Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 10, 2012

Cayalah Tan Sri...



Teguran terbuka untuk kebaikan PDRM - Musa


KOTA BHARU 9 Dis. - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik dan teguran terbuka yang dibuatnya sebelum ini hanya untuk memperbetulkan pasukan keselamatan supaya benar-benar bebas.

Beliau berkata, campur tangan politik berlaku sejak dahulu lagi termasuk ketika Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan perkara itu sukar dibuang.
Malah, Musa berkata, beliau membuat teguran secara terbuka mengenai campur tangan tersebut sejak bertugas sebagai Ketua Polis Johor lagi.

"Niat saya nak perbetulkan balik pasukan, saya tidak akan masuk politik, saya tidak ada darah politik, adik saya (bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Ulu Klang, Datuk Fuad) dia punya hal, saya tidak.
"Saya cuma mahu agar polis dihormati masyarakat, jika tindakan mereka tidak tepat dan tidak adil bagaimana masyarakat mahu hormat mereka.

"Kalau orang nak politikkan, tak betullah, saya cuma nak betulkan (keadaan), bukan suruh dipolitikkan. Campur tangan ini bermula dari zaman Anwar lagi, sebab itu dia dituduh di mahkamah pada tahun 1998, kes dia buat laporan polis mengatakan dia difitnah, lepas itu dia arah anggota cawangan khas menangkap tiga orang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan penyerahan fasa pertama pembangunan semula Kem Batalion 8, Pasukan Gerakan Am oleh Pembina BLT Sdn. Bhd. (Pembina BLT) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Logistik, Datuk Zulkifli Abdullah dan Pengerusi Pembina BLT, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Sebelum ini, Musa dalam satu sidang akhbar mendakwa, pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai bawah dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

Ekoran itu, timbul pelbagai spekulasi Musa akan menyertai parti politik seperti khabar angin yang tersebar sebelum ini bahawa beliau adalah pegawai kanan polis yang akan mengumumkan menyertai pembangkang di Bangkok, Thailand pada bulan lepas. Ketika ditanya kedudukan pasukan polis pada sekarang, beliau berkata: "Saya rasa polis sekarang bertindak mengikut arahan ketua, jadi ketua kena beri arahan yang betul, kalau tidak anggota bawahan tidak ada arah tuju yang betul."


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121210/dn_04/Teguran-terbuka-untuk-kebaikan-PDRM---Musa#ixzz2EbiNnmba
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment