Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 19, 2011

Bukan Hanya Dadah yang babitkan ramai orang Islam....syedih

Hakim sedih banyak kes dadah babit orang Islam

2011/05/19

SHAH ALAM: Seorang hakim Mahkamah Tinggi di sini, semalam melahirkan kesedihannya apabila melihat banyak kes dadah di negara ini membabitkan orang muda berketurunan Melayu dan beragama Islam.

Hakim Datuk Abd Rahim Uda, berkata orang Melayu dididik sejak kecil bahawa dadah itu haram kerana ia seperti perbuatan membunuh diri yang sememangnya tidak dibenarkan dalam agama Islam. 

“Masalahnya kita orang Islam tetapi tidak menghayati apa erti Islam sebenarnya. Islam menekankan bahawa yang utama ialah ilmu dan apabila ilmu tiada kita main-mainkan hukum agama. 

“Doa kami agar awak ambil (hukuman) ini sebagai lembaran baru dan jalani kehidupan mengikut undang-undang Allah dan bukan mengikut nafsu. Apa pun hukum dunia kita kena jalankan juga dan harap awak benar-benar insaf serta bertaubat nasuha,” katanya.

Abd Rahim berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan ke atas tukang kebun, Fazizol Mohd Razali, 25, selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan memiliki ganja seberat 216 gram di tempat letak kenderaan, Flat Seri Sementa, Kapar, Klang dekat sini, pada jam 10.45 malam pada 21 Februari 2009.

Fazizol sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 39B (1), Akta Dadah Berbahaya 1952, bersama seorang rakannya, pembuat jeriji, Mohd Zuhaili Husen, 30, ditawarkan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 6 akta sama, pada prosiding semalam.

Mohd Zuhaili dibebaskan tanpa dilepaskan daripada pertuduhan asal iaitu mengedar dadah mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara itu, suasana sayu apabila Fazizol dan Mohd Zuhaili berpelukan selepas kes berkenaan selesai.

Ibu Mohd Zuhaili menangis manakala ahli keluarga dan rakan mereka kelihatan sedih melihat kedua-dua sahabat itu berpelukan.

Terdahulu, ketika mitigasi, peguam Fazizol, Azizul Shariman Mat Yusof, memberitahu mahkamah anak guamnya hanya memperoleh pendidikan sehingga Tingkatan Satu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Fikrie Ahmad Zubaidi manakala Mohd Zuhaili diwakili peguam Suzanawati Ismail. 
Komen:  Kita mmg patut berasa sedih dengan keadaan ini kerana orang2 Melayu Islam champion dalam segala hal yang menyimpang dari ajaran agama kita yang sempurna ini..melayu islam ramai yang terlibat dengan dadah, rempit, zina, pembuangan bayi, pelacuran dsbnya....saya selalu berfikir dimana silapnya...ibubapa kah? tapi anak2 ini telah dihantar ke sekolah agama, mengaji, rendah dan menengah....tapi yang lagi menyedihkan...yang dah ada kerjaya...cikgu, penjawat awam...yang terlibat dengan gejala2 yang sebegini... yang menjual badan untuk mendapatkan lebih duit poket adalah remaja2 melayu yang menyambung pelajaran di IPTA2 yang datang dari kampong2...ini dilakukan tanpa pengetahun ibubapa tadi...maknanya mereka2 ini telah dibekalkan dengan ilmu, dunia dan akhirat dan tau halal haramnya apa yang dilakukan...tetapi ilmu itu tidak sampai ke hati...saya selalu percaya..apa yang kita makan akhirnya akan berkumpul di hati... kebelakangan ini banyak berita yang keluar berkenaan dengan makanan yang diragui statusnya...ayam yang diragui sembelihannya...minyak masakan yang diproses semula dan kemudian dijual semula dalam plastik2 dengan harga yang lebih murah...kawan saya ada pergi membuat lawatan ke kilang memproses minyak ini di Johor Bahru (mereka proses untuk bio-diesel untuk kenderaan dan juga untuk dijual semula sebagai ...katanya punca minyak itu adalah sangat2 meragukan kerana mereka juga tidak tau dari mana minyak tadi datang... ada yang datang dari McD, dari KFC, dari restoran2 makanan....dan saya percaya tidak terkecuali juga restoran2 yang menjual makanan untuk yang bukan Islam kerana yang mengumpul minyak ni tadi bukan hanya orang melayu sahaja...ada ramai org2 yg bukan Islam menjual semula pengumpulan minyak ini tadi untuk diproses dan mereka akan membeli kembali minyak itu untuk dijual dikedai2 runcit dengan harga yang lebih murah...jika benarlah ini, ada baiknya JAKIM melakukan lawatan ke tempat pemprosesan semula minyak2 ini untuk mempastikan statusnya....kita ni nama ajer agama rasmi Islam dan status negara pun, negara Islam tetapi bab makan2 ini agak menghampakan kerana banyak yang boleh diragui...nauzubillah...jadi kesimpulannya...kita yang sibuk bekerja ni asiklah makan diluar, di restoran2 halal tetapi malangnya sumber yang dimasak boleh diragui...bila hari2 dimakan boleh membuatkan hati kita hitam, beku....nauzubillah...

1 comment:

  1. Assalam Syg Mum

    itu ajelah jalan senang nak jadi cepat kaya... Banyak sangat mengikut emosi dan gagal mengawal nafsu muda. Diri sendiri yang patut disalahkan...

    ReplyDelete