Utusan Malaysia Online (KUALA LUMPUR 22 Feb)
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh menegaskan, modul latihan ESQ Leadership Center Sdn. Bhd. (ESQ) tetap difatwakan sebagai sesat dan haram walaupun ia diperakukan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI).
Menurut Wan Zahidi, ini kerana fatwa pengharaman tersebut telah diwartakan sejak Jun lalu dan situasi itu kekal sehingga ke hari ini.
“Kedudukan ESQ sama seperti ajaran sesat lain seperti Al-Arqam yang telah diharamkan.
“Dengan itu, sebarang aktiviti ESQ tidak boleh dijalankan di kawasan-kawasan dalam Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas permintaan Ahli Panel Syariah dan Akidah ESQ, Datuk Sheikh Hasbullah Sheikh Abdul Halim yang mahukan beliau bersikap lebih terbuka dalam membincangkan isu pengharaman modul latihan syarikat perunding pembangunan sumber manusia tersebut.
Dalam satu sidang akhbar semalam, Sheikh Hasbullah memberitahu, masalah pengharaman ESQ di Wilayah Persekutuan adalah disebabkan Wan Zahidi enggan membuka ‘pintu hati’ dan pintu pejabatnya sedangkan 13 mufti lain di seluruh negara sudah memperakukan modul latihan syarikat itu tidak menyimpang daripada Islam.
Pada majlis semalam juga, ESQ turut menampilkan pembentangan para pemimpin Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang telah memperakukan bahawa modul latihan syarikat itu tidak mengandungi sebarang unsur pluralisme, liberalisme dan sekularisme agama seperti didakwa.
Wan Zahidi menjelaskan, langkah beliau mengeluarkan fatwa pengharaman ESQ adalah bertepatan dengan undang-undang negara serta kapasitinya sebagai mufti di tiga kawasan tersebut.
Komen: Ini apa kes ni...bagaimana pulak 13 mufti dari negeri lain dah memperakukan...tetapi yang WP tidak memperakukan, malah menyamakannya dengan Al-Arqam. Susahlah macam ni..tak boleh ke kita sebagai umat islam duduk berbincang ni...dapatkan kata muktamad...abis umat2 islam dari 13 negeri yang menghadiri kursus ESQ ini sesatkah? mana tak orang mempermainkan agama kita... kita sendiri pun tidak sependapat dalam banyak perkara....kenapa ini boleh berlaku? saya yang cetek agama selalu tertanya2 "apa yang tak kena sebenarnya dengan cerdik pandai alim ulama' yang ramai tak sekata bila berbicara tentang agama hinggakan ramai yang keliru" lalu timbullah perselisihan faham...perbalahan..pertelingkahan...dsbnya...
No comments:
Post a Comment