Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, May 20, 2011

Gempa 5.9 magnitud gegar Turki & Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud landa Jepun

2011/05/20

ANKARA: Gempa berukuran 5.9 magnitud menggegarkan utara Turki lewat malam tadi, mengorban seorang penduduk serta kerosakan harta benda.

Gempa berlaku di Simav, Wilayah Kutahya, kira-kira 310 kilometer dari ibu negara Ankara, lapor agensi berita Anatolia memetik Gebenor Wilayah,
Kenan Ciftci. Gegaran gempa turut dirasai penduduk wilayah jiran dan sejauh Istanbul.

“Seorang penduduk yang ketakutan ketika kejadian gempa bertindak terjun dari tingkap dan terbunuh," kata Ciftci kepada stesen televisyen NTV.

Beliau berkata, pihaknya mendapati jumpa kerosakan agak besar dan pihaknya masih berusaha membekalkan semula tenaga elektrik kepada penduduk di Simav.

Simav adalah sebuah bandar yang mempunyai penduduk sekitar 100,000 orang. - AFP

_____________________________________________________
 

2011/05/20

TOKYO: Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud menggegarkan Tokyo dan beberapa wilayah di timur Jepun, awal pagi ini, kata agensi meteorologi.

Gempa itu berlaku pada kira-kira jam 9.46 pagi waktu tempatan dan mengakibatkan beberapa bangunan di Tokyo bergegar.

Tumpuan kejadian itu ialah di wilayah Ibaraki, kira-kira 130 kilometer dari ibu negara negara berkenaan, lapor agensi berita Jepun. - AFP

Thursday, May 19, 2011

Bukan Hanya Dadah yang babitkan ramai orang Islam....syedih

Hakim sedih banyak kes dadah babit orang Islam

2011/05/19

SHAH ALAM: Seorang hakim Mahkamah Tinggi di sini, semalam melahirkan kesedihannya apabila melihat banyak kes dadah di negara ini membabitkan orang muda berketurunan Melayu dan beragama Islam.

Hakim Datuk Abd Rahim Uda, berkata orang Melayu dididik sejak kecil bahawa dadah itu haram kerana ia seperti perbuatan membunuh diri yang sememangnya tidak dibenarkan dalam agama Islam. 

“Masalahnya kita orang Islam tetapi tidak menghayati apa erti Islam sebenarnya. Islam menekankan bahawa yang utama ialah ilmu dan apabila ilmu tiada kita main-mainkan hukum agama. 

“Doa kami agar awak ambil (hukuman) ini sebagai lembaran baru dan jalani kehidupan mengikut undang-undang Allah dan bukan mengikut nafsu. Apa pun hukum dunia kita kena jalankan juga dan harap awak benar-benar insaf serta bertaubat nasuha,” katanya.

Abd Rahim berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan ke atas tukang kebun, Fazizol Mohd Razali, 25, selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan memiliki ganja seberat 216 gram di tempat letak kenderaan, Flat Seri Sementa, Kapar, Klang dekat sini, pada jam 10.45 malam pada 21 Februari 2009.

Fazizol sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 39B (1), Akta Dadah Berbahaya 1952, bersama seorang rakannya, pembuat jeriji, Mohd Zuhaili Husen, 30, ditawarkan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 6 akta sama, pada prosiding semalam.

Mohd Zuhaili dibebaskan tanpa dilepaskan daripada pertuduhan asal iaitu mengedar dadah mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara itu, suasana sayu apabila Fazizol dan Mohd Zuhaili berpelukan selepas kes berkenaan selesai.

Ibu Mohd Zuhaili menangis manakala ahli keluarga dan rakan mereka kelihatan sedih melihat kedua-dua sahabat itu berpelukan.

Terdahulu, ketika mitigasi, peguam Fazizol, Azizul Shariman Mat Yusof, memberitahu mahkamah anak guamnya hanya memperoleh pendidikan sehingga Tingkatan Satu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Fikrie Ahmad Zubaidi manakala Mohd Zuhaili diwakili peguam Suzanawati Ismail. 
Komen:  Kita mmg patut berasa sedih dengan keadaan ini kerana orang2 Melayu Islam champion dalam segala hal yang menyimpang dari ajaran agama kita yang sempurna ini..melayu islam ramai yang terlibat dengan dadah, rempit, zina, pembuangan bayi, pelacuran dsbnya....saya selalu berfikir dimana silapnya...ibubapa kah? tapi anak2 ini telah dihantar ke sekolah agama, mengaji, rendah dan menengah....tapi yang lagi menyedihkan...yang dah ada kerjaya...cikgu, penjawat awam...yang terlibat dengan gejala2 yang sebegini... yang menjual badan untuk mendapatkan lebih duit poket adalah remaja2 melayu yang menyambung pelajaran di IPTA2 yang datang dari kampong2...ini dilakukan tanpa pengetahun ibubapa tadi...maknanya mereka2 ini telah dibekalkan dengan ilmu, dunia dan akhirat dan tau halal haramnya apa yang dilakukan...tetapi ilmu itu tidak sampai ke hati...saya selalu percaya..apa yang kita makan akhirnya akan berkumpul di hati... kebelakangan ini banyak berita yang keluar berkenaan dengan makanan yang diragui statusnya...ayam yang diragui sembelihannya...minyak masakan yang diproses semula dan kemudian dijual semula dalam plastik2 dengan harga yang lebih murah...kawan saya ada pergi membuat lawatan ke kilang memproses minyak ini di Johor Bahru (mereka proses untuk bio-diesel untuk kenderaan dan juga untuk dijual semula sebagai ...katanya punca minyak itu adalah sangat2 meragukan kerana mereka juga tidak tau dari mana minyak tadi datang... ada yang datang dari McD, dari KFC, dari restoran2 makanan....dan saya percaya tidak terkecuali juga restoran2 yang menjual makanan untuk yang bukan Islam kerana yang mengumpul minyak ni tadi bukan hanya orang melayu sahaja...ada ramai org2 yg bukan Islam menjual semula pengumpulan minyak ini tadi untuk diproses dan mereka akan membeli kembali minyak itu untuk dijual dikedai2 runcit dengan harga yang lebih murah...jika benarlah ini, ada baiknya JAKIM melakukan lawatan ke tempat pemprosesan semula minyak2 ini untuk mempastikan statusnya....kita ni nama ajer agama rasmi Islam dan status negara pun, negara Islam tetapi bab makan2 ini agak menghampakan kerana banyak yang boleh diragui...nauzubillah...jadi kesimpulannya...kita yang sibuk bekerja ni asiklah makan diluar, di restoran2 halal tetapi malangnya sumber yang dimasak boleh diragui...bila hari2 dimakan boleh membuatkan hati kita hitam, beku....nauzubillah...

ANWAR LETAK JAWATAN?

Strauss-Kahn letak jawatan dari IMF

2011/05/19

WASHINGTON: Dominique Strauss-Kahn, meletakkan jawatannya sebagai pengarah urusan Tabung Monetari Antarabangsa (IMF), berkuat kuasa serta merta.

Ia susulan dakwaan kesalahan seksual yang sedang dihadapinya, ketika ini.
Peletakan jawatan itu diumumkan menerusi surat yang diedarkan Lembaga pengarah IMF, hari ini. - AP

Komen:  Anwar letak jawatan?  Dalam mimpi aje lah jawabnya.....

Monday, May 16, 2011

Jangan pertikai status agama Islam - Sultan Azlan

16/05/2011 3:31pm

IPOH 16 Mei - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah status agama Islam dan bidang kuasa Raja di dalam hal ehwal Islam tidak boleh sama sekali dipertikaikan.

Titah baginda, sebarang pengucapan yang mempertikaikan perkara itu perlu ditangani secara tegas dan pantas kerana kerukunan hubungan di kalangan warga pelbagai agama boleh terjejas.

Baginda bertitah demikian pada majlis perasmian Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011 di Dewan Banquet, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini hari ini. - Utusan

Komen:  Daulat Tuanku.  Very firm statement and this kind of statement should also comes from our leaders.

Moga takder yang mental2 lepas dapat kabar gembira ini...Selamat Hari Guru Cikgu!!!

Berita baik untuk guru: Kaedah baru kenaikan pangkat

16/05/2011 3:46pm

KUCHING 16 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

Katanya, empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

"Melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya dalam rakaman video yang ditayangkan pada sambutan Hari Guru Kebangsaan, di sini hari ini.

Perdana Menteri mengumumkan, semua guru yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Katanya lagi, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang menikmati pergerakan gaji tahunan.

"Untuk ini, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya.

Najib juga mengumumkan, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.

Katanya, semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan.

"Seterusnya, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan," katanya. - Utusan

Komen:  Bertuahnya cikgu2 hari ni...dengan perkakasan yang tidak terbatas (IT) dan hari ni dengan kabar baik ini...kiranya tak putus2 kabar gembira untuk guru2 di Malaysia ni..moga cikgu2 tidaklah terlalu berkira bila nak mengajar anak bangsa pulak ya... bukannya org lain pun...anak bangsa sendiri yang bakal mengganti generasi sekarang untuk memimpin rakyat dan menerajui negara yang akan datang... bukan macam penjawat awam yang lain...walaupun dikatakan barisan hadapan negara membawa masuk pelaburan etc...kami cuma dpat berita gembira 5 - 10 tahun sekali...iaitu waktu pelarasan gaji... selain dari itu tarak...tapi kalau anak2 kami berjaya di sekolah kami bersyukur dan berterima kasih pada cikgu... cumanya kalau ada cikgu2 yang tak tau bersyukur...tangan kanan menerima kemudian tangan kiri menampar si pemberi secara sembunyi2 (ramai pembangkang dalam cikgu2 ni) ini yang saya kesalkan....umpama mendukung biawak hidup pun ya gak... juga untuk yang suka "memberi" kepada cikgu2 ni supaya jangan terlepas pandang kepada "golongan penjawat awam" yang juga menyokong dan bekerja untuk kerajaan ya...

Kalau di Negeri Jajahan Pembangkang, bolehlah diterima, ini di Ibu Negara beb!!

Keadaan jalan, mutu kebersihan tidak memuaskan

 Utusan Online - Dalam Negeri (16/5/5011)

MEMALUKAN! Itulah kesimpulan yang boleh dibuat apabila melihat sebahagian daripada kekotoran dan keadaan jalan tidak sempurna yang terdapat di sesetengah tempat tumpuan pelancong di sekitar Kuala Lumpur.

Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa bandar raya ini tidak mementingkan kebersihan dan keselesaan kepada warganya dan juga pelancong asing yang melawat.

Kesimpulan itu dibuat selepas Utusan Malaysia melakukan tinjauan mengenai keadaan jalan raya dan mutu kebersihan di beberapa kawasan di sekitar Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail, baru-baru ini.

Jalan-jalan berkenaan popular di kalangan pelancong asing kerana menempatkan banyak gedung beli-belah, hotel, pusat hiburan dan restoran yang menjadi tumpuan mereka.

Di Jalan Imbi misalnya, kualiti jalan raya terutamanya di kawasan bawah Stesen Monorel Imbi kurang memuaskan apabila wujud beberapa lubang, keadaan jalan bertampal-tampal dan tidak sekata.

Keadaan itu menyebabkan pemandu terpaksa memperlahankan kenderaan mereka apabila melalui jalan itu dan aliran trafik menjadi perlahan. 

Selain itu, tinjauan juga mendapati kawasan bahu jalan telah rosak dan tidak dibaiki. Di hadapan tangga automatik stesen monorel itu pula, beberapa ketulan batu besar dibiarkan berselerak dan menyakitkan pandangan mata.

Lebih melucukan, dua buah tong sampah diletakkan di tengah-tengah laluan pejalan kaki.

Ketika tinjauan, beberapa pelancong asing yang melalui jalan itu terpaksa menukar haluan mereka sambil tersenyum.

Sampah-sarap seperti putung dan kotak rokok serta bekas minuman plastik dilihat bertaburan dan daun-daun kering yang tidak disapu mengotorkan lagi kawasan itu.

Tompokan cat berwarna biru di atas permukaan di hadapan pusat beli-belah Times Square juga dilihat mengotorkan lagi jalan raya yang berlubang itu.

Di Jalan Sultan Ismail pula, iaitu di hadapan Plaza Sungei Wang dan Lot 10, tinjauan mendapati bonggol simen lebih 10 meter panjang yang terbentuk dan berbahaya kepada penunggang dan pembonceng motosikal.

Dataran Maybank Bukit Bintang yang meriah pada malam minggu pula dirosakkan dengan keadaan berlubang dan air bertakung.

Tangga batu yang dibina pula sudah hancur dan tidak dibaiki manakala pada satu sudut dilihat batu-bata dibiarkan.

Keadaan ini memberi imej buruk kepada Kuala Lumpur apatah lagi ketika kerajaan giat mengadakan promosi di luar negara untuk menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke negara ini.

Apakah kita mahu pelancong yang berkunjung ke sini disambut dengan pemandangan jelik itu.

Jika keadaan itu berlaku di kawasan pinggir kota,ia mungkin boleh dimaafkan, tetapi semua pemandangan 'indah' yang dinyatakan di atas dapat dinikmati di tengah-tengah ibu kota.

Komen:  Kalau di Selangor, Kedah, Kelantan atau Penang boleh diterima akal lah... tapi ini di Ibu Negara Malaysia ni... kenapa boleh jadi macam ni?... dimana silapnya?... macamana boleh terlepas pandang? saper yang tak buat kerja? Datuk Bandar, it's time that u have to take action.....

Hishammuddin akan jumpa semua ketua pengarang akhbar

Utusan online

SABAK BERNAM 15 Mei - Kementerian Dalam Negeri akan memanggil semua ketua pengarang akhbar bagi membincangkan isu penyiaran laporan yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pertemuan itu penting kerana setiap akhbar perlu bertanggungjawab terhadap laporan yang disiarkan dan tidak sepatutnya melangkaui batasan.

Menurutnya, laporan berkaitan akan terus menjadi isu sekiranya Utusan Malaysia melaporkannya dengan cara sendiri dan Sin Chiew Jit Poh serta China Press pula buat sebaliknya manakala The New Straits Times serta The Sun melakukan dengan cara yang lain pula.

''Ada masa orang Melayu tak suka dengan laporan akhbar Cina, sekarang orang Cina pula tak suka apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, saya rasa sudah tiba masanya kita semua duduk bersama untuk berbincang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Besar di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas perkembangan siasatan isu berhubung dakwaan wujudnya usaha pihak tertentu mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara dan implikasinya kepada masyarakat.

Kelmarin di Pulau Pinang, seorang ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman, 42, yang hadir pada majlis kesyukuran tertutup paderi-paderi di Pulau Pinang baru-baru ini tampil membuat laporan polis bagi menceritakan insiden sebenar. 

Hishammuddin berkata, pihaknya sedar perkembangan teknologi menyebabkan maklumat tidak boleh disekat dan jika tidak disiarkan di media arus perdana sekalipun, ia akan disebarkan melalui Internet seperti di laman sosial Facebook dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Ujarnya, beliau juga maklum semua akhbar ada kalanya pernah menyiarkan laporan yang melangkaui batasan.
Oleh itu tambah beliau, perbincangan tersebut akan mengenalpasti berita bagaimana yang dapat memberi manfaat kepada bangsa Malaysia.

''Bulan ini musim Utusan Malaysia, sebelum itu China Press dan Nanyang Siang Pau pun ada,'' ujarnya.

Komen:  Kat Malaysia ni macam trend...video porno keluar, pelakon porno lepas yang kena charge yang tukang tayang (untuk menyebarkan kebenaran), bila berita kristian nk dijadikan agama rasmi keluar, akhbar yang mengeluarkan berita yang kena warning, PM siap panggil paderi makan2 (untuk tunjuk kita tak suka gaduh2 ke atau kita seperti tunduk kepada mereka?),  bila paderi2 kata dorang tak penah bersumpah nak jadikan kristian agama rasmi...PM terus percaya dan terima tanpa siasatan menyeluruh...nahhhh sekarang dah siap ada alibi yang mengatakan perjumpaan tu benar2 terjadi.... apa KDN nak kata? apa PM nak kata? kenapa kita mudah sangat melenting dan sensitif nak jaga hati bangsa lain nih? patutnya dorang ni dah disumbat masuk dalam ISA dah... ISA dah lama tak berfungsi...orang duk kutuk2 polis..fitnah PM sana sini.. dibiarkan berleluasa duk kat luar lagi.... amat merindui kepimpinan Tun Dr. Mahathir...Dalam Kelembutan penuh dengan ketegasan...xder saper berani buat ni sumer masa pemerintahan beliau....

Hanya UMNO bela Melayu - ITU DULU!!!!!!!!

PONTIAN 15 Mei – Tiga parti serpihan yang telah ditubuhkan selepas kelahiran UMNO pada 1946 merupakan parti yang memecahbelahkan perpaduan orang Melayu dan bukan membela kaum tersebut.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, hanya UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 telah terbukti mampu membela kaum tersebut kerana ia diasaskan dengan tujuan suci apabila penjajah British memperkenalkan Malayan Union.

Keadaan itu katanya, berbeza dengan Pas, Semangat 46 (S46) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditubuhkan ekoran kekecewaan segelintir pemimpin mereka demi kepentingan peribadi, bukan untuk menyatukan orang Melayu.

“Pas ditubuhkan pada 1951 apabila Ahmad Fuad kalah kepada Datuk Onn Jaafar, S46 pula ditubuhkan pada 1988 apabila Tengku Razaleigh Hamzah tewas kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, manakala PKR pada 1989 apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO dan kerajaan.

“Jadi, tiada sebab ketiga-tiga parti tersebut terutamanya Pas dan PKR mendakwa mereka adalah parti yang mewakili serta membela orang Melayu sedangkan asas penubuhannya lahir daripada perasaan kecewa kerana tidak dapat menjadi pemimpin,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Pontian di sini malam tadi.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Ir. Hasni Mohammad; timbalannya, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO dan Ketua Pemuda UMNO bahagian, Nasrihat Turiman.

Khairy berkata, perkara itu perlu diperjelaskan kepada golongan muda yang lahir selepas penubuhan UMNO supaya mereka memahami parti yang benar-benar ikhlas memperjuangkan nasib orang Melayu.

“Pas yang kononnya memperjuangkan Islam juga tidak ikhlas kerana melabelkan kaum sebangsa dan seagama mereka sebagai kafir dan tidak masuk syurga sekiranya tidak mengundi calon-calon mereka dalam pilihan raya.

“PKR pula kini hanya menjadi kuda tunggangan dan boneka kepada DAP serta telah lari daripada konsep asal penubuhannya apabila ramai pemimpin kanan dan ahli mereka meninggalkan parti tersebut,” katanya.

Justeru, beliau menasihati generasi muda Melayu supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang dan sewajarnya menyedari bahawa UMNO sahaja yang dapat membela nasib dan mempertahankan maruah agama Islam.

Komen:  Bila nak dekat2 pilihanraya ni...macam2 keluar....UMNO itu ini...frankly...saya adalah penyokong tegar UMNO (tapi itu dulu)...sekarang ni tengok dan tunggu walaupun saya masih lagi ahli UMNO...im more to PERKASA kerana PERKASA lebih berani mempertahankan Melayu...mungkin kerana UMNO dah tua setua umurnya menyebabkan ianya mudah diperkotak katikkan dan digunakan oleh generasi politikus sekarang atas nama platform UMNO tetapi berkiblatkan lain?   macam khairy sendiri lah.... sekarang ni mulalah kedengaran statement lapuk....KESETIAAN AHLI UMNO AKAN DIUJI MENJELANG PRU13... eh kemon lah (macam kata jambu maharaja lawak).... bila PRU ajer...ahli umno akan diuji...wei..sampai bila nak main uji2 nih? melayu bukan bahan ujikaji lahhhh.....lepas PRU...melayu ke lain..bangsa lain yang dapat madunya...

Protein rambut dalam roti, pau

Oleh Paya Linda Yahya
am@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Pengguna Islam di negara ini perlu berhati-hati dalam memilih bahan makanan berikutan kajian dilakukan terhadap roti, kek dan pau yang dijual di pasaran ketika ini dikesan mengandungi protein rambut atau ‘L-cyscine’ yang disahkan haram penggunaannya.

Segelintir penyedia bahan makanan berkenaan juga merahsiakan penggunaan ramuan meragukan itu dengan tujuan melembutkan produk dihasilkan, selain rasanya lebih sedap hingga meningkatkan hasil jualan dan menguntungkan mereka.

Difahamkan bekalan protein rambut itu mudah didapati di China sebelum dipasarkan ke negara ini, manakala bahan berkenaan akan diadun bersama tepung untuk menghasilkan kek atau roti.

Perkara berkenaan didedahkan pengasas Piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP), Ahmad Tajuddin Arshad, yang mendakwa kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menemui bahan meragukan di dalam produk bahan makanan itu.

Beliau berkata, bahan itu boleh didapati dengan mudah di negara ini kerana yang dijual di pasaran sudah diadun bersama tepung untuk membuat kek, roti atau pau.

“Fatwa mengesahkan pengharaman memakan organ badan manusia dan rambut pula dikategorikan sebagai organ badan manusia. Jadi ia sudah disahkan haram penggunaannya dalam masakan kepada umat Islam.
 

“Universiti Al-Azhar di Mesir juga mengesahkan fatwa mengenai pengharaman makan organ badan manusia (merujuk protein rambut), manakala kajian CAP, roti, kek dan pau mengandungi protein rambut untuk menjadikan makanan terbabit lebih menarik,” katanya pada Seminar Usahawan IMP di sebuah hotel di sini, semalam.

Program disertai kira-kira 30 usahawan Muslim di negeri itu bertujuan memberi kesedaran kepada golongan terbabit mengenai kepentingan penggunaan bahan halal dalam produk makanan dan minuman dihasilkan mereka. Katanya, pengharaman bahan berkenaan begitu jelas kerana dalam Islam, makanan yang dimakan akan mempengaruhi sikap individu.

“Jika bahan makanan mengandungi organ manusia iaitu rambut, ia mempengaruhi sikap pemilik asal rambut itu kepada individu berkenaan.

“Jadi saya harap pengguna lebih berhati-hati dengan penggunaan bahan tidak jelas dari mana datangnya terutama dijadikan sebagai bahan makanan mereka setiap hari,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, terdapat segelintir peniaga pisang goreng menggunakan plastik untuk menjadikan tepung lebih rangup sedangkan perbuatan mereka itu menyebabkan pengguna terdedah kepada kanser.

Katanya, hasil maklumat diperoleh, peniaga akan memasukkan plastik ke dalam minyak panas sebelum menggoreng pisang.

“Bukan sekadar menggunakan plastik ke dalam minyak panas, peniaga ini juga bertindak memasukkan perisa tambahan ke dalam tepung untuk menggoreng pisang,” katanya.

“Sedangkan kita tahu penggunaan bahan perisa boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada orang ramai dalam jangka panjang.

“Kesedaran perlu ada dalam diri peniaga supaya tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata“ katanya.

Komen:  Negara yang Agama rasminya Islam, tetapi tidak terjamin dari segi makanannnya yang terjual di kedai2 dan pasaraya2...dari ayam sembelihan yang diragui hinggalah kepada lemak2 babi dalam kebanyakan makanan yang diproses.  Habis kita yang Islam dan tinggal di negara yang majoritinya beragama Islam dan agama rasminya adalah Islam...nak makan apa?  apa yang patut kerajaan kita lakukan?  selain itu kita juga patut bertanya soalan yang sama pada diri sendiri....what should we do? we can do anything and everything if we stay united... tapi kita ni melayu asik bertelagah kan isu2 politik ajer... hinggakan kita lupa kepada salah satu asas kehidupan iaitu makanan yang membentuk hati kita ni...sebab tulah anak2 kitapun jadi tak keruan kerana kita berikan mereka makanan yang boleh diragui statusnya...Allahu Akbar...apa daya kami?

Boleh Tak Kalau Dah Sah ada DNA Babi tu Umum Terus Nama Produk????

Dua bahan buat kek, roti ada DNA babi: JAKIM
Bharian Online, 2011/05/16

PUTRAJAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia minggu lalu menolak permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebuah syarikat pembekal bahan membuat kek, roti dan pastri selepas mendapati ia mengandungi DNA babi dalam dua ramuan yang digunakan oleh syarikat itu.

Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’

Difahamkan, syarikat yang beribu pejabat di Eropah itu turut membekalkan roti, kek dan pastri untuk pasar raya besar dan restoran di negara ini. Berikutan itu, Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta semua pemegang dan pemohon baru SHPM yang menggunakan produk keluaran syarikat terbabit mengambil langkah untuk mengelakkan sijil mereka ditarik balik.

“Semua pemegang atau pemohon baru yang menggunakan produk syarikat terbabit diminta menukar produk itu kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.

“Mereka juga diminta mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman web, semalam.

Selain itu, pemegang dan pemohon baru juga diminta menjalankan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan semak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM. 
 
Komen:  Kenapalah kalau di Malaysia ni, susah sangat nak umumkan nama produk yang dah disahkan tak selamat atau tidak halal? Yang orang2 kat kampong takder akses ke internet tu macamana nak pastikan produk2 yang tersenarai di laman web jakim gamaknya? atau mungkin kalau ada internet tapi org2 veteran yang buta IT ni (mak ngan abah saya mmg tak tau nak guna computer nih)...so if they keep on taking the unhalal product macamana? saper nak tanggung? JAKIM? so kan senang umumkan terus ajer nama produk tu...terus kitorang ni tak membeli..... kalau ada dirumah pun... balik karang boleh terus buang ke tong sampah ajer....please lah... janganlah buatkan benda2 penting macam ni pun banyak red tape nyer...

Friday, May 6, 2011

HAPPY MOTHER'S DAY


Hari ini, saya terpanggil bagi berkongsi satu kisah yang sangat menyentuh hati dan naluri saya sebagai seorang yang bergelar ummi, anak dan insan. Kisah ini adalah perkongsian daripada seorang DJ radio yang menjadi halwa telinga saya di dalam kereta, sepanjang menuju ke pejabat. Ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh rakan beliau yang bertugas sebagai anggota bomba. Mungkin ada juga rakan-rakan di luar sana yang turut mendengar perkongsian ini.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga. Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Sewaktu saya mendengar perkongsian ini, air mata saya berderaian laju menitis di pipi. Malah, tatkala menukil kata demi kata dalam ruang maya ini juga, bagaikan sukar air mata ini mahu ditepis. Betapa luhur dan agungnya perasaan kasih seorang ibu kepada permata hatinya. Tidak terbalas dek kita sebagai anak, yang selama ini tidak habis-habis bergantung pada jasa ibu.

Dari kecil dibelai ibu, sudah besar masih juga mahu bergantung pada ibu. Masakan tersedap, air tangan ibu. Segala pengalaman dunia, mahu dirujuk pada ibu. Sahabat sekalian, selagi kita memiliki dan punya ibu, hargailah ibu kita setinggi-tingginya. Muliakan dan tatanglah ibu kita persis menatang air yang penuh tatkala berada di gurun yang gersang tanpa penghujung. Betapa berharganya air itu sehingga sekiranya boleh, setitis pun kita tidak mahu jatuh ke bumi. Tanpa air itu, takkan lama kita bertahan dalam mengharungi perjalanan di atas gurun tadi.Semoga kita mendapat iktibar daripada kisah yang dikongsikan ini.

Sekian.

Komen:  Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya saudara masa berada... bilalah agaknya dapat kurasai kehangatan kasih sayang seorang ibu ........ bukannya tak mau, bukannya tak rindu...tapi jika diri ini tidak diperlu, apa dayaku?

Segala-galanya bermula dari Mata - Awas!!!!

Waspada apabila digoda wanita


islam menetapkan kaedah berpakaian bagi kaum wanita untuk menjaga kehormatan golongan tersebut. - Gambar hiasan


ALLAH SWT telah menganugerahkan kepada kaum wanita keindahan, kecantikan dan keghairahannya yang membuatkan kaum lelaki tertarik kepada mereka. 

Namun syariat yang suci tidak memperkenankan keindahannya itu dipamerkan seperti barang dagangan.
Sebaliknya kenyataan dan realiti yang kita jumpai sekarang ini wanita justeru menjadi sumber fitnah bagi lelaki. Di jalan-jalan, di program televisyen atau cakera padat video (VCD) dan media massa, wanita mendedahkan aurat sekehendak hatinya. 

Apa lagi melalui pertandingan kecantikan, pertunjukan filem dan drama yang menunjukkan keindahan tubuh wanita sehingga seolah-olah tidak ada seksa dan tidak kenal apa itu dosa.

Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidak pernah aku tinggalkan sepeninggalanku godaan yang lebih besar bagi kaum lelaki daripada wanita. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Begitulah realitinya, wanita menjadi sumber godaan yang telah banyak membuat lelaki lemah lutut dan terbenam dalam lumpur maksiat yang dibuat oleh syaitan untuk menenggelamkan manusia. 

Usaha-usaha untuk menggoda boleh terjadi secara halus, disedari ataupun tidak, secara terang-terangan mahupun tersembunyi. 

Lihatlah kisah Nabi Yusuf a.s ketika isteri pembesar Mesir secara terang-terangan menggoda beliau untuk diajak melakukan perkara yang sumbang.

Nabi Yusuf pun menolak sambil berkata: Aku berlindung kepada Allah (daripada perbuatan yang keji itu), sungguh Tuhanku telah memperlakukan ku dengan baik. (Yusuf: 23).  Muhammad bin Ishak menceritakan: As-Sirri pernah melalui di suatu jalan di kota Mesir. Kerana tahu dirinya menarik, seorang wanita berkata: "Aku akan menggoda lelaki ini".

Maka wanita itu membuka wajahnya dan memperlihatkan dirinya di hadapan As-Sirri.  Beliau lalu bertanya: "Ada apa denganmu ini?" Wanita itu berkata: "Mahukah anda merasakan tilam yang empuk dan kehidupan yang nikmat?"

As-Sirri kemudian melantunkan syairnya: "Berapa banyak pencandu kemaksiatan yang mereguk kenikmatan dari wanita itu, namun akhirnya ia mati meninggalkan mereka untuk merasakan seksa yang nyata.

"Mereka menikmati kemaksiatan yang hanya sesaat, untuk merasakan bekas-bekasnya yang tak kunjung padam. Wahai kejahatan, sesungguhnya Allah melihat dan mendengar hamba-Nya, dengan kehendak Dia pulalah kemaksiatan itu tertutup jua". (Raudatul Muhibbin wa Nuzhalul Mustaqim, karya Ibnu Qayyim).

Perhatikanlah bagaimana Rasulullah telah memperingatkan kepada kita melalui sabdanya yang bermaksud: Berhati-hatilah pada dunia dan berhati-hatilah pada wanita kerana fitnah pertama bagi Bani Israel adalah kerana wanita. (riwayat Muslim).

Kini di era globalisasi, ketika arus informasi begitu deras mengalir, godaan mudah masuk ke rumah-rumah kita, melalui jaringan komunikasi seperti majalah, akhbar, televisyen, filem dan sebagainya.

Godaan itu datang di tengah-tengah kita tanpa diundang, menampilkan wanita-wanita yang berpakaian tetapi 'telanjang'. Melenggok-lenggok mempamerkan aurat yang semestinya dijaga dan dikawal.

Sebahagian muslimah ikut terbawa-bawa oleh propaganda dan gaya hidup seperti itu. Pakaian kehormatan dilepas. Diganti dengan pakaian ketat yang membentuk lekuk tubuh tanpa merasa silu dan segan. 

Godaan pun semakin kencang menerpa, dan pergaulan bebas tanpa batas menjadi perkara biasa.

Maka kita perlu merenungkan dua bait syair yang diucapkan oleh Sufyan ath-Thuri: "Kelazatan-kelazatan yang didapati seseorang dari yang haram, akan hilang juga, yang tinggal hanyalah aib dan kehinaan. Segala kejahatan akan meninggalkan bekas-bekas buruk, sungguh tak ada kebaikan dalam kelazatan yang berakhir dengan seksaan dalam neraka".

Seorang ulama yang masyhur, Ibnu Qayyim memberikan nasihat yang sangat berharga: "Allah SWT telah menjadikan mata itu sebagai cerminan hati. 

"Apabila seorang hamba telah mampu menjaga pandangan matanya, bererti hatinya telah mampu mengawal gejolak syahwat dan emosinya. Apabila matanya keranjang, hatinya juga akan liar menuruti syahwatnya".
Hal ini memang berlaku dalam masyarakat kita. Kini banyak berlaku kemaksiatan yang terang-terangan, perangilah kemaksiatan dengan syariat yang dituntut agama.

Fenomena godaan wanita memang banyak berlaku yang bukan sahaja terjadi di kalangan orang awam, tetapi juga yang melibatkan pemimpin dan golongan elit di seluruh dunia yang boleh menggoncangkan kedudukan mereka, yang Muslim dan bukan Muslim. 

Oleh itu perkuatkan iman kita mulai dari terkecil iaitu keluarga. Kalau iman telah kuat dalam suatu keluarga, insya-Allah gejala seperti itu tidak akan terjadi. 

Di samping itu, kita juga harus menyedari tentang mekanisme perdayaan syaitan yang sentiasa mencari jalan dan helah untuk menjatuhkan martabat anak cucu Adam.

Apabila syaitan telah masuk ke dalam darah daging manusia, amat sukar untuk melepaskannya. Kerana tidak ada garis pemisah antara perdayaan syaitan dengan perdayaan dan tipu daya manusia. 

Ibarat kita berhadapan dengan serigala yang telah berbaju kambing atau musang yang telah berbulu ayam.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Akan keluar beberapa kaum nanti, muka mereka seperti muka manusia, akan tetapi hati mereka seperti hati syaiaslimin melalui dengan godaan wanita.

Wallahu 'alam.

Komen:  Ada lelaki yang berkata "alah tengok ajer apa salahnya, bukannya dapat pun...tak luak pun", tak tau nak komen apa dengan statement yang macam tu...kalau macam tu...perempuan tak bertudung pun takperlah.. lelaki boleh pandang ajer rambut yang cantik mengurai tu..bukannya disentuh dan dipegang pun, tak luak, kan!!... inilah dia salah satu undang2 PAS... dia boleh org lain haram...isteri2 disuruh tutup aurat...mata sendiri melilau memandang yang bukan hak...aparaaaa.. yang luaknya disini adalah hati isteri tadi...semakin kecik dan kecik dan mengecik....

Wednesday, May 4, 2011

Nak buat salah, pakai cermin transparent pun tetap buat gak

Komen:  Sokong Pekema, kami yang menurut undang2 ni bila bawak balik Honda dari Jepun, tukar ke cermin tinted yang dibenarkan di Malaysia, berbelanja RM5,000 kerana maukan cermin yang original dari honda...tapi yang sedihnya...di Malaysia cermin kancil punyalah gelap, sampai kita tak tau driver tu lelaki ke perempuan, at least di jepun dia benarkan cermin gelap tetapi di bahagian penumpang belakang dan bukan cermin depan dan pada bahagian pemandu dan co-pemandu... kalaulah malaysia boleh ikut macam tu...kat malaysia ni buatlah undang2 apa pun... kalau nak buat jahat... akan dibuatnya....

Taiping Mali: Fw: SALAM.

Taiping Mali: Fw: SALAM.: "------ SMS ------
From: +60194126667
Received: May 3, 2011 8:49 PM
Subject: SALAM.

SALAM. JGN LUPA TONTON WAWANCARA DATO IBRAHIM ALI, ..."