Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, February 28, 2011

Kejap lengkap, kejap tidak’

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my
PUTRAJAYA: Sikap tidak bertanggungjawab dan peka kakitangan di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan di Shah Alam, Selangor, mengundang perasaan tidak puas hati segelintir pelanggannya.

Lebih mengejutkan, pelanggan terpaksa menunggu sehari suntuk sebelum urusan siap, tetapi selepas menempuhi pelbagai kerenah kakitangan bertugas.

Pelanggan, Azli Hashim, 25, berkata dia ke pusat berkenaan kira-kira jam 8 pagi untuk proses pertukaran enjin dan kotak gear keretanya.
Katanya, ketika membuat permohonan dengan membayar RM35, kakitangan terbabit tidak memaklumkan dokumen yang diperlukan tidak mencukupi.

Selepas beberapa lama, dia dimaklumkan dokumen tidak cukup dan dia diminta mendapatkan surat kawal selia dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum permohonan diproses.

“Saya ke JPJ berdekatan dan menunggu sehingga surat itu dikeluarkan sebelum pergi semula ke pusat terbabit untuk membuat permohonan dan membayar semula RM35 sebagai bayaran permohonan.

“Saya dimaklumkan semua ujian sudah lulus dan diminta membayar RM20 lagi sebagai caj menyiapkan dokumen.

“Bagaimanapun, saya dimaklumkan dokumen belum mencukupi dan mereka memerlukan salinan geran pemilik kereta dan surat jual beli enjin, sedangkan sebelum itu saya tidak dimaklumkan mereka memerlukan semua dokumen berkenaan,” katanya ketika menghubungi Harian Metro di sini, semalam.

Azli yang bekerja sebagai penghantar surat berkata, dia meminta kawannya menghantar semua dokumen berkenaan kepadanya, tetapi selepas menyerahkannya di kaunter seorang kakitangan di situ memaklumkan mereka tidak memerlukan dokumen itu kerana sudah mempunyai surat dari JPJ.

“Saya tak kisah menunggu lama, tetapi janganlah ‘disepak’ saya ke sana ke sini, kejap kata dokumen tak lengkap, kejap kata lengkap.

“Lebih menyakitkan hati ada kakitangan yang seolah-olah menyindir saya dengan menyatakan perkara biasa pelanggan kena tunggu lama.

“Mereka seperti memperlekehkan pelanggan dan melengah-lengahkan kerja serta membiarkan kami terpaksa menunggu sehari suntuk hanya untuk menyiapkan permohonan,” katanya yang terpaksa menunggu sehingga jam 6.30 petang.

Menurutnya, dia berharap kakitangan pusat terbabit mesra pelanggan dan mempunyai kemahiran komunikasi. 

Komen:  sebab itulah pentingnya KPI dan borang maklumbalas pelanggan...kerana pelanggan boleh menentukan masa depan dorang ni..naik gaji ke tak, boleh dapat bonus ke tak..sebab tanpa penilaian dari pelanggan..dh tentu tiap2 bulan dapat gaji kan...dorang peduli apa...sebab tiada perkataan amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab...kadang2 tu jawab telefon pun macam orang baru tidur aje...takpun macam orang baru lepas gaduh dengan laki...di passsing2 ke sana ke mari..kemudian line putus...tak ke marah kita dibuatnya... dari segi perkhidmatan kepada pelanggan, saya tabik dengan orang jepun yang begitu amanah dengan tugas yang diberikan, kadang2 tu kita pulak yang malu2 alah dengan ke'amanah'an dorang ni...itu adalah pengalaman saya sendiri berurusan dengan orang malaysia dan orang jepun....perbezaannya macam langit dengan bumi...mana yang baik ameklah jadikan tauladan...

2 comments:

  1. Assalam Sayang Mum

    Itulah kerja-kerja Napolean kecil yang bekerja mengikut suka hati mak bapak dia. Semuanya pernah kita rasai sebelum ini. Ini semuanya pasal tak jolok duit kopi (rasuah). Kalau tak caya cuba jolok semuanya ok walaupun ada dokumen tak cukup....

    ReplyDelete
  2. W/salam sayang daddy,

    Jangan diajar menjolok, tu dah terbiasa dijoloklah, tu pasal jadi macam tu...kalau sendiri yang perlukan khidmat di kaunter di tempat lain dan diberikan layanan buruk, pandai pulak komplen...kadang2 rasanya nak ajer ajar dia cara yang betul bila bercakap dengan pelanggan dan macamana bercakap dengan pelanggan melalui telefon... dorang ni hantar pergi kursus apa pun mmg takkan berubah melainkan...diletakkan klausa baru dalam kontrak kerja dorang ni...baru boleh berubah gamaknya...

    ReplyDelete