Utusan online
SABAK BERNAM 15 Mei - Kementerian Dalam Negeri akan memanggil semua ketua pengarang akhbar bagi membincangkan isu penyiaran laporan yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pertemuan itu penting kerana setiap akhbar perlu bertanggungjawab terhadap laporan yang disiarkan dan tidak sepatutnya melangkaui batasan.
Menurutnya, laporan berkaitan akan terus menjadi isu sekiranya Utusan Malaysia melaporkannya dengan cara sendiri dan Sin Chiew Jit Poh serta China Press pula buat sebaliknya manakala The New Straits Times serta The Sun melakukan dengan cara yang lain pula.
''Ada masa orang Melayu tak suka dengan laporan akhbar Cina, sekarang orang Cina pula tak suka apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, saya rasa sudah tiba masanya kita semua duduk bersama untuk berbincang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Besar di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas perkembangan siasatan isu berhubung dakwaan wujudnya usaha pihak tertentu mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara dan implikasinya kepada masyarakat.
Kelmarin di Pulau Pinang, seorang ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman, 42, yang hadir pada majlis kesyukuran tertutup paderi-paderi di Pulau Pinang baru-baru ini tampil membuat laporan polis bagi menceritakan insiden sebenar.
Hishammuddin berkata, pihaknya sedar perkembangan teknologi menyebabkan maklumat tidak boleh disekat dan jika tidak disiarkan di media arus perdana sekalipun, ia akan disebarkan melalui Internet seperti di laman sosial Facebook dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Ujarnya, beliau juga maklum semua akhbar ada kalanya pernah menyiarkan laporan yang melangkaui batasan.
Oleh itu tambah beliau, perbincangan tersebut akan mengenalpasti berita bagaimana yang dapat memberi manfaat kepada bangsa Malaysia.
''Bulan ini musim Utusan Malaysia, sebelum itu China Press dan Nanyang Siang Pau pun ada,'' ujarnya.
Komen: Kat Malaysia ni macam trend...video porno keluar, pelakon porno lepas yang kena charge yang tukang tayang (untuk menyebarkan kebenaran), bila berita kristian nk dijadikan agama rasmi keluar, akhbar yang mengeluarkan berita yang kena warning, PM siap panggil paderi makan2 (untuk tunjuk kita tak suka gaduh2 ke atau kita seperti tunduk kepada mereka?), bila paderi2 kata dorang tak penah bersumpah nak jadikan kristian agama rasmi...PM terus percaya dan terima tanpa siasatan menyeluruh...nahhhh sekarang dah siap ada alibi yang mengatakan perjumpaan tu benar2 terjadi.... apa KDN nak kata? apa PM nak kata? kenapa kita mudah sangat melenting dan sensitif nak jaga hati bangsa lain nih? patutnya dorang ni dah disumbat masuk dalam ISA dah... ISA dah lama tak berfungsi...orang duk kutuk2 polis..fitnah PM sana sini.. dibiarkan berleluasa duk kat luar lagi.... amat merindui kepimpinan Tun Dr. Mahathir...Dalam Kelembutan penuh dengan ketegasan...xder saper berani buat ni sumer masa pemerintahan beliau....
No comments:
Post a Comment