Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 16, 2011

Hanya UMNO bela Melayu - ITU DULU!!!!!!!!

PONTIAN 15 Mei – Tiga parti serpihan yang telah ditubuhkan selepas kelahiran UMNO pada 1946 merupakan parti yang memecahbelahkan perpaduan orang Melayu dan bukan membela kaum tersebut.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, hanya UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 telah terbukti mampu membela kaum tersebut kerana ia diasaskan dengan tujuan suci apabila penjajah British memperkenalkan Malayan Union.

Keadaan itu katanya, berbeza dengan Pas, Semangat 46 (S46) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditubuhkan ekoran kekecewaan segelintir pemimpin mereka demi kepentingan peribadi, bukan untuk menyatukan orang Melayu.

“Pas ditubuhkan pada 1951 apabila Ahmad Fuad kalah kepada Datuk Onn Jaafar, S46 pula ditubuhkan pada 1988 apabila Tengku Razaleigh Hamzah tewas kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, manakala PKR pada 1989 apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO dan kerajaan.

“Jadi, tiada sebab ketiga-tiga parti tersebut terutamanya Pas dan PKR mendakwa mereka adalah parti yang mewakili serta membela orang Melayu sedangkan asas penubuhannya lahir daripada perasaan kecewa kerana tidak dapat menjadi pemimpin,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Pontian di sini malam tadi.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Ir. Hasni Mohammad; timbalannya, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO dan Ketua Pemuda UMNO bahagian, Nasrihat Turiman.

Khairy berkata, perkara itu perlu diperjelaskan kepada golongan muda yang lahir selepas penubuhan UMNO supaya mereka memahami parti yang benar-benar ikhlas memperjuangkan nasib orang Melayu.

“Pas yang kononnya memperjuangkan Islam juga tidak ikhlas kerana melabelkan kaum sebangsa dan seagama mereka sebagai kafir dan tidak masuk syurga sekiranya tidak mengundi calon-calon mereka dalam pilihan raya.

“PKR pula kini hanya menjadi kuda tunggangan dan boneka kepada DAP serta telah lari daripada konsep asal penubuhannya apabila ramai pemimpin kanan dan ahli mereka meninggalkan parti tersebut,” katanya.

Justeru, beliau menasihati generasi muda Melayu supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang dan sewajarnya menyedari bahawa UMNO sahaja yang dapat membela nasib dan mempertahankan maruah agama Islam.

Komen:  Bila nak dekat2 pilihanraya ni...macam2 keluar....UMNO itu ini...frankly...saya adalah penyokong tegar UMNO (tapi itu dulu)...sekarang ni tengok dan tunggu walaupun saya masih lagi ahli UMNO...im more to PERKASA kerana PERKASA lebih berani mempertahankan Melayu...mungkin kerana UMNO dah tua setua umurnya menyebabkan ianya mudah diperkotak katikkan dan digunakan oleh generasi politikus sekarang atas nama platform UMNO tetapi berkiblatkan lain?   macam khairy sendiri lah.... sekarang ni mulalah kedengaran statement lapuk....KESETIAAN AHLI UMNO AKAN DIUJI MENJELANG PRU13... eh kemon lah (macam kata jambu maharaja lawak).... bila PRU ajer...ahli umno akan diuji...wei..sampai bila nak main uji2 nih? melayu bukan bahan ujikaji lahhhh.....lepas PRU...melayu ke lain..bangsa lain yang dapat madunya...

1 comment:

  1. Assalam Sayang Mum

    Itu KJ cakap apa????? Bukankah dia dan bapak mentua dia yang melemahkan kedudukan orang melayu. Bukankah dia dan bapak mentua dia tidak membela rakyat terutama orang melayu? Bukankah bapak mentua dan dia yang membolot semua projek atas angin kerajaan bapak mentua dia. KJ usah bercakap soal Melayulah kalau sendiri pun susah nak membela orang Melayu kalau di keistimewaan orang Melayu diganggu gugat. Sudah-sudahlah KJ...

    ReplyDelete