Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 16, 2011

Kalau di Negeri Jajahan Pembangkang, bolehlah diterima, ini di Ibu Negara beb!!

Keadaan jalan, mutu kebersihan tidak memuaskan

 Utusan Online - Dalam Negeri (16/5/5011)

MEMALUKAN! Itulah kesimpulan yang boleh dibuat apabila melihat sebahagian daripada kekotoran dan keadaan jalan tidak sempurna yang terdapat di sesetengah tempat tumpuan pelancong di sekitar Kuala Lumpur.

Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa bandar raya ini tidak mementingkan kebersihan dan keselesaan kepada warganya dan juga pelancong asing yang melawat.

Kesimpulan itu dibuat selepas Utusan Malaysia melakukan tinjauan mengenai keadaan jalan raya dan mutu kebersihan di beberapa kawasan di sekitar Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail, baru-baru ini.

Jalan-jalan berkenaan popular di kalangan pelancong asing kerana menempatkan banyak gedung beli-belah, hotel, pusat hiburan dan restoran yang menjadi tumpuan mereka.

Di Jalan Imbi misalnya, kualiti jalan raya terutamanya di kawasan bawah Stesen Monorel Imbi kurang memuaskan apabila wujud beberapa lubang, keadaan jalan bertampal-tampal dan tidak sekata.

Keadaan itu menyebabkan pemandu terpaksa memperlahankan kenderaan mereka apabila melalui jalan itu dan aliran trafik menjadi perlahan. 

Selain itu, tinjauan juga mendapati kawasan bahu jalan telah rosak dan tidak dibaiki. Di hadapan tangga automatik stesen monorel itu pula, beberapa ketulan batu besar dibiarkan berselerak dan menyakitkan pandangan mata.

Lebih melucukan, dua buah tong sampah diletakkan di tengah-tengah laluan pejalan kaki.

Ketika tinjauan, beberapa pelancong asing yang melalui jalan itu terpaksa menukar haluan mereka sambil tersenyum.

Sampah-sarap seperti putung dan kotak rokok serta bekas minuman plastik dilihat bertaburan dan daun-daun kering yang tidak disapu mengotorkan lagi kawasan itu.

Tompokan cat berwarna biru di atas permukaan di hadapan pusat beli-belah Times Square juga dilihat mengotorkan lagi jalan raya yang berlubang itu.

Di Jalan Sultan Ismail pula, iaitu di hadapan Plaza Sungei Wang dan Lot 10, tinjauan mendapati bonggol simen lebih 10 meter panjang yang terbentuk dan berbahaya kepada penunggang dan pembonceng motosikal.

Dataran Maybank Bukit Bintang yang meriah pada malam minggu pula dirosakkan dengan keadaan berlubang dan air bertakung.

Tangga batu yang dibina pula sudah hancur dan tidak dibaiki manakala pada satu sudut dilihat batu-bata dibiarkan.

Keadaan ini memberi imej buruk kepada Kuala Lumpur apatah lagi ketika kerajaan giat mengadakan promosi di luar negara untuk menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke negara ini.

Apakah kita mahu pelancong yang berkunjung ke sini disambut dengan pemandangan jelik itu.

Jika keadaan itu berlaku di kawasan pinggir kota,ia mungkin boleh dimaafkan, tetapi semua pemandangan 'indah' yang dinyatakan di atas dapat dinikmati di tengah-tengah ibu kota.

Komen:  Kalau di Selangor, Kedah, Kelantan atau Penang boleh diterima akal lah... tapi ini di Ibu Negara Malaysia ni... kenapa boleh jadi macam ni?... dimana silapnya?... macamana boleh terlepas pandang? saper yang tak buat kerja? Datuk Bandar, it's time that u have to take action.....

1 comment:

  1. MATA DATO BANDAR DAN STAFF DEWAN BANDARAYA SEMUANYA BUTA. JAHANAM SEMUA KERETA KITA DIK LUBANG. BUNGA TAK TERJAGA. POKOK DAH ELOK TUMBUH DIUTEBANG. TANAM KEMUDIAN TEBANG. CREATE PROJEK. LIHAT AJE DEPAN BANGKOK BANK. MENYUMOAH PEKEDAI DAN POEJABAT SWASTA DISITU. MEREKA SIRAM HARI2 POKOK YANG DITANAM OLEH DEWAN BANDARAYA. HARAP DEWAN SIRAM HARAM TAK ADA. BILA BESAR, ELOK AJE , DEWAN TEBANG DAN DIGANTI DENGAN POKOK APA ENTAH. MENYUMPAH SEMUANYA. PERGILAH TANYA PEJABAT SWASTA DI SITU. ITULAH KERJA DEWAN. CREATE PROJEK. ITU MEREKA NAMPAK LAH. YANG LAIN SEMUANYA BUTA

    ReplyDelete