Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 21, 2011

Singapura didesak mansuh ISA - ADA BRAN?

BHarian, 2011/09/21

Bekas tahanan tuntut ikut langkah Malaysia hapus undang-undang penjajah

SINGAPURA: Sekumpulan bekas tahanan politik Singapura menuntut undang-undang era penjajahan British di republik itu yang membenarkan tindakan menahan tanpa bicara dimansuhkan selepas Malaysia terlebih dulu mengambil tindakan memansuhkan perundangan berkenaan. 

Dalam satu mesej umum yang disiarkan sebuah halaman web bebas dan dilaporkan media prokerajaan semalam, 16 bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berpendapat sudah tiba masanya bagi pihak berkuasa republik itu menghapuskan undang-undang kontroversi berkenaan. 

“Singapura mewarisi ISA dari Malaysia. Undang-undang ini sudah wujud lebih separuh abad dan kesannya adalah merosakkan dan mencacatkan masyarakat,” kata kumpulan bekas tahanan terbabit.

ISA pertama kali dilaksanakan oleh Britain selepas Perang Dunia II untuk menghadapi anggota komunis di negara yang dikenali sebagai Malaya. Perundangan itu diteruskan oleh kerajaan Singapura selepas negara itu bebas dari persekutuan Malaysia pada 1965.

ISA disifatkan oleh pengkritik di kedua-dua negara sebagai alat untuk menyekat kebebasan bersuara.

Bagaimanapun, Singapura terus menolak gesaan pemansuhannya selepas Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu mengumumkan akan menghapuskan ISA.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu, Menteri Dalam Negeri Singapura, Teo Chee Hean, menyifatkan ISA masih lagi relevan bagi menghadapi ancaman golongan subversif, perkauman dan pelampau agama selain menangani pengintipan dan keganasan.

“Tiada siapa pernah ditahan hanya semata-mata kerana kepercayaan politik mereka,” kata kementerian berkenaan.

Kumpulan itu, bagaimanapun, berkata: “Singapura sudah ada banyak undang-undang untuk menangani keganasan.”

Kumpulan bekas tahanan ISA di Singapura yang membuat gesaan itu termasuk Chia Thye Poh, yang ditahan selama 26 tahun iaitu antara tahanan politik paling lama ditahan di dunia bersama ikon demokrasi Afrika Selatan yang juga bekas presiden, Nelson Mandela.

Chia seorang intelektual sosialis pada 1960-an yang juga ahli parlimen pembangkang yang didakwa seorang subversif komunis, dakwaan yang dinafikan keras oleh beliau.

Tujuh orang lain ditahan pada 1987 kerana didakwa terbabit dalam konspirasi komunis menentang pemimpin Singapura, Lee Kuan Yew, yang juga perdana menteri pada 1959 hinnga 1990.

Lee, 88, meletak jawatan pada Mei sebagai seorang penasihat kepada kabinet anak lelakinya, Perdana Menteri Lee Hsein Loong, berikutan satu pilihan raya umum menyaksikan parti pemerintah kehilangan enam kerusi dan memperoleh peratusan undi paling rendah iaitu 60 peratus. – AFP 
 
Komen:  Singapork takkan berani punya.....konon ajer demokrasi..berkumpul lebih dari 2 orang ajer dah tak boleh...takkan nak hapuskan ISA...ya tak?

1 comment:

  1. Assalam Syg Mum

    Kalau DAP perintah Malaysia... dia akan gunakan akta ISA seperti yg Spore pakai... sebab politikus pun dia boleh sumbat dalam walaupun tersilap cakap... maka ramailah orang Melayu yang akan duduk dalam....

    ReplyDelete