Berita baik untuk guru: Kaedah baru kenaikan pangkat
16/05/2011 3:46pm
KUCHING 16 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.
Katanya, empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.
"Melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya dalam rakaman video yang ditayangkan pada sambutan Hari Guru Kebangsaan, di sini hari ini.
Perdana Menteri mengumumkan, semua guru yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.
Katanya lagi, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang menikmati pergerakan gaji tahunan.
"Untuk ini, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya.
Najib juga mengumumkan, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.
Katanya, semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan.
"Seterusnya, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan," katanya. - Utusan
Komen: Bertuahnya cikgu2 hari ni...dengan perkakasan yang tidak terbatas (IT) dan hari ni dengan kabar baik ini...kiranya tak putus2 kabar gembira untuk guru2 di Malaysia ni..moga cikgu2 tidaklah terlalu berkira bila nak mengajar anak bangsa pulak ya... bukannya org lain pun...anak bangsa sendiri yang bakal mengganti generasi sekarang untuk memimpin rakyat dan menerajui negara yang akan datang... bukan macam penjawat awam yang lain...walaupun dikatakan barisan hadapan negara membawa masuk pelaburan etc...kami cuma dpat berita gembira 5 - 10 tahun sekali...iaitu waktu pelarasan gaji... selain dari itu tarak...tapi kalau anak2 kami berjaya di sekolah kami bersyukur dan berterima kasih pada cikgu... cumanya kalau ada cikgu2 yang tak tau bersyukur...tangan kanan menerima kemudian tangan kiri menampar si pemberi secara sembunyi2 (ramai pembangkang dalam cikgu2 ni) ini yang saya kesalkan....umpama mendukung biawak hidup pun ya gak... juga untuk yang suka "memberi" kepada cikgu2 ni supaya jangan terlepas pandang kepada "golongan penjawat awam" yang juga menyokong dan bekerja untuk kerajaan ya...
Assalam Syg Mum
ReplyDeleteSetuju dan sokong....