Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 22, 2011

'Hot staff' ditukar ke bahagian lain

Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com.my
2011/02/22

Langkah untuk atasi rasuah agensi penguatkuasaan

KUALA LUMPUR: Kakitangan agensi penguatkuasaan bermasalah atau disifatkan sebagai ‘hot staff’ termasuk mereka yang pernah terbabit rasuah dan mempunyai rekod tatatertib buruk akan ditukar ke bahagian lain sebelum akhir tahun ini.

Mereka akan ditempatkan di bahagian lain yang kurang sensitif bagi memastikan keberkesanan tugas sesuatu agensi, sekali gus mengurangkan kemungkinan berlaku rasuah.
Kakitangan berkenaan akan dikenal pasti oleh Unit Pematuhan lima agensi terbabit termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Imigresen bagi memastikan masalah sama tidak berulang, selain menjadi teladan kakitangan lain.

Pengarah Pemantauan dan Penyelarasan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Rasuah, Datuk Hisham Nordin, berkata selain mengenal pasti kakitangan bermasalah, agensi itu juga akan mengenal pasti jawatan panas (hot job) dan kawasan panas (hot spot) di agensi masing-masing bagi pertukaran kakitangan mengikut jawatan dan tempat bertugas.

“Unit Pematuhan setiap agensi akan diseragamkan supaya memudahkan urusan pertukaran kakitangan, komunikasi antara agensi dan pemantauan pelaksanaan tugas oleh kakitangan, termasuk mematuhi SOP (prosedur operasi standard).

“Dengan ini, setiap agensi dapat memeriksa tugas kakitangan penguatkuasa secara lebih terperinci seperti mengenal pasti kesalahan dilakukan serta menjalankan ujian integriti dan tidak hanya bergantung kepada aduan,” katanya.
Berita Harian semalam melaporkan, semua pegawai dan kakitangan awam menjawat jawatan ‘panas’ terutama agensi penguatkuasaan akan diwajibkan mengikuti sistem penggiliran tugasan sebagai salah satu usaha kerajaan memerangi rasuah.

Beliau berkata, sistem itu dimulakan oleh JKDM tahun lalu di bawah inisiatif makmal NKRA rasuah dan dibentangkan pada pertemuan dengan semua agensi penguatkuasaan, sebelum diputuskan untuk diguna pakai memerangi gejala rasuah di kalangan kakitangan awam. 


Komen:Kalau berubah takper...tapi kalau terbawa2 dengan perangai lama tu susahlah orang2 ditempat baru sebab nak pantau dorang yang bermasalah ni pulak..bukankah penjawat awam ni tertakluk kepada tindakan tatatertib...ada bukti dan bersalah...boleh dibuang kerja kerana menjejaskan imej jabatan...ini bukan sahaja untuk anak2 bilis.... sepatutnya untuk jerung2 sekali...selalunya jerung terlepas...anak bilis yang tertangkap...sedangkan anak bilis jalankan arahan jerung...ataupun kedua2nya mempunyai tujuan yang sama...so bila sama2 terima imbuhan...kenalah dua2 kena balasannya...




2 comments:

  1. Assalam Sayang Mum

    Bila kerajaan berlembut itulah jadinya. Confirm lepas ni mereka yang bermasalah pangkah pembangkang sebab marah kat kerajaan. Tendang aje dari mengiggit tangan yang beri makan pada dia. Setuju selalunya jerung yang terlepas...

    ReplyDelete
  2. Assalam Sayang Daddy

    Sekarang ni pun yang ditatang bagai minyak yang penuh pun pangkah pembangkang...ini kan plak bila kena humban ke sana sini...confirm pangkah pembangkang...maknanya...tiada yang ikhlas dihati mereka ni...sumer ikut nafsu dan kepentingan diri...kan kan kan...

    ReplyDelete