Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 23, 2011

Telefon awam di sekolah dipertingkat

Utusan Malaysia Online

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Kementerian Pelajaran akan berusaha mempertingkatkan kemudahan telefon awam di kawasan sekolah agar dapat membendung gejala pelajar membawa telefon bimbit ketika waktu persekolahan.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, perkara itu sekali gus akan menjawab persoalan mengenai pelajar yang menghadapi kesukaran menghubungi ibu bapa atau penjaga ketika di sekolah.
"Apabila masalah itu diatasi maka tiada lagi alasan kenapa pelajar termasuk yang tinggal di asrama harus membawa telefon bimbit ke sekolah.

"Membawa telefon bimbit ke sekolah memang banyak mendatangkan masalah berbanding kebaikan kepada pelajar," katanya ketika di hubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan khas Utusan Malaysia yang mendedahkan kegiatan pelajar yang bebas membawa telefon bimbit ke sekolah.

Laporan tersebut turut menyatakan bahawa surat pekeliling kementerian mengenai larangan penggunaan telefon bimbit tersebut seolah-olah sudah diabaikan oleh pelajar dan pihak sekolah.

Menurut Ka Siong, mesyuarat Jawatankuasa Induk Disiplin yang diadakan tahun lepas telah memutuskan agar larangan itu kekal dilaksanakan.

"Perkara ini telah diumumkan oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran tahun lalu, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.

"Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke atas pelajar dari semasa ke semasa," katanya.

Komen:  Memang bagus kalau ada pembaikan dari segi penambahan telefon awam di dalam kawasan sekolah kerana mudah untuk anak2 menelefon ibu bapa setelah selesai sesuatu urusan (ko-ko, sukan, extra class dsbnya) sebab ada yang anak2 ini diambil oleh ibubapa...takdelah ibu bapa menunggu bagai nak rak tapi anak2 masih duk kat dalam sekolah lagi....membuatkan ibu bapa risau...kalau yang sepatutnya menelefon ibu bapa mengikut waktu tertentu tapi tidak dapat berbuat demikian kerana ketiadaan telefon awam di dalam kawasan sekolah pun satu hal...sebab budak2 ni tak dibenarkan keluar sekolah untuk membuat panggilan... tapi untuk makluman, ada sekolah yang langsung tiada kemudahan telefon awam di dalam sekolah pun... daripada TPM duk bagi macam2 insentif kat cikgu2 yang duk pangkah pembangkang tu..apakata bagi sikit bajet untuk benda2 ni...inipun untuk kemudahan dan keselamatan murid2 jugak...

2 comments:

  1. Assalam Sayang Mum

    Kalau dari dulu pasang kat sekolahkan bagus. Tak payah mak/bapa belikan H/P untuk anak-anak mereka. Biasalah bila dah tak terkawal baru nak bertindak. Sebenarnya kerajaan tak keluar duit pun. Telekom akan pasang coin operated phone. Itu gurubesar tak bole cadangkan pada menteri ke.. asyik2 nak mendenda murid.

    ReplyDelete
  2. haah lah...lupa lak...coin operated takyah mintak bajet...mintak izin ajer...kadang2 sumer nak kena ajar ngan guru2 besar ni...bila cakap lebih ajer..anak2 kita diblacklisted nya..payah..

    ReplyDelete