Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, March 11, 2013

Sukan sepatutnya menyatukan perbezaan pendapat...bekerjasama untuk kemenangan pasukan, bukannya berpuak2....camni kalau amek Messi pun DT ttp akan kalah beb...

Kem Johor DT bergolak?


Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my 



Safiq Rahim (kiri) bersaing dengan Amri Yahyah ketika Johor Darul Takzim menentang Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, kelmarin. Johor DT diaibkan 4-1. 

KUALA LUMPUR - Kekalahan besar 4-1 kepada Selangor dalam perlawanan Liga Super kelmarin mencetus suasana panas dalam bilik persalinan skuad Johor Darul Takzim, dan pertengkaran sesama pemain mengejutkan sekumpulan wartawan sebaik sahaja tamat perlawanan di Stadium Shah Alam. 

Desas desus mengenai wujudnya puak-puak dalam skuad yang dibarisi ramai bintang itu sudah kedengaran sejak akhir-akhir ini dan insiden kelmarin hanya menguatkan dakwaan. 

Sejurus tamat perlawanan, wartawan menjalankan tugas dengan menemubual kedua-dua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim (Selangor) dan Fandi Ahmad (Johor DT). 

Ketika pengendali pasukan pelawat itu sedang menjawab soalan media, dia dipanggil oleh seseorang masuk ke dalam bilik persalinan. 

Sebaik sahaja pintu dibuka olah Fandi, terdengar salah seorang menjerit: �Safiq!". 

Ketika jurulatih tersebut masuk ke dalam bilik persalinan, wartawan juga dapat mendengar dengan jelas pergaduhan yang berlaku. 

Sebaik keadaan reda, Fandi kembali membuka pintu dan meminta maaf kerana terpaksa menamatkan temuramah tersebut lebih awal. 

Wartawan kemudian terpaksa menunggu sekitar 15 hingga 20 minit sebelum keseluruhan pasukan Johor DT keluar dari bilik persalinan, namun mereka tergesa-gesa menuju ke arah bas. 

Berita mengenai kekecohan yang berlaku dalam bilik persalinan Johor DT turut tersebar meluas di laman-laman sosial dan portal sukan tempatan beberapa jam selepas tamat perlawanan. 

Pengurus Safiq, Sharain Jalil dalam portal tersebut berkata, bintang tengah kebangsaan itu tidak terlibat dalam pergaduhan. 

Sharain juga menegaskan, bekas pemain Selangor itu yang diejek oleh penyokong tuan rumah sepanjang perlawanan tidak ada kena mengena dengan pergaduhan tersebut. 

Sementara itu pakar bola sepak Astro Arena yang juga kolumnis Liga Super Utusan Malaysia, Hasnizam Uzir mendedahkan dalam kolumnya hari ini bawah kekalahan besar pasukan Harimau Selatan itu berpunca daripada wujud sikap berpuak-puak dalam skuad Johor DT. 

�Dalam bilik persalinan sebaik sahaja tamat perlawanan dikhabarkan pertelingkahan berlaku antara pemain dan pengurusan. 

�Diharap, pihak pengurusan Johor DT dapat mengambil tindakan segera untuk mengembalikan kejernihan pasukan," katanya.

No comments:

Post a Comment