Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, February 25, 2011

Pelajar luar antara 5 dikenal pasti cetus kekecohan

Berita Harian Online, 2011/02/25

SERDANG: Sekurang-kurangnya lima pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pelajar luar dikenal pasti memulakan insiden pergaduhan di universiti berkenaan hingga hampir mencetuskan rusuhan selepas tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang diumumkan petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Elias, berkata identiti lima pelajar terbabit dikenal pasti melalui rakaman CCTV di bangunan pentadbiran universiti, selain rakaman gambar dan video kejadian diperoleh dari laman sosial, Facebook penyokong kumpulan bertanding pada pilihan raya itu. 

“Mereka akan dipanggil memberikan keterangan secepat mungkin bagi membantu siasatan. Siasatan awal mendapati lima pelajar terbabit memulakan pergaduhan, sebelum merempuh pengawal keselamatan bertugas hingga menyebabkan pintu kaca di tempat kejadian pecah dan pelbagai kerosakan harta benda universiti. 

“Kita masih meneliti rakaman berkenaan untuk melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 147 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan, masing-masing atas kesalahan merusuh dan perbuatan khianat. Ia akan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk diteliti dan tindakan seterusnya,” katanya .

Dalam kejadian jam 3.30 petang kelmarin, tiga pelajar dan tiga pengawal keselamatan UPM cedera dalam kekecohan ketika bantahan keputusan pemilihan MPP Sesi 2010/2011 di universiti itu. 

3 comments:

  1. Assalam Sayang Mum

    Bila Menteri tunjuk pandai anak Melayu juga yang merusuh. Mana ada anak cina ke anak india ke. Itulah kesannya bila ada undang-undang nak dihapuskan dan akhirnya hukum rimba yang di bawa masuk. Itu pembangkang punya caralah tu.

    ReplyDelete
  2. Daddy,

    Yang pelik tu pak menteri boleh benarkan benda2 macam ni kat Universiti konon taknak mengongkong penuntut...haa..nah...amek sebiji....menteri tu plak senyap ajer....

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan ajai62,

    AUKU diwujudkan untuk mengelakkan HUKUM RIMBA digunakan oleh pelajar.

    Sekarang amat jelas parti komponen Gerombolan Pakatan Pembangkang sangat berminat untuk menerapkan hukum rimba di universiti kita.

    Diharap Menteri berkenaan mengambil inisiatf yang sewajarnya kerana rakyat telah memberi mandat untuk memerintah.

    Peliharalah anak-anak muda kita dari budaya hukum rimba ini sebelum terlambat.

    ReplyDelete