Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 27, 2013

Perampas dan Penggoda awas ya.....

Hukum orang ketiga
Oleh Maiamalina Mohamed Amin

Kuala Lumpur: Orang ketiga yang menyebabkan hubungan suami isteri berantakan kini berdepan tindakan undang-undang kerana perkembangan terkini menunjukkan mereka perosak institusi kekeluargaan Islam dan antara punca meningkatnya kes perceraian, terutama dalam kalangan pasangan muda.

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Tan Sri Ibrahim Lembut berkata, tindakan ke atas orang ketiga itu bakal dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan meluas di Wilayah Persekutuan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559).

“Seksyen 36 membenarkan orang disabit bersalah didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahu atau kedua-duanya atas kesalahan memujuk lari perempuan bersuami.

“Seksyen 37 pula merujuk kepada kesalahan menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup bersama sebagai suami isteri dan mereka yang disabit kesalahan itu boleh didenda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam anjuran Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur (MSKL), di sini, semalam.


IBRAHIM (kanan) berbincang dengan Kamalia selepas merasmikan Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam, semalam.


Turut hadir, Ketua Hakim Syarie MSKL, Mohd Amran Mat Zain dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja BSK, Datuk Kamilia Ibrahim.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

1 comment:

  1. Salam tuan penulis,

    Makanya, 'kerana terjerat getah pokok, maka buah diharamkan makan'..

    Bagaimana mengharamkan yang halal dek kerana caranya yang salah pada pandangan manusia. Makanya apabila melawan hawa nafsu juga dengan hawa nafsu,maka Iblis juga yang menang.

    Jikalau ingin menangani masalah getah pokok,maka akarnya diberi baja yang betul dan berkesan..Jikalau ingin memperbaiki institusi kekeluargaan,perbaikilah hati nurani penghuninya supaya penuh kasih sayang dan ikhlas.Maka, akan lahirlah kebahagiaan.

    wassalam

    ReplyDelete