Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 4, 2011

Nak buat salah, pakai cermin transparent pun tetap buat gak

Komen:  Sokong Pekema, kami yang menurut undang2 ni bila bawak balik Honda dari Jepun, tukar ke cermin tinted yang dibenarkan di Malaysia, berbelanja RM5,000 kerana maukan cermin yang original dari honda...tapi yang sedihnya...di Malaysia cermin kancil punyalah gelap, sampai kita tak tau driver tu lelaki ke perempuan, at least di jepun dia benarkan cermin gelap tetapi di bahagian penumpang belakang dan bukan cermin depan dan pada bahagian pemandu dan co-pemandu... kalaulah malaysia boleh ikut macam tu...kat malaysia ni buatlah undang2 apa pun... kalau nak buat jahat... akan dibuatnya....

4 comments:

  1. Bertahun-tahun dahulu saya pernah ditahan kerana "cermin gelap". Dari sudut tertentu memang nampak gelap.

    Saya bagi tahu JPJ/Polis yang menahan bahawa kereta ini memang dikeluarkan macam ni, saya tak tambah apa-apapun kat cermin.

    Apabila diperiksa dengan alatnya, didapati tahap "tinted" cermin itu mengikut piawai.

    Saya bertanya lagi, kenapa setengah-setengah kereta, selalunya kereta mewah, yg punya cermin gelap hingga tak nampak org di dalam tidak di ambil tindakan? Ini bukan kereta Tok Hakim atau seumpamanya.

    JPJ/Polis tu jawab, kalau cermin tu memang tinted (kereta impot), bukannya tinted kerana ditampal dgn "lapisan tinted", kita tak dapat ambil tindakan kerana tidak ada peruntukan undang-undang.

    Cermin yang tinted (begitu gelap) samalah juga dengan gelapnya "tinted" yang ditampal bukan?

    Anyways, perjalanan saya terbantut hampir sejam hari tu, tunggu Polis/JPJ selesai memastikan kereta saya mengikut piawai kerana ramai yang kena tahan hari tu. Alat cuma ada satu sahaja utk periksa semua kereta-kereta yang ditahan tu.

    ReplyDelete
  2. Assalam Syg Mum

    Kenapa nak marah-marah. Itu bezanya kita yang mengikut undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa dengan rakyat yang suka langgar undang-undang dan peraturan. Kancil cermin gelap...hehehehe

    ReplyDelete
  3. Kenn,

    Sakit hati bila kita yang menurut undang2 ni meleleh air liur menengok orang yang tidak menurut undang2 berkeliaran sesuka hati dengan kereta yang tinted gelap tampal tu...cayalah cakap I, enforcement ni kejap ajer...hangat2 taik ayam...kalau dah u kata alat nak sukat tahap kegelapan cermin tu pun ada satu jer masa pemeriksaan tu...nikan pula nak buat pemeriksaan menyeluruh satu malaysia...la ni..cermin gelap kereta odyssey saya ada tersadai dalam kotak kat umah...punyalah menuruti undang2 malaysia...perghh

    ReplyDelete
  4. Assalam syng daddy,

    Maunya tak marah...undang2 ada dah bertahun, enforcement baru ni ajer nak dibuat...tupun hangat2 taik ayam...tu pasal lah orang malaysia ni naik lemak dan taknak ikut undang2.. enforcement lemah... malaysia terkenal dengan undang2 yang ketat...tapi enforcementnya selonggar gigi palsu...hehehehehe...

    ReplyDelete