Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 21, 2011

sampai bila2 pun tak selesai kalau dilayan sangat

Oleh Shaarani Ismail
shaarani@bharian.com.my
2011/09/21

Isu amah selesai minggu depan
Indonesia dijangka umum langkah tarik balik pembekuan tak lama lagi

KUALA LUMPUR: Isu pembekuan pembantu rumah Indonesia ke Malaysia dijangka selesai minggu depan, demikian penjelasan Ketua Umum Gabungan Pengusaha Profensi Tenaga Kerja Indonesia (GAPPRO), Benny Kamaruddin. 

Beliau berkata, kelewatan menarik balik pembekuan itu berlaku disebabkan Kerajaan Indonesia sedang dalam proses memperkukuhkan beberapa mekanisme penyelesaian yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
“Mekanisme yang ada ketika ini masih belum sempurna, oleh itu pada Julai lalu ia diteliti semula dan diperkemaskan kembali.

“Antara perkara yang diperincikan termasuk pusat latihan pembantu rumah di Malaysia, kualiti latihan dan jaminan membabitkan kedua-dua pihak,” kata beliau ketika dihubungi di Jakarta, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas laporan media di negara ini semalam, bahawa Malaysia mempersoalkan tindakan Indonesia yang terus membekukan proses penghantaran pembantu rumahnya ke negara ini walaupun kedua-dua negara sudah menandatangani MoU mengenainya di Bandung, Mei lalu.

Benny berkata, pembekuan itu sepatutnya ditarik balik awal bulan ini tetapi disebabkan Aidilfitri, pengumumannya dilewatkan.

“Kita difahamkan, pengumuman mengenainya (menarik balik pembekuan) akan dibuat wakil Kerajaan Indonesia secara rasmi dalam tempoh terdekat dan diharapkan majikan di Malaysia dan semua pihak terbabit dapat bersabar,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerja Asing Malaysia (PIKAP), Datuk Raja Zulkepley Dahlan, turut senada dengan GAPPRO dan menjelaskan isu itu sebenarnya sedang diusahakan dan pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat minggu depan.

“Mereka pada dasarnya sudah bersedia, bagaimanapun adalah lebih baik perkara itu diumumkan sendiri Kerajaan Indonesia,” katanya.

Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (PAPA), Alvy Bavutty, pula mencadangkan supaya Kementerian Sumber Manusia menyemak dan membuat kajian semula MoU membabitkan pengambilan pembantu rumah warga Indonesia kerana ia didakwa dibuat hanya merujuk kepada satu pihak.

“Jika MoU yang sudah termeterai itu tidak dikaji dan disemak semula, isu membabitkan pengambilan pembantu rumah Indonesia akan terus terbantut kerana syarat ditetapkan dalam MoU berkenaan hanya akan mengakibatkan kerugian kepada agensi pembantu rumah.

“Kerajaan perlu mengkaji semula caj agensi yang ditetapkan dalam perjanjian itu kerana ia tidak menguntungkan agensi baik di Malaysia mahu pun Indonesia,” katanya. 
 
Komen:  Kerajaan Malaysia ni "baik" tak bertempat...sumer abis dilayannya...masalah amah indon ni sampai bila2 takkan selesai sbb org Malaysia bergantung sgt ngan dorang...mcmlah bila takder amah takleh nak handle sendiri..esok malaysia ni penuh ngan org indon ajer...dahlah bahagian binaan, pertanian etc penuh ngan dorang...dalam rumahpun nk simpan dorang gak?  Ada alternative lain sebenarnya...hendak ngan tak hendak ajer...bukan rasis ataupun apa tapi banyak penyakit sosial yang dibawa oleh kumpulan ini...

No comments:

Post a Comment