Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, February 7, 2011

Berduaan di alam siber sama seperti khalwat

(Seperti dilaporkan di Harian Metro, 7 Februari 2011)

KUALA LUMPUR: Wanita dan lelaki bukan mahrim yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri.

Sehubungan itu, penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata mereka yang menggunakan kemudahan Internet perlu meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.

Beliau berkata, isteri tidak seharusnya membenarkan lelaki bukan mahrim memasuki rumahnya ketika suami tiada di rumah, begitu juga halnya dengan perbuatan isteri berbual dengan lelaki lain menerusi Internet, seumpama membenarkan individu itu memasuki rumahnya, seterusnya merosakkan rumah tangga.
“Membenarkan perkara sebegini memasuki rumah bermakna membenarkan ia memasuki hati dan apabila manusia sudah keluar daripada sempadan, manusia itu akan menjadi rosak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, bisikan syaitan menjadikan seseorang itu merasakan sesuatu perkara itu begitu menyeronokkan hingga sanggup melakukan perkara mungkar termasuk meninggalkan suami, isteri atau anak-anak, sedangkan ia bakal menyesali perbuatannya kerana keseronokan berkenaan hanya bersifat sementara disebabkan ia berada dalam alam fantasi.

Katanya, alam khayalan dan realiti tidak sama dengan di alam nyata, kita semua mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, bukan sekadar untuk berseronok. “Asasnya adalah apabila hubungan dengan Allah rosak, maka semuanya akan meruntuh. Teknologi itu tidak salah, tetapi orang yang menyalah gunakan teknologi untuk tujuan terpesong,” katanya.

Ya Allah Ya Tuhanku, Peliharalah Diriku Dari Menganiaya Diri Sendiri
Jauhkanlah Diriku dan Orang Yang Ku Sayangi Dari Melakukan Maksiat Tanpa Kami Sedari
Ampunkanlah dosa kami insan yang lemah ini....ameen

4 comments:

  1. Adalah sangat zalim untuk menyalahkan internet sekiranya terjadi keruntuhan rumahtangga. Internet ini seperti pisau. kalau pisau itu diberi kepada Maya Karin, dia akan guna untuk memotong kek yang enak untuk saya & dia makan bersama di tepi kolam renang, sambil saya cuba nasihat-nasihatkan dia memakai Bikini Muslim agar nggak menunjukkan bentuk tubuhnya yang indah itu.

    TAPI kalau pisau yang sama diberi kepada Hang Jebat, pastinya tanpa menunggu walau 3 menit pun dia akan guna pisau yang sama itu untuk mengamuk membunuh para koruptor di Putrajaya.

    Begitu juga dengan "alat kelakian" seseorang, sekiranya diguna untuk melakukan persetubuhan penuh nikmat dengan isteri yang halal, malah bisa jadi IBADAT pula karena membanyakkkan umat Rasulullah S.A.W tapi "alat" yang sama pula bisa jadi LAKNAT kalau diguna untuk berzina seperti kes Ariel dan Luna Maya.

    Kesimpulannya, buruk atau baik sesuatu MEDIUM atau ALAT itu tergantung kpd KITA. Maka untuk mengatakan intenet bisa menghancurkan rumahtangga, kalau menurut saya nggak berapa betul. Semuanya tergantung kepada ORANG YANG MENGGUNAKAN Internet itu.

    Bagi diri saya yang terpaksa "out-station" ke banyak negara karena urusan bisnis, internet adalah karunia Allah yang teramat indah sekali karena dgn internet saya bisa saja chatting hari-hari dengan isteri bagaikan pasangan "anak-muda yang sedang mabuk berpacaran" walaupun sudah 17 tahun bernikah. Dengan adanya internet juga saya bisa menatap wajah lembut & ayu isteri saya yang mendamaikan jiwa itu HARI-HARI secara "live" guna Webcam.

    Nah...kalau ada rumahtangga hancur karena ada pasangan yang curang menggunakan intenet, itu bukan salah Internet "mengandung", tapi salah isteri curang itu yang rela dimengandungkan oleh lelaki durjana teman selingkuhannya!(Khairul Hisham Hassan. Warga Malaysia. Now di Jakarta. http://khairul-today.blogspot.com/)

    ReplyDelete
  2. Assalam En. Khairul,

    Tentunya internet itu dicipta untuk kebaikan tetapi telah disalahgunakan oleh manusia.. dalam artikel di atas pun disebut teknologi telah disalahguna...so kena ada batasnya pergaulan antara wanita dan lelaki bukan mahram...kalau en. khairul dan isteri masih lagi macam orang yang berpacaran selepas 17 tahun bernikah...saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas sebab kebanyakan suami/isteri mencari keseronokan dan berchatting dengan yang lain dari suami/isteri sendiri...nauzubillah.. saya juga sudah bernikah 21 tahun (nov tahun ni genap)Alhamdulillah..pada saya kalau kita nakkan kebahagiaan dalam rumahtangga, kita yang kena lakukannya dengan pasangan kita, bukan cari orang lain. itu cari masalah namanya...betul tak? apa2pun semuanya terletak di tangan sendiri..bukan ditangan org lain... saya selalu mencari salah sendiri dan bertanya salah saya pada orang lain..tetapi adakala pertanyaan saya adakalanya dianggap sebagai menyalahkan.. salah jugak saya ni..hehehe....

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam Pn.Alidamahmod,
    Saya setuju dengan pendapat atau opini Puan itu. By the way, di sini saya kongsikan Doa yang mungkin bagus juga agaknya kita semua pasangan yang sudah bernikah amalkan. Doa ini juga doa yang saya dan isteri cuba istiqamah lafazkan sebagai satu doa dari pelbagai doa personal kami selepas Solat 5 Waktu:

    "Ya Allah Ya Tuhan Yg Maha Penyayang,
    Jadikanlah diriku ini
    Seorang suami yg soleh..
    Seorang suami yg diberikan hidayah utk membimbing isteriku..
    Seorang suami yg setia kpd isteriku..
    Seorang suami yg amat menyayangi isteriku..
    Seorang suami yg menghormati isteriku..
    Seorang suami yg bertimbangrasa kpd isteriku, Ya Allah...

    Ya Allah Ya Tuhan Yg Maha Pengasih,
    Jadikanlah isteriku (sebutkan nama isteri)
    Seorang isteri yg solehah..
    Seorang isteri yg setia kepadaku..
    Seorang isteri yg taat kepadaku..
    Seorang isteri yg amat mengasihiku..
    Seorang isteri yg menghormatiku..
    Seorang isteri yg memberiku ketenangan fikiran..
    Seorang isteri yg menghiburkan hatiku..
    Seorang isteri yg memahami jiwaku, Ya Allah...

    Bacalah doa ini dlm Bahasa Melayu (atau Bahasa Jawa atau Bahasa Kelate atau bahasa apa pun asalkan kita faham maksud yg kita doakan agar ada "roh" doa).
    Bacalah secara istiqamah selepas solat 5 waktu. Skrip ini bisa disesuaikan kalau yg berdoa itu si isteri.
    Percayalah dgn dibaca doa ini secara bersungguh-sungguh, dgn suara yg perlahan & penuh pengarapan, 5 kali sehari, 7 hari seminggu maka kemana saja kita berada kasih-sayang suami isteri nggak akan tergugat walaupun Aishwarya Rai datang menggoda & walaupun Gusti Putri Retno Dumillah si puteri Majapahit itu datang menjeling manja.
    Sekadar berkongsi sedikit ilmu yg memberi manafaat. Wallahulam bissawab (Dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya..)

    ReplyDelete
  4. en. Khairul,

    Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dengan saya, akan saya cuba manfaatkan dan juga akan saya panjangkan kepada suami saya yang tercinta supaya kami sama2 dapat berdoa untuk kesejahteraan kami bersama. Ilmu ini juga akan saya kongsikan dengan rakan rakan saya yang lain..semoga memberi keberkatan kepada kita semua, InsyaAllah...

    ReplyDelete