Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 27, 2013

Kerajaan sepatutnya memberikan lebih tumpuan kepada yang benar2 mengharumkan nama negara seperti mereka ini daripada menghabiskan duit kepada yang tidak membuahkan hasil langsung...menghabiskan boreh adalah....

Memanah paralimpik cemerlang


Hasihin Sanawi

KUALA LUMPUR - Skuad memanah paralimpik negara meneruskan kecemerlangan di peringkat antarabangsa apabila meraih tiga pingat perak dan dua gangsa pada Kejohanan Ranking Dunia di Bangkok, Thailand, yang berakhir Sabtu lepas.

Tiga perak itu dimenangi Zulkifli Mat Zin dalam acara recurve individu lelaki W2, berpasukan lelaki (Hasihin Sanawi, T. Suresh, Zulkifli) dan acara recurve terbuka berpasukan wanita yang dianggotai oleh Nor Saadah Abdul Wahab, Nor Suhaili Yusof dan Rosnane Ibrahim.

Hasihin, yang juga pemenang pingat perak Sukan Paralimpik London 2012, turut menyumbangkan dua pingat gangsa dalam acara recurve lelaki W2 serta recurve campuran menerusi gandingan bersama Nor Saadah.

Jurulatih negara, Mohamad Noor Affizzan Khairulzaim berkata, pencapaian itu adalah permulaan baik bagi skuad negara dalam memberi pendedahan kepada atlet baharu bersaing di peringkat dunia.

"Kejayaan ini permulaan yang baik untuk tahun ini kerana atlet baharu kita dapat memberi saingan tidak kurang hebat kepada negara yang mendominasi sukan ini seperti Thailand dan Ukraine," katanya ketika dihubung, semalami.

Bagaimanapun, Mohamad Noor Affizzan berkata, pencapaian skuad negara itu gagal menyaingi kejayaan pada edisi lepas yang turut diadakan di Bangkok apabila memenangi dua pingat emas menerusi Zulkifli Mat Zin dan Nor Saadah Abd Wahab.

Pasukan kebangsaan turut meraih, masing-masing satu perak dan gangsa pada kejohanan itu tahun lepas.

Beliau berkata, skuad memanah paralimpik negara menyenarai 14 atlet ke temasya itu bagi membolehkan mereka mengumpul mata ranking dunia. - BERNAMA

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment