Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 31, 2012

Jangan jadikan Malaysia seperti India yang seolah2 kehidupan hanyalah satu sarkas...ini akan terjadi bila Ketua Sarkas Memerintah Malaysia.....


Mangsa simbah asid jutawan
 Susunan Hidayah Mohammad
Sonali akan terus berusaha untuk mendapatkan sumbangan bagi merawat wajahnya.Sonali akan terus berusaha untuk mendapatkan sumbangan bagi merawat wajahnya.
Keberanian dan kebijaksanaan mangsa serangan asid di India, Sonali Mukherjee, 27, menjawab sepuluh soalan dengan tepat menerusi rancangan Who Wants To Be A Millionaire (Siapa Mahu Jadi Jutawan) atau Kaun Banega Crorepati dalam versi India, sekali gus melayakkannya bergelar jutawan apabila memenangi hadiah wang tunai bernilai 30,000 atau 2.5 juta Rupee (RM 1.4 juta), minggu lalu. 

Anak kelahiran New Delhi yang cacat seluruh anggota tubuhnya selepas menjadi mangsa serangan asid ketika berusia 17 tahun pada tahun 2003 berkata, kemenangan itu adalah rawatan paling sempurna untuk mengubati luka yang dialaminya selama sembilan tahun. Dengan kemenangan itu, wang berkenaan akan digunakan bagi menjalani pembedahan rekonstruktif seterusnya, selepas menjalani 22 rawatan sebelum ini. 
Pelajar pintar di kampung halamannya, di Dhanbad iaitu rantau timur Jharkhand India itu diserang ketika beliau sedang nyenyak tidur. Penyerang memecah masuk ke rumahnya lalu mencurahkan padanya sejenis bahan kimia, Tezaab yang biasanya digunakan untuk membersihkan alat berkarat kerana menolak melakukan seksual. 


Simbahan asid serta merta itu menyebabkan hidung, kelopak mata, telinganya cair malah seluruh wajahnya rosak menjadi kehitaman. Sonali disahkan separa buta dan pekak. Rentetan dari kejadian itu, beliau terpaksa menjalani pembedahan sebanyak 22 kali hasil pengorbanan ibu dan bapanya. 

Sonali berkata, beliau mahu menebus semula pengorbanan kedua ibu bapanya yang sudah menghabiskan semua wang mereka untuk membiayai rawatan. Keluarganya juga terpaksa menjual tanah pusaka, barang kemas dan kehabisan wang untuk membiayai rawatan pembedahan seterusnya. 

Kos rawatan Sonali dianggarkan beratus ribu rupee, malah beliau memerlukan sebanyak 1.5 juta (RM7.42juta) hanya untuk memulihkan wajah serta penglihatannya. 

Saya masih lagi merayu untuk menerima derma bagi membantu meringankan beban membiayai operasi rawatan selanjutnya sekiranya wang kemenangan ini habis digunakan, katanya. 

Awal tahun ini, sebuah syarikat yang berpangkalan di Mumbai, Beti memperkenalkan Projek Harapan bertujuan untuk memberi identiti baru kepada Sonali. Beberapa selebriti Bollywood seperti Juhi Chawla dan penerbit, Ramesh Tauran turut menyumbang dana rayuan berkenaan. 

Bagaimanapun, Sonali pernah memberitahu Reuters, dalam keadaan terdesak dan sakit bahawa beliau amat memerlukan bantuan daripada pihak berkuasa atau memohon kebenaran untuk membunuh diri tetapi beliau sedar tindakannya itu menyalahi undang-undang di India. 

Selama sembilan tahun, saya menderita. Hidup tanpa harapan, tanpa masa depan. Jika tidak ada keadilan atau kesihatan saya pulih, satu-satunya cara terbaik adalah mati. Saya tidak sanggup lagi hidup dalam keadaan separuh muka yang cacat sebegini, katanya mengaku secara terbuka untuk menamatkan riwayat hidupnya akibat terlalu malu dan menyusahkan dengan keadaan yang cacat teruk. 

Sejak tidak menerima dana rawatan dari kerajaan negeri, awal tahun lalu Sonali pernah mengutus surat kepada kerajaan India dan menyatakan untuk membunuh diri sekiranya tidak menerima bantuan. Julai lalu, beliau turut memohon bantuan perubatan dari kerajaan dan meminta mahkamah menjatuhkan hukuman keras terhadap pesalah yang menyebabkannya cacat. 

Keluarganya juga dipaksa melarikan diri menyebabkan ibunya mengalami tekanan hidup dan kemurungan yang teruk. Malah, mereka tidak mendapat pembelaan sewajarnya apabila tiga penjenayah yang juga pelajar menyerangnya itu kini bebas dengan diikat jamin selepas berada empat bulan dalam penjara dan tiada siapa disabitkan bersalah. 

Bapanya, Chandi Das Mukherjee pernah merayu di Mahkamah Tinggi untuk menjatuhkan hukuman setimpal kepada penjenayah yang menyebabkan anak dan keluarganya merana tetapi tiada apa tindakan diambil. Bagaimanapun, mereka lebih merana apabila penjenayah menyerang Sonali yang sepatutnya dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun, dibebaskan dari tahanan penjara tiga tahun kemudian dan boleh menjalani kehidupan biasa. 

Udang-undang terhadap penyerang asid perlu lebih tegas, jika tidak lebih ramai lagi akan menjadi mangsa asid seperti Sonali. Hanya satu undang-undang keras saja dapat menghalang lelaki daripada memusnahkan kehidupan wanita di India, katanya. 

Sonali tekad untuk tidak berdiam diri dan terus menderita, sebaliknya berdiri dan tampil secara terbuka menyertai rancangan berkenaan pada awal bulan lalu. Penampilannya sebagai peserta peluang kedua menunjukkan keberaniannya yang menghadapi kesukaran dalam hidup seperti pernah dipaparkan sedikit menerusi filem Slumdog Millionaire pada 2008. 

Pengacara rancangan terkenal itu dikendalikan oleh pelakon terkenal, Amitabh Bachchan sambil ditemani Ratu Cantik India, Lara Dutta. Bachchan dalam rancangan itu memuji Sonali dan melabelkannya sebagai lambang keberanian untuk muncul pada rancangan berkenaan dan menjawab soalan sukar serta mencabar minda semata-mata untuk membiayai perbelanjaan rawatan menelan belanja yang banyak. Akhirnya, Sonali membuktikan keupayaan dan kebijaksanaannya menjawab semua soalan dengan tepat. 

Agensi

No comments:

Post a Comment