanak ketagih laman web sosial seperti Facebook dan Twitter. – Agensi 

Komen:   Apa sekalipun kalau tidak dikawal akan membuatkan kita ketagih...kalau ketagihan itu membawa kepada kebaikan...oklah kan .... tapi sendiri kena ingatlah...kalau dah tau benda yang diketagihkan itu boleh membawa kemudaratan kepada diri sendiri, isteri dan anak-anak serta keluarga, baiklah berhenti sebab kita takkan tau akibatnya kemudian nanti terhadap org2 yang kita sayang.....dengan adanya internet hari ni...memudahkan banyak perkara..dan ianya telah menjadi satu keperluan...tetapi dengan banyaknya kes perjudian online, melayari laman lucah, membaca cerita2 lucah, menyebarkan fitnah...kecurangan, penipuan dsbnya...kemudahan dan keperluan ini telah menjadi satu penyakit sosial pulak....telah ramai yang bercerai kerana kecurangan yang bermula dari laman sosial ini......peringatan ini untuk diri penulis sendiri dan daddy juga...ingat mengingati penting dalam perhubungan kan daddy...

Tuesday, July 26, 2011

Sesama sendiri bertelagah...umat islam lain terus menerus melakukan dosa......tak boleh ke sepakat???

Fatwa hukum merokok bercanggah

KUALA LUMPUR 25 Julai – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan dilihat bercanggah pendapat mengenai hukum merokok apabila satu pihak mengatakan ia makruh manakala satu pihak lagi memfatwakannya sebagai haram.

Menurut Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha, perbuatan merokok adalah makruh selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan atau mengganggu kesihatan para penghisapnya.

Namun katanya, hukum merokok bertukar haram apabila perbuatan itu jelas mengganggu kesihatan atau mendatangkan kemudaratan kepada orang yang mengambil bahan itu.

“Pengharaman rokok tidak boleh disamakan dengan pengharaman arak dan khinzir sebab arak dan khinzir jelas diharamkan dalam al-Quran dan hadis tetapi bagi rokok tidak ada.

“Ulama berselisih pendapat dalam pengharaman rokok dan ia lebih kalau mendatangkan mudarat,” katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Penyampaian Sumbangan dan Pelancaran Ihya Ramadan Peringkat Kebangsaan di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin.

Dalam pada itu, Abdul Shukor berkata, fatwa pengharaman rokok telah lama diwartakan oleh majlis tersebut iaitu sejak 1995 dan ia kekal sehingga sekarang.

Katanya, pengharaman itu berdasarkan tiga sebab iaitu merokok membahayakan kesihatan para penggunanya, mendatangkan kemudaratan kepada orang di sekeliling perokok serta alam sekitar dan perbuatan tersebut menjurus kepada pembaziran.

Bagaimanapun, beliau mengakui pengharaman rokok adalah tidak seragam dan setakat ini ia hanya diwartakan di dua buah negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor.

Justeru, beliau meminta negeri-negeri lain supaya segera mewartakan pengharaman rokok bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam.

“Kita tidak boleh menguatkuasakan pengharaman rokok kerana walaupun dari segi hukum syarak sudah jelas ia haram tetapi apabila kita buat fatwa, dari segi penguatkuasaan ia mesti fatwa yang digazet.

“Peringkat pusat iaitu Majlis Fatwa Kebangsaan tidak boleh menggazetkan fatwa, yang boleh gazetkan fatwa adalah di peringkat majlis agama negeri dan perkara agama adalah di bawah bidang kuasa negeri,” jelasnya.

Monday, July 25, 2011

Harap "kita" lebih berhati-hati...

 

Blog, facebook bukan kewartawanan sebenarOleh Imlan Adabi
2011/07/25, Bharian Online

Media internet jadi senjata penulis tak beretika racuni minda masyarakat

TIDAK ramai yang mengenali Amizudin Ahmat sebelum ini. Dia sekadar penulis blog yang tulisannya kurang mendapat perhatian umum. Tetapi gara-gara ‘laporan’ yang dimuatkan dalam blognya, dia akhirnya disebut dan ada yang mempercayai kebenarannya.

Bagaimanapun, pengendali laman sharpshooterblogger.blogspot.com yang diheret ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terpaksa akur kepada kebenaran fakta. Dalam bidang kewartawanan, ketepatan dan kesahihan fakta bakal menentukan kewibawaan sesebuah berita dan rencana. Hal ini yang membezakan kewartawanan sebenar dengan penulis blog, portal berita dan catatan di facebook. 

Tradisi kewartawanan yang ada di media arus perdana dan stesen penyiaran berdasarkan fakta dan etika, berbeza tulisan di laman web dan blog yang boleh menulis apa saja, termasuk menuduh seseorang melakukan perbuatan rogol atau bunuh tanpa sebarang bukti.
Amizudin diarah membayar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim RM400,000 berhubung satu artikel berkaitan dakwaan merogol pembantu rumah Indonesia.

Pada 1 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga ahli jawatankuasa Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung artikel yang disiarkan dalam blognya pada 28 Disember lalu.

Dalam penghakimannya, Hakim Zabariah Mohd Yusof, berkata selepas mengambil kira fakta dan bentuk fitnah yang dilakukan oleh Amizudin dalam blognya dan juga nilai wang semasa, jumlah yang diberikan kepada Rais adalah munasabah.

Hakim mendapati fitnah yang dibuat itu adalah sangat serius, dan jika seseorang itu mempercayainya, bukan saja reputasi Rais akan terjejas pada peringkat nasional dan antarabangsa, tetapi yang lebih penting ialah kesannya terhadap kehidupan Rais dan keluarga. Mahkamah memutuskan tidak ada keterangan yang boleh mengaitkan Rais dengan perbuatan salah laku sehingga mendorong Amizudin mengeluarkan artikel berkenaan.

Zabariah berkata, fitnah itu membabitkan perbuatan merogol seorang individu dari negara lain dan ini satu tuduhan paling kotor yang dibuat terhadap seseorang.

Katanya, artikel itu diterbitkan dalam satu laman blog yang dapat diakses oleh sesiapa saja, termasuk di luar negara.

Kes terbaru ini membuktikan isu blog dan internet tidak pernah reda. Penulis bebas menulis apa saja seolah-olah mereka mengetahui setiap kejadian dan boleh berperanan sebagai hakim untuk menentukan seseorang melakukan kesalahan.

Sebelum ini seorang kerani bank menjadi individu pertama disabitkan kesalahan menggunakan aplikasi lucah menerusi internet bagi tujuan komersial, didenda RM30,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Sesyen Klang pada 27 Mei lalu.

Hakim Slamat Yahya menjatuhkan hukuman terhadap Tajulzairi Tajuddin, apabila dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan menggunakan perkhidmatan aplikasi internet dengan memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersial.

Seorang belia berusia 29 tahun pula ditahan di Kelantan selepas tulisan dalam blognya menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar. Selepas dua hari menyembunyikan diri, penulis blog Adukataruna, akhirnya ditahan di Kota Bharu, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar. Dia disiasat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 0gos 2008, penulis blog Penarik Beca, Abu Bakar Mohd Rashid, ditahan kerana meletakkan gambar anjing pada logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam blognya yang disifatkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sebagai penghinaan kepada pasukan itu dan cubaan menghasut orang ramai membenci polis.

Penulis dan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin pula ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada September 2008 kerana didapati boleh mengganggu dan mengancam keselamatan serta ketenteraman awam.

Seorang lagi penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditahan mengikut Akta Hasutan pada September 2008 kerana membuat cadangan di laman blognya supaya bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik ketika menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.

Semua mereka yang dikaitkan di atas tidak mempunyai latar belakang kewartawanan dan perundangan. Mereka menjadikan blog sebagai senjata untuk menulis apa saja, termasuk menghina dan mencerca peribadi orang lain, termasuk insan yang sudah meninggal dunia.

Jika internet yang sepatutnya digunakan untuk menyebarkan maklumat diseleweng, kita tidak tahu bagaimana pembaca boleh menghargai sebarang bentuk tulisan yang boleh memberi kesan kepada masyarakat itu sendiri.

Amat malang jika teknologi maklumat disalah guna kerana ledakan media penyiaran sepatutnya seiring perkembangan tamadun manusia itu sendiri.

Penulis juga mendapati beberapa catatan di facebook tidak terkecuali mempunyai unsur yang boleh dikaitkan dengan Akta Hasutan. Isu perhimpunan haram 9 Julai disensasikan. Ada yang menggunakan facebook untuk mengecam pihak yang bertentangan fahaman politik. Tidak terkecuali juga media sosial menjadi alat menjatuhkan hukuman kepada pihak lawan.

Jika keadaan ini berterusan, laman web, blog dan facebook sekadar media murahan yang bertentangan konsep sebenar media baru. Kita tentunya rugi jika tradisi kewartawanan diperlekehkan oleh segelintir golongan yang jahil. Tentunya lebih rugi jika penulis tidak berilmu terus kekal dengan laporan yang tidak manusiawi!

Friday, July 22, 2011

KADANGKALA DALAM KERIUHAN TERSELIT KESEPIAN

 
 
 
Sepi hati terjadi lagi 
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku 
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja
 
Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu
 
Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau 
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi
semua 
aku tetap diam

Woo.. sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi
semua
aku tetap diam

Tazkirah Pagi Jumaat Yang Mulia

Hadis yang Menarik


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki  itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang  betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan  Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau  apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu.  Aku tidak  boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di  hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana 'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...
Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
Syaitan  kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung

Wednesday, July 20, 2011

Zaman Rasulullah Saw Dulu ada ke PARTI PAS?

Ramai mengkafir sesama Islam kerana politik - Mahathir

Utusan Malaysia Online, 20 Julai 2011

KUALA LUMPUR 19 Julai - Terdapat sebahagian umat Islam di negara ini terlalu mudah dikelirukan hingga sanggup mengkafirkan sesama agama yang menjalinkan kerjasama dengan orang bukan Islam apabila pemimpin mereka berpendirian sedemikian.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, mereka begitu fanatik dan akan mengutuk serta mengkafirkan golongan Islam yang menjalinkan kerjasama dengan bukan Islam.

Bagaimanapun katanya, jika pada esoknya pemimpin mereka mengatakan perkara sebaliknya iaitu kerjasama dengan bukan Islam dibenarkan, para penyokong mereka sedia melupakan tuduhan kafir yang dilemparkan sebelum ini.

"Orang Islam seperti ini mudah dikelirukan. Sekiranya pemimpin mereka kata siapa yang menjalinkan kerjasama dengan orang bukan Islam sebagai kafir, maka kafirlah orang Islam berkenaan.

"Namun, apabila pemimpin sama mengatakan boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam pada keesokannya, maka mereka akan kata ya, sekali gus melupakan tuduhan kafir kepada pihak satu lagi," katanya.

Mahathir berkata demikian dalam blognya di http://chedet.cc/blog/ hari ini.

Dalam blog itu, beliau turut mengulas mengenai kemunduran dan kemiskinan yang dialami oleh dunia Islam ketika ini dan kegagalan negara-negara tersebut muncul sebagai negara membangun.

"Soalnya sekarang kegagalan ini bukan disebabkan agama. Islam yang dibawa oleh Rasulullah 1,400 tahun lalu telah didatangkan dengan cukup sempurna.

"Namun, selepas zaman Rasulullah, telah berlaku penafsiran tentang agama oleh para sarjana Islam yang tulen serta golongan yang mengaku pakar tetapi sebenarnya penipu.

"Keadaan ini menyebabkan sebahagian daripada penafsiran ini berbeza sama sekali dengan Islam yang sebenar," ujarnya.

Di Malaysia katanya, terdapat pertubuhan al-Arqam dan Ayah Pin yang secara terang kedua-dua fahamannya bertentangan dengan Islam.

"Dua fahaman ini mempunyai pengikut masing-masing. Mereka percaya dengan apa yang dibawa oleh kedua-dua fahaman ini. Dalam dunia Islam yang lain terdapat banyak kumpulan yang serupa dengan al-Arqam dan Ayah Pin," ujarnya.

Dalam perkembangan sama beliau berkata, sudah tiba masanya umat Islam kembali mengamalkan ajaran Islam sebenar dengan menjadikan al-Quran dan hadis sebagai rujukan paling utama supaya negara-negara Islam mampu bangkit seperti negara-negara yang lain.

Komen:  Mereka sahaja yang islam...yang akan ke syurga...yang bukan ahlul parti mereka akan terus ke neraka...dulu takleh duk dekat ngan DAP sebab haram bekerjasama dengan kapir ...nanti jadi macam UMNO bekerjasama ngan MCA O MIC....sekarang ni berlaga2 idung ngan LimKitSiang, KarpalSingh,LGE... boleh plak eh..

Monday, July 18, 2011

Ilmu itu untuk ditimba dan dipelajari tanpa mengira latarbelakang dan asal usul kita.. SYABAS

Anak drebar lori terbaik di MSU
 

Oleh Khairina Yasin
kayrina@bharian.com.my
2011/07/18

MISRA menunjukkan pingat emas yang diterimanya kepada ibu, Asmawati M Yunus dan bapanya, Firdaus Sajab selepas majlis konvokesyen MSU di Shah Alam, semalam.
MISRA menunjukkan pingat emas yang diterimanya kepada ibu, Asmawati M Yunus dan bapanya, Firdaus Sajab selepas majlis konvokesyen MSU di Shah Alam, semalam.
Misra Helma jadi doktor walaupun pernah berdepan masalah kewangan

SHAH ALAM: Impian Misra Helma Firdaus bergelar doktor suatu ketika dulu hampir berkecai akibat masalah kewangan dihadapi keluarganya untuk menampung yuran pengajian perubatannya di universiti luar negara. 

Namun harapannya kembali bersinar apabila berjaya menggenggam Bacelor Sains Perubatan selain muncul penerima Anugerah Pingat Emas Canselor pada Majlis Konvokesyen ke-9, Management & University Science (MSU), di sini, semalam. 

Kini meneruskan pengajian Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan di universiti sama, Misra menyifatkan keputusannya meneruskan pengajian di MSU nyata tidak sia-sia apabila impiannya kini bakal menjadi kenyataan.

“Selepas tamat pengajian Diploma Teknologi Perubatan di Kolej PTPL, saya dapat tawaran pengajian perubatan di Universiti Padjadjaran, Bandung, Indonesia.

“Namun segala-galanya musnah selepas saya gagal melunaskan baki yuran pengajian sebanyak RM25,000 dalam tempoh yang ditetapkan menyebabkan saya gagal mulakan pengajian.

“Pada awalnya saya cukup kecewa dan bersyukur apabila peluang masih terbuka buat saya apabila mendapat tawaran bidang pengajian sama di MSU. Sejak itu saya berazam untuk belajar bersungguh-sungguh demi capai cita-cita selain tekad membebaskan keluarga saya dari belenggu kemiskinan.

“Bapa saya hanyalah pemandu lori, ibu pula suri rumah, kalau bukan saya yang mengubah nasib keluarga, siapa lagi?” katanya.

Selain cemerlang dalam akademik, anak sulung dari empat beradik itu turut membuktikan pencapaiannya dalam aktiviti kokurikulum khususnya dalam seni silat sehingga muncul sebagai presiden dan jurulatih Kelab Seni Gayung Fatani MSU.

Antara kejayaan pernah dicapai Misra ialah Juara Persembahan Dunia Melayu Dunia Islam 2011, wakil Malaysia dalam International Martial Arts di Paris, Perancis 2010 dan juara Silat Melayu Kebangsaan 2008.

Misra adalah antara 537 graduan yang menerima diploma dan ijazah masing-masing pada majlis konvokesyen kali ini yang disempurnakan Canselor MSU, Sultanah Kedah Sultanah Haminah Hamidun.

Daripada jumlah itu, 26 graduan cemerlang dipilih menerima anugerah masing-masing iaitu lima penerima Anugerah Presiden, Anugerah Akademik (tujuh), Anugerah Mohd Shukri Yajid (satu) serta Anugerah Industri (12).

Terdahulu, Mohd Shukri dalam ucapannya berkata, majlis konvokesyen kali ini cukup bersejarah kerana berlangsung sempena sambutan ulang tahun ke-30 institusi berkenaan tahun ini.

Sepanjang tempoh itu katanya, MSU berjaya membuktikan komitmennya dalam melahirkan modal insan terbaik menerusi penekanan penawaran pengajian yang relevan dengan keperluan semasa.

“Kita akan terus memperkasakan budaya kecemerlangan ilmu ke tahap yang lebih membanggakan sejajar dengan usaha membantu negara mencapai hab kecemerlangan pengajian tinggi global,” katanya. 
 
Komen...Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.  Teringat suatu ketika dahulu..mami pun nyaris tak abis belajar kerana tok abah tak mampu nak bayar yuran semester akhir di ITM Johor...hanya airmata yang berjurai tanpa sepatah kata.... tetapi ada yang prihatin yang menghulurkan bantuan untuk mami tamatkan pengajian...Alhamdullillah...dengan diploma sekeping tulah...kita dapat berjalan jauh ke eropah (8tahun 1/2) dan ke tokyo 3 tahun...dapat jugak mami menampung keperluan keluarga yang masih memerlukan bantuan mami..Alhamdulillah...moga Allah membalas jasa baik mereka2 yang telah membantu mami dahulu secara langsung atau tidak langsung...

Bukan Jaminan Tetapi Satu Keperluan..Jangan Politikkan Isu Bahasa, boleh tak?

Fasih bahasa Inggeris bukan jaminan dapat kerja

Susunan Ruhaiza Rusmin
ruhaizarusmin@hmetro.com.my

BAHASA KOMUNIKASI...kepentingan bahasa sebagai medium komunikasi Melayu memang tidak dapat dinafikan.
BAHASA KOMUNIKASI...kepentingan bahasa sebagai medium komunikasi Melayu memang tidak dapat dinafikan. 
ANTARA isu hangat masih terus diperkatakan ialah keupayaan pelajar me�nguasai bahasa Inggeris yang dianggap berada di takuk lama dan tidak memberangsangkan.
Kegagalan menguasai bahasa itu dianggap bukan saja merencatkan masa depan, malah meletakkan mereka dalam kelompok kelas kedua yang bakal ketinggalan dalam persaingan dunia global.


TERBUKTI - Bahasa Melayu bukan bahasa picisan malah sudah terbukti pengiktirafan tinggi daripada masyarakat antarabangsa.

 
Dilema - Ada Majikan tidak mahu menjalankan temuduga dalam Bahasa Melayu hingga menyebabkan dilema dikalangan pencari kerja - Gambar Hiasan


Tidak mahu terus dibelenggu kecaman, pelbagai usaha dilakukan semata-mata mahu memastikan golongan terbabit berjaya menguasai bahasa antarabangsa itu biarpun secara asasnya, penguasaan bahasa Inggeris yang baik bukan jaminan total memperoleh pekerjaan.

Bagaimanapun, di tengah kerancakan itu, masyarakat seolah-olah terlupa kepentingan menguasai bahasa Melayu yang turut sama berperanan dalam pembangunan akademik, sahsiah serta profesionalisme bangsa.


Meskipun mendapat pengiktirafan dunia, hakikatnya masih ramai malu mahu menuturkannya dengan alasan ‘takut jatuh standard’ sehingga bahasa itu seolah-olah menjadi asing di kalangan masyarakat.

Persoalannya, apakah bahasa Melayu tidak berperanan besar membantu pelajar memasarkan diri dalam arena pekerjaan, sekali gus gagal menawan hati majikan?

Atau sebenarnya, pelajar sendiri malu menutur dan memartabatkannya hingga ia menjadi ‘bahasa diskriminasi’ serta dianggap bahasa kelas bawahan bagi mereka yang mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik?

Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin berkata, tanggapan mengaitkan bahasa Melayu sebagai bahasa picisan lahir daripada ketaksuban mengagungkan bahasa asing.

Beliau berkata, keadaan bertambah kritikal apabila wujud tanggapan dangkal mengenai kepentingan bahasa Inggeris di pasaran semasa hingga mengakibatkan kelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda semakin terpinggir.

“Hakikatnya, fungsi bahasa bukan saja mencerminkan perpaduan atau konsep jati diri secara individu, malah mengimbangi semua keperluan semasa. Ia medium interaksi menyampaikan maksud dan melaksanakan tanggungjawab.

“Peranan bahasa sama ada Melayu atau Inggeris bukan fokus utama namun bertukar menjadi kepentingan apabila dipraktikkan dalam sudut tertentu hingga akhirnya menjejaskan fungsi bahasa lain.

“Keperluan dan kehendak persekitaran menjadikan bahasa Inggeris lebih mendominasi kerana masyarakat sendiri mengiktirafnya sebagai bahasa global hingga menenggelamkan bahasa lain termasuk bahasa Melayu,” katanya.

Tidak menolak kepentingan menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi dunia, namun meminggirkan bahasa Melayu dalam konteks pendidikan atau sebagai bahasa picisan tidak boleh dilakukan terutama di kalangan warga berpendidikan institusi pengajian tinggi.

Menurutnya, ia bukan saja menimbulkan ketaksuban terhadap bahasa luar, malah memecah-belahkan pelajar kepada dua kelompok iaitu mereka yang fasih dianggap terbaik manakala tidak sebagai golongan bertaraf kelas kedua.

“Ini sekali gus mewujudkan jurang dan ketidakadilan dalam penilaian pelajar. Bayangkan, hanya kerana tidak fasih berbahasa Inggeris, mereka dianggap tidak layak atau kurang berkemampuan.

“Walaupun diakui, pelajar yang fasih berbahasa Inggeris lebih menonjol, tiada siapa dapat memberi jaminan mereka boleh melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

“Ini bukan prejudis namun sebagai contoh perbandingan, bahasa tidak boleh dijadikan penilaian untuk memberi kredit kepada pelajar,” katanya mengakui pelajar yang cemerlang menguasai bahasa Melayu boleh melakukannya untuk bahasa Inggeris namun belum tentu sebaliknya.

“Bahasa Melayu sangat kompleks kerana mempunyai banyak keindahan bahasa yang tersembunyi, berbentuk kiasan, puitis dan indah. Berbanding bahasa Inggeris, ia lebih mudah dan tidak memerlukan penghayatan mendalam.

“Pelajar yang boleh menguasai bahasa Melayu, selalunya boleh menguasai bahasa Inggeris namun keadaan menjadi sukar sebaliknya,” katanya.

Tambah memburukkan keadaan, keengganan sebahagian majikan yang terlalu mementingkan kefasihan bahasa asing menyebabkan pelajar terpaksa berhempas-pulas mempelajari bahasa lain sehingga menyebabkan bahasa Melayu terpinggir.

“Bayangkan ada majikan langsung tidak memandang keperluan bahasa Melayu sewaktu menemu duga calon.

“Kita faham, bidang kerjaya memang mementingkan bahasa Inggeris, namun biarlah berpada dan mengikut kesesuaian.

“Apa salahnya menggunakan bahasa Melayu, adakah jatuh standard atau lekeh?

“Seharusnya bahasa Melayu mendapat tempat utama dan istimewa di kalangan semua dan perlu dimartabatkan tanpa mengira bangsa, latar belakang dan sebagainya,” katanya.

Beliau juga menafikan bahasa Melayu tidak boleh memberi impak hebat seperti bahasa lain kerana masyarakat antarabangsa sudah berlumba-lumba mempelajarinya.

“Jika bangsa luar menyokong, mengapa tidak kita sedangkan ia sudah dimartabatkan sebagai bahasa dunia,” katanya.

INFO:

SEBAGAI usaha memartabatkan bahasa Melayu, Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan diadakan pada Oktober setiap tahun. Sambutan yang mula diperkenalkan pada 2009 ini juga antara lain bertujuan memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia dengan menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan
Komen:  Kalau nak martabatkan Bahasa Melayu ni, bukan hanya kepada bangsa melayu sebab bangsa melayu dan tentu bercakap dalam bahasa melayu...walaupun ada masa mereka berbahasa omputih...kita kena suruh bangsa lain yang berkerakyatan malaysia ni belajar bahasa melayu sebab dalam ic tercatat warganegara malaysia..tapi cakap pelat macam GRO yg datang dari tanah besar...tapi bagi melayu yang menguasai bahasa selain dari bahasa melayu..syabas diucapkan..walaupun penulis kata ia bukan jaminan...tetapi ianya adalah satu kelebihan dan bonus bagi mereka yang dapat menguasainya dengan baik.  mungkin penulis merujuk kepada rakyat Malaysia yang lain..bercakap bahasa ibunda mereka dan berbahasa inggeris dengan baik..tetapi tidak dapat menguasai bahasa malaysia..ini yang patut kita kesalkan...kerana kemana duduk pun anak melayu, kita tetap boleh bercakap bahasa melayu...saya duduk luarnegara 12 tahun..2 anak lahir di sana..anak saya boleh menguasai bahasa inggeris dan itali dengan baik..tetapi semenjak balik dari luarnegara...anak2 saya juga menguasai bahasa melayu dengan baik..lebih baik dari anak2 cina yang duduk dimalaysia ni...